Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang berkualiti dan cemerlang. Justeru,
inisiatif pembangunan profesion keguruan dalam bentuk pembinaan ilmu dan kemahiran
pengajaran dan pemudah cara (PdPc), pengurusan, kebajikan, penyeliaan dan penilaian
dalam warga pendidik perlu dimantapkan (Ong Sze Chong, Zamri & Mohd Izham 2017). Hal
ini dapat membantu proses PdPc dilaksanakan secara berterusan, rasional, ilmiah, kolaboratif
dan perkongsian dengan penilitian secara alternative berpandukan informasi dan ilmu
pengetahuan. Pada era globalisasi ini, guru Bahasa Melayu perlu menerapkan unsur kreativiti
yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran pelajar. Kepelbagaian
kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar memerlukan guru Bahasa Melayu
mengaplikasikan Teknik dan bahan PdPc yang dinamik sebagai tanggungjawab utama di
sekolah. Guru perlu menekankan unsur inovasi dan kreativiti yan menambah nilai-nilai pada
usaha meningkatkan pencapaian pelajar (Ong Sze Chong, 2017).

Pendekatan pengajaran merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau


memulakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) sesuatu pelajaran. Oleh hal yang
demikian, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis
pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang digunakan guru untuk meneliti
proses PdPc. Pendekatan pengajaran juga boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan
murid, cara fakta disampaikan, keaktifan murid, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain. Elemen P&P teknik pula, kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada
sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan
sesuatu teknik yang diaplikasikan guru di dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid,
mengekalkan fokus serta menimbulkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu isi pelajaran yang
akan dan sedang dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, dalam penulisan ini saya akan
menyatakan perbezaan antara teknik pengajaran bercerita dan drama secara kritis
bersandarkan contoh-contoh yang relevan.

1|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2.0 KONSEP TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan
untuk dijadikan panduan oleh guru (Abdul Halim, 2003). Kaedah, strategi serta teknik
pengajaran dan pembelajaran seseorang guru mampu menarik minat murid untuk terus fokus
serta memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum. Kaedah pengajaran dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu kaedah pengajaran mendengar-bertutur,
kaedah membaca –menulis, kaedah memerhati dan membuat (Rashidi dan Abd. Razak,
1995). Oleh hal yang demikian, guru perlulah sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan
kaedah yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan
sedia ada pelajar.

Penggunaan sesuatu kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran


(P&P) boleh mempengaruhi tahap keberkesanan sesebuah pengajaran (Tamam et al. 2010).
Hal ini demikian kerana, strategi pengajaran yang digunakan oleh pensyarah akan memberi
impak atau kesan kepada penerimaan pelajar, seterusnya boleh membawa kejayaan kepada
pelajar. Pemilihan dan pelaksanaan sesuatu strategi pengajaran adalah amat penting bagi
memastikan setiap aktiviti P&P yang dirancang dapat dilaksanakan.

2.1 TEKNIK PENGAJARAN

Teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan
pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara
khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya
dapat mempercepatkan penanggapan dan pemerolehan pelajar. Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu
III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih

2|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti. Teknik-teknik pengajaran terdiri daripada teknik main peranan, teknik permainan
bahasa, teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik simulasi dan teknik drama. Teknik bertujuan
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, dan membangkitkan rasa ingin tahu
seorang murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik pengajaran merupakan aspek pedagogi yang amat penting dalam menentukan
kejayaan atau kegagalan para guru dalam pengajarannya. Pembaharuan perlu dibuat guru
bagi Teknik pengajaran supaya proses Pendidikan dapat merangsang perkembangan pelajar
dari segi mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pembelajaran afektif. Inovatif dalam
Teknik pengajaran boleh mempertingkatkan kualiti pendidiakn dan memberi peluang yang
lebih saksama kepada setiap murid (Sufean Hussin et. al., 1998)

3.0 KONSEP TEKNIK

3.1 TEKNIK BERCERITA

Ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Dengan teknik ini, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Selain itu, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis di kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di
kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

3|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau,
peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat
memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,
mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

3.2 TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama teknik ini adalah
untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan).

Penggunaan teknik drama dapat mendorong dan merangsang murid untuk


menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid juga bebas
meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEKNIK

4.1 KEBAIKAN KAEDAH PENCERITAAN

Teknik penceritaan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mempunyai beberapa kebaikan


tertentu, antaranya ialah kaedah bercerita jika dapat digunakan dengan baik, akan

4|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


mendorongkan pengajaran-pembelajaran. Bercerita amat sesuai dengan perkembangkan
kanak-kanak yang mempunyai daya imaginasi dan perasaan ingin tahu yang tinggi (Sufean
Hussin et. al., 1998). Dalam soal ini, kanak-kanak patut digalakkan mengingat beberapa buku
cerita yang popular, terutama cerita-cerita rakyat yang terdapat di dalam sesuatu masyrakat.

Teknik penceritaan dipercayai dapat memperkembangkan kemahiran-kemahiran mendengar,


seterusnya mempengaruhi kemahiran taakulan dan menguatkan daya ingatan serta imaginasi
mereka. Selain itu, Teknik penceritaan dapat memperkembangkan kemahiran-kemahiran
lisan, terutama dari segi tatabahasa, sebutan, olahan dan kebolehan mengorginasi dan
mengemukakan isi-isi atau fakta-fakta.

Akhir sekali, Teknik penceritaan dapat membentuk kemahiran intelektual pelajar-pelajar dan
menjadikan mereka lebih kreatif. Kemahiran-kemahiran lisan, pertuturan, perbualan dan
perbincanga yang bersifat naratif dan preskriptif dalam merupakan satu kemahiran intelektual
dan kemahiran sosial yang penting dipupuk di kalangan murid-murid sekolah.

4.2

5.0 KESIMPULAN

5|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


6.0 RUJUKAN

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Ciri kemahiran guru
cemerlang Bahasa Melayu sekolah menengah di negeri Sarawak. Prosiding
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif)
Kali Ke-6, 715-726. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badushah.
2010. Masalah membaca murid0murid sekolah rendah kerajaan di Brunei
Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77-85.

6|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Anda mungkin juga menyukai