Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pendahuluan

Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang berkualiti dan cemerlang. Justeru,
inisiatif pembangunan profesion keguruan dalam bentuk pembinaan ilmu dan kemahiran
pengajaran dan pengajaran (PdP), pengurusan, kebajikan, penyeliaan dan penilaian dalam
warga pendidik perlu dimantapkan (Ong Sze Chong, Zamri & Mohd Izham 2017). Hal ini dapat
membantu proses PdP dilaksanakan secara berterusan, rasional, ilmiah, kolaboratif dan
perkongsian dengan penilitian secara alternatif berpandukan informasi dan ilmu pengetahuan.
Pada era globalisasi ini, guru bahasa Melayu perlu menerapkan unsur kreativiti yang
menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran pelajar. Guru perlu
menekankan unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai-nilai pada usaha meningkatkan
pencapaian pelajar (Ong Sze Chong, 2017).
Teknik pengajaran merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan
proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) sesuatu pelajaran. Oleh hal yang demikian, ada
kalanya teknik menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis pendekatan yang digunakan
berdasarkan kriteria-kriteria yang digunakan guru untuk meneliti proses PdP. Sekiranya
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka
kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu teknik yang
diaplikasikan guru di dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan fokus
serta menimbulkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang
dilaksanakan. Dalam pengajaran tatabahasa dan seni bahasa terdapat beberapa teknik
pengajaran yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa (Freeman, 2003). Oleh hal yang demikian dalam penulisan ini, saya
akan menghuraikan dua teknik pengajaran aspek seni bahasa dan dua teknik pengajaran aspek
tatabahasa yang dapat menggalakkan penglibatan murid seiring dengan pengajaran abad ke-
21.

2.0 Konsep Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan
untuk dijadikan panduan oleh guru. Teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang mana digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif mata pelajaran (Kamaruddin Hj. Hussin et al., 1997). Di samping itu,
teknik pengajaran bertujuan untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan

1|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


membangkitkan inkuiri seseorang murid semasa proses pengajaran dan pemudah cara. Teknik
ini dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran, serta teknik ini adalah selaras
dengan kaedah yang digunakan dan sejajar dengan pendekatan yang dipegang (Tuan Jah &
Faridah Nazir, 2011). Pembaharuan perlu dibuat guru bagi teknik pengajaran supaya proses
pendidikan dapat merangsang perkembangan pelajar dari segi mendapatkan pengetahuan,
kemahiran dan pembelajaran afektif. Inovatif dalam teknik pengajaran boleh mempertingkatkan
kualiti pendidikan dan memberi peluang yang lebih saksama kepada setiap murid (Sufean
Hussin et al., 1998).

3.0 Pengaplikasian Teknik Pengajaran Aspek Seni Bahasa

Melalui pembelajaran Modul Seni Bahasa yang terkandung dalam Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah tahap Satu, murid perlu memahami dan menguasai keindahan serta
kehalusan dalam bahasa Melayu. Melalui pembelajaran modul ini, murid dapat menghasilkan
dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre lisan dan bertulis melalui variasi teknik
yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan
secara didik hibur. Secara umumnya, terdapat lima teknik pengajaran aspek seni bahasa yang
terdiri daripada nyanyian, bercerita, laokonan, dialog dan deklamasi. Dalam menelurusi
penulisan ini, saya akan membuktikan pemilihan teknik bercerita dan teknik nyanyian dapat
menggalakkan penglibatan murid secara aktif seiring dengan pengajaran abad ke-21.

3.1 TEKNIK BERCERITA

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana melalui
bercerita mereka dapat memahami sesuatu dengan lebih mendalam dan secara tidak
langsung mampu meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif.
Murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria tanpa sebarang tekanan jika
guru menggunakan teknik bercerita semasa PdP (Sufean Hussin et al., 1998). Oleh hal
yang demikian, apabila belajar dalam suasana tersebut, murid akan lebih mudah faham
serta ingat isi pelajaran. Hal ini secara lumrahnya, manusia sentiasa mengingat perkara
yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan kepada diri mereka.
Dengan teknik ini, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan. Selain itu, bercerita dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

2|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan murid. Teknik bercerita menjadi
satu teknik yang mesti digunakan oleh semua guru bahasa Melayu dalam pengajaran
aspek seni bahasa. Hal ini kerana sebahagian pernyataan standard pembelajaran dalam
modul aspek seni bahasa bagi setiap tahun menekankan unsur seni kata lagu dan bahan
sastera melalui bercerita. Pernyataan standard tersebut dapat ditunjukkan dalam jadual
yang berikut:

Jadual 1: Pernyataan Standard Modul Aspek Seni Bahasa Tahun 1


Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP)

4.1 Mengaplikasikan unsur 4.1.1 Bercerita dan menuturkan dialog yang


keindahan dan kesantunan bahasa mengandungi gaya bahasa yang indah;
dalam bahan sastera i) Simpulan bahasa

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1, KPM, 2017)

Dalam konteks dunia pendidikan masa kini, teknik bercerita masih sesuai diaplikasi guru
dalam pengajaran mereka. Memang tidak dapat dinafikan penemuan teknik terkini membantu
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, namun bercerita masih lagi relevan
dan sesuai diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Aktiviti pendidikan boleh dilaksanakan di
dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah, malahan bercerita mampu dilaksanakan dengan
atau tanpa bahan bantu mengajar. Teknik ini mampu menjimatkan masa dan membolehkan
penglibatan aktif murid semasa atau selepas bercerita. Bercerita melibatkan kreativiti guru
menggunakan cerita sebagai media menyampaikan isi pelajaran kepada murid (Sufean Hussin
et al., 1998). Teknik ini mampu meningkatkan minat dan membina apresiasi dalam kalangan
pelajar. Bercerita secara tidak langsung dapat memperkayakan pelbagai bahasa, membekalkan
pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar
untuk membaca.

3.1.1 Kekuatan Teknik Bercerita

Pada dasarnya, teknik penceritaan dipercayai dapat memperkembangkan kemahiran-


kemahiran mendengar, seterusnya mempengaruhi kemahiran taakulan dan menguatkan daya
ingatan serta imaginasi mereka. Selain itu, teknik penceritaan dapat memperkembangkan
kemahiran-kemahiran lisan, terutama dari segi tatabahasa, sebutan, olahan dan kebolehan

3|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


mengorganisasi dan mengemukakan isi-isi atau fakta-fakta (David Fryland, 1995). Bercerita
juga membantu murid menguasai kemahiran mendengar. Hal ini demikian kerana, apabila
aktiviti dijalankan, kemahiran mendengar adalah amat dititikberatkan. Murid akan mendengar
dengan teliti semasa penceritaan berlangsung (Marzuki Nyak, 1994). Murid-murid akan
mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Murid yang mendengar
dengan baik akan dapat mengenalpasti setiap isi penting semasa sesi bercerita sedang
berlangsung dan dapat menjawab setiap soalan yang diajukan dengan baik.

Pada dasar yang lain, teknik penceritaan dapat membentuk kemahiran intelektual murid-
murid dan menjadikan mereka lebih kreatif. Kemahiran-kemahiran lisan, pertuturan, perbualan
dan perbincangan yang bersifat naratif dan preskriptif dalam merupakan satu kemahiran
intelektual dan kemahiran sosial yang penting dipupuk di kalangan murid-murid sekolah.
Elemen penceritaan digunakan untuk meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak terutamanya
kupasan mengenai perbualan dengan menekankan kepada skop tertentu ketika kanak-kanak
tersebut sedang menikmati maknanya (Rust & Smith, 2006). Sesi bercerita secara tidak
langsung akan memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita. Cerita-cerita teladan
kebiasaannya mempunyai nilai murni yang perlu dicontohi. Tamsilnya, melalui cerita Sang
Arnab dan Sang Kura-kura, murid akan mencontohi nilai murni seperti sentiasa berusaha dan
tidak memandang rendah akan orang lain. . Di samping itu, penggunaan gambar atau bercerita
dapat melatih murid berfikir (Shahabuddin & Rohizani, 2003). Murid-murid dapat merangsang
pemikirannya dan timbul rasa ingin tahu mengenai kesudahan sesebuah cerita tersebut.

3.2 Teknik Nyanyian

Menyanyi adalah salah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa menyanyi bermaksud melagukan nyanyi dan
berlagu. Penggunaan teknik nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk
belajar, mengurangkan tingkah laku pasif serta menggalakkan penglibatan aktif murid
sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran (Azizan, Rashidi & Abdul Razak, 1995). Teknik
nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan
dengan menekankan elemen nyanyian dalam Pdp. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid-murid
menjalani proses PdP menggunakan teknik nyanyian, mereka akan merasa lebih terhibur dan
seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan murid-murid yang mengikut proses PdP
menggunakan kaedah konvensional (Abd. Fatah & Mohd Majid, 1993). Seperti teknik bercerita,

4|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


teknik nyanyian juga penting dalam pengajaran aspek seni bahasa kerana penguasaan
kemahiran bercerita ditekankan dalam Modul Seni Bahasa Tahap 1. Antaranya adalah seperti
berikut:

Jadual 2: Pernyataan Standard Modul Aspek Seni Bahasa Tahun 1

Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP)

4.2 Menghayati keindahan dan 4.2.2 Menyanyikan lagu dengan sebutan


kesantunan bahasa dalam dan intonasi yang betul;
bahasa sastera. (i) lagu kanak-kanak
(ii) lagu rakyat

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1, KPM, 2017)

Penggunaan muzik dan nyanyian dalam proses pengajaran meransang pancaindera


komunikasi murid seperti pancaindera pendengaran. Ransangan terhadap pancaindera murid
mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid. Hal ini disokong oleh kajian yang telah
dilakukan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (2002) yang membuktikan bahawa
apabila pancaindera digunakan dengan bijak peratus pemahaman adalah sebanyak 30 peratus
dan peratus ingatan ialah 40 peratus. Kesimpulannya penggunaan teknik nyanyian meransang
pancaindera murid dan dapat meningkatkan pencapaian murid. Aktiviti nyanyian boleh disertai
dengan pergerakan, mimik muka serta gaya yang sesuai atau menggunakan teknik didik hibur
agar murid berasa seronok dan terhibur. Di samping itu, teknik nyanyian boleh diaplikasikan
dalam suatu standard pembelajaran yang menggunakan kaedah berpantun. Hal ini dapat
dibuktikan dengan merujuk DSKP Tahun 1 (SP 4.2.1) iaitu melafazkan pantun empat kerat
dengan intonasi yang betul. Guru boleh menggunakan teks pantun empat kerat seperti di
bawah yang mudah difahami, dibaca serta dilagukan mengikut melodi yang dekat dengan dunia
kanak-kanak. Melalui nyanyian ini murid secara tidak langsung dapat memperoleh pengetahuan
mengenai kepentingan meminta bantuan orang yang pakar dalam menuntut ilmu.
Buah cempedak di luar pagar

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.


3.2.1 Kekuatan Teknik Nyanyian

5|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


Integrasi muzik dengan matapelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan
otak kanan (Herman & Golon, 1991). Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan muzik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
murid-murid. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui nyanyian dapat mendorong murid
untuk mengingati lirik dan melodi serta secara tidak langsung mampu meningkatkan kefahaman
dan daya ingatan murid terhadap isi pelajaran (Siti Muhid & Ramlah Jantan, 2004) Melalui
kaedah nyanyian yang digunakan ini juga murid bukan sahaja berhibur tetapi juga turut
menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Hal ini kemudian disokong oleh
Laurence O’Donnel (1999) yang menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengaktifkan
otak kiri manakala muzik mengaktifkan otak kanan, aktiviti yang melibatkan kedua-dua belah
otak seperti nyanyian menyebabkan otak menjadi lebih afektif dalam memproses maklumat.

Teknik nyanyian dapat digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi murid-murid. Banyak hasil kajian menunjukkan
bahawa teknik nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Teknik
nnyanian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Murid-murid berasa gembira dan
seronok apabila menyanyi kerana nyanyian boleh merangsang minat murid-murid bagi
mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran serta memberi peluang mereka
melalui pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992). Murid secara tidak
langsung akan berasa seronok menyanyi bersama-bersama atau dalam kumpulan besar.

4.0 Pengaplikasian Teknik Pengajaran Aspek Tatabahasa

Modul Tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu
difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran
terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan agar murid dapat memahami serta
menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan
bertulis.

4.1 Teknik Latih Tubi

6|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


Teknik latih tubi merupakan satu teknik pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan
fakta atau kecekaan yang diperoleh. Teknik latih tubi biasanya digunakan dalam pengajaran
adalah untuk mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran serta menjamin
ketekalannya. Teknik latih tubi boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta yang penting (Faridah
Nazir & Faiziah Shamsudin, 2016). Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses
mendengar, melihat, memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan tersebut. Pada dasar yang sama, teknik latih tubi adalah berasaskan
kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang kebiasaannya digunakan
dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam erti kata lain, kemahiran mendengar dan bertutur amat
dititikberatkan dalam teknik ini. Tamsilnya, guru boleh mengaplikasikan teknik latih tubi ini
secara pertandingan dalam kumpulan, iaitu murid yang dapat menjawab pertanyaan guru serta
menggunakan pelbagai imbuhan dalam pelbagai situasi yang diberi guru dengan betul akan
diberikan markah. Aktiviti ini sesuai dijalankan berpandukan pernyataan standard berikut:

Jadual 3: Pernyataan Standard Modul Tatabahasa Tahun 6

Standard Kandungan (SK Standard pembelajaran (SP

5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan menggunakan


pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai imbuhan dalam pelbagai situasi
pelbagai situasi dengan betul. dengan betul.

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6, KPM, 2017)

4.1.1 Kelebihan Teknik Latih Tubi

Kaedah latih tubi ini bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada
murid-murid mengenai sesuatu pembelajaran spesifik. Hal ini demikian kerana, murid akan
secara langsung boleh menyebut mahupun mengingati semula sesuatu maklumat apabila
disuruh berbuat demikian. Teknik latih tubi ini mungkin akan membosankan jika dilakukan
secara berterusan (Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin, 2016). Teknik latih tubi boleh
menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas yang
bermasalah pembelajaran. Oleh hal yang demikian, untuk mengelakkan kebosanan dan
kurangnya konsentrasi murid, guru haruslah kreatif menjalankan proses pembelajaran dan

7|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


pengajaran bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Hal ini secara tidak langsung, akan
menimbulkan rasa minat untuk belajar dalam diri murid-murid.

Pembelajaran secara latih tubi adalah satu usaha merangsang memori murid untuk
mengingat kembali isi pelajaran yang dipelajari. Setiap yang dibaca, didengar, dilihat, disebut
dan dibuat serentak secara berulang kali akan membolehkan murid mengingat kembali isi
pembelajaran yang telah dipelajari (Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2011). Tamsilnya,
bagi murid pemulihan mereka adan dapat mencapai objektif yang ditetapkan guru dengan
adanya latih tubi manakala bagi murid pengayaan pula mereka akan dapat meningktakan
penguasan murid-murid dalam subjek tersebut. Teknik latih tubi juga boleh digunakan untuk
mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat
fakta-fakta penting. Teknik ini berasakan pengajaran bahasa iaitu dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

4.2 Teknik Main Peranan

Teknik main peranan merupakan kaedah yang dilakukan secara berkumpulan yang
berorientasikan proses, iaitu pelajar berlakon atau mengsimulasikan situasi dalam kehidupan
sebenar. Secara umumnya main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah
atau peristiwa yang dianggap penting. Murid akan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan merupakan dramatisasi yang
tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon cuba menjelaskan situasi kepada murid
lain. Teknik main peranan berupaya membantu mempertingkatkan pembelajaran pelajar kerana
teknik tersebut berlandaskan kepada konsep pendidikan berpusatkan murid serta menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan (Wan Zahid, 1996). Teknik main peranan
biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan keada
murid dengan cara membacakannya atau memerlihatkannya melalui filem, televisyen serta
mendengar rakaman.

Main peranan boleh dilakukan dalam kumpulan atau kelas serta teknik ini akan
memberikan peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri ataupun orang lain
dalam pelbagai situasi. Tamsilnya, dalam pengajaran bahasa Melayu tahun 2, guru boleh
mengadakan situasi dengan menggunakan beberapa rangsangan untuk menimbulkan
perbincangan supaya mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menyuruh
murid melakonkan situasi ibu yang kehilangan anaknya di pasaraya dengan melibatkan watak

8|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


seorang ibu dan seorang anak. Watak ibu dan anak tersebut perlu menggunakan ayat penyata,
ayat tanya dengan kata tanya serta ayat perintah. Aktiviti ini sesuai dilaksanakan berpaksikan
pernyataan standard berikut:

Jadual 4: Pernyataan Standard Modul Tatabahasa Tahun 2

Standard Kandungan (SK Standard pembelajaran (SP

5.3 Memahami dan membina ayat tunggal 5.3.1 Memahami, mengenal pasti dan
mengikut konteks menggunakan ayat mengikut konteks;
(i) pola ayat
(ii) ayat penyata
(iii) ayat tanya dengan kata tanya
(iv) ayat perintah

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 2, KPM, 2017)

4.2.1 Kelebihan Teknik Main peranan

Main peranan secara tidak langsung akan memberi peluang kepada murid untuk melahirkan
pelbagai perasaan dengan rasa bebas mengikut situasi dan watak yang dipegang. Di samping
itu, murid secara tidak langsung memberi peluang kepada murid untuk memikirkan dan
memahami perasaan orang lain. Pada dasar yang sama teknik main peranan membolehkan
murid menguasai kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial. Hal ini sekali gus
akan mengeratkan hubungan serta membolehkan mereka mempelajari laras bahasa dan
sebutan yang betul. Secara tidak langsung mata pelajaran dan topik dapat disampaikan dalam
bentuk yang menarik serta menjadi lebih berkesan. Teknik ini memerlukan peruntukan masa
yang banyak dan menyebabkan suasana bilik darjah yang bising dan tidak terkawal (Ladousse,
1987).

Teknik main peranan dapat meningkatkan kemahiran pertuturan. Hal ini demikian
kerana, murid-murid dapat melontarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul. Secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan menarik di samping membawa suasana pembelajaran yang berkesan (Ong Sze Chong,
Zamri & Mohd Izham 2017). Tambahan pula, teknik ini juga membantu murid yang bersifat

9|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu


pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti yang mana dapat mengikis sifat malu dan
meningkatkan keyakinan mereka.

6.0 KESIMPULAN

Pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan yang ada di dalam pengajaran itu tetapi tidak semua
kaedah sesuai untuk murid dan semua mata pelajaran yang ada. Setiap kaedah yang dipilih
guru perlulah melihat kepada situasi dan latar belakang murid, serta kemampuan dan tahap
penguasaan murid. Teknik bercerita dan drama ini amat sesuai dan relevan untuk diaplikasikan
dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ianya merupakan satu cara belajar sambil
bermain. Murid-murid tidak akan berasa tertekan, malah pembelajaran akan berlaku dalam
keadaan yang lebih santai namun segala input pengajaran dan objektif pengajaran akan dapat
dicapai.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mengubah persepsi


murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, kepelbagaian teknik
pengajaran dan pembelajaran memberi implikasi terhadap bidang pendidikan Bahasa Melayu.
Hal ini demikian kerana, sesi PdP tidak akan membosankan dengan adanya teknik-teknik yang
dinyatakan di dalam penulisan ini. Demi menambah baik kualiti pendidikan di negara ini, guru
Bahasa Melayu haruslah melakukan anjakan paradigma dan bersedia membuat perubahan
serta pembaharuan dalam menyampaikan pengajaran mereka. Hal ini sekali gus akan
membantu melahirkan murid yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi, berfikiran kritis,
kreatif dan rasional

Sebagai bakal guru bahasa Melayu, kita mestilah mempelbagaikan teknik pengajaran
agar murid tidak merasa bosan semasa di dalam kelas. Guru haruslah kreatif mempelbagaikan
teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid. Hal ini akan
membuatkan murid-murid tidak sabar untuk belajar serta menyemai motivasi untuk terus
belajar. Situasi ini secara tidak langsung akan membantu murid menanamkan rasa ingin belajar
dalam diri mereka tanpa mereka sedar. Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang
dapat dibuat ialah teknik bercerita dan teknik drama perlu diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran berpaksikan hujah-hujah yang telah dinyatakan di atas.

7.0 RUJUKAN

Buku:

10 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a M e l a y u
Abdul Fatah Abdul Malik & Mohd Majid Konting. (1993). Memahami penyelidikan pendidikan:
Satu pengenalan (Edisi ke-4). Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra Malaysia.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), ‘Projek’ Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL.

Azizan, Rashidi & Abdul Razak. (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan
Strategi. Kajang: Masa Enterprise.

David Fryland. (1995). Introducing Reading. London: Penguin.

Faridah Nazir & Faiziah Hj. Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Herman & Golan. (1991). Effects of Standardized Testing on Teachers and Learning—
Another Look. Los Angeles: UCLA.

Ladousse, G.P. (1987). Role play. Oxford: Oxford University Press.

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu III: Komunikasi
Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Marzuki Nyak Abdullah. (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

S. Nathesan. (2010). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub (2003). Psikologi pembelajaran dan personaliti.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Sufean Hussin, Abd Rahim Rashid & Sulaiman Ngah Razali. (1988). Pengajaran Alam dan
Manusia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

11 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a M e l a y u
Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal:

Freeman, L.A. (2003). Simulation and Role Playing with LEGO (R) Blocks. Journal of
Information Systems Education. 14(2): 137-142.

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Ciri kemahiran guru
cemerlang Bahasa Melayu sekolah menengah di negeri Sarawak. Prosiding
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif)
Kali Ke-6, 715-726. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Siti Muhid & Ramlah Jantan. (2014). Pengajaran Membaca Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer dan Nyanyian dalam Kalangan Murid-Murid Orang Asli. Asian Education Action
Research Journal. 3: 26-41.

Rust, J., & Smith, A. How should the effectiveness of Social Stories to modify the behaviour
of children on the Autistic spectrum be tested?. SAGE Pebulications and The
National Autistic Society, 10(2):125-138.

Siti Muhid & Ramlah Jantan. (2014). Pengajaran Membaca Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer dan Nyanyian dalam Kalangan Murid-Murid Orang Asli. Asian Education Action
Research Journal. 3: 26-41.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1996). Perjuangan yang perlu diteruskan: azam dan iltizam.
Ucap Utama Persidangan Pendidikan Nasional Ketiga Institut Aminuddin Baki, 5-9 Ogos
1996.

Zarul Akmar bin Abu Bakar. (2002). Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK): Mengenal papan induk. Latihan ilmiah.Universiti
Kebangsaan Malaysia

Naziroh Ibrahim. (2005). Kesan Modul Pemulihan Intensif Dan Berterusan Terhadap Kemahiran
Membaca Dan Menulis Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Universiti Sains Malaya.

12 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a M e l a y u

Anda mungkin juga menyukai