Anda di halaman 1dari 12

1.

( I ) KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)

Konsep Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah Kurikulum semakan tahun 2000 merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan kurikulum yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan ini dilakukan berasaskan pandangan umum bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum tersebut. Elemen pengisian kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran Bernilai Tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti. Rasional Pengintegrasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Semakan Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam The Treasure Within Report to UNESCO of the International Commision on Education for theTwenty-first Century Learning (1995). Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai syarat dalam menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut: i. Belajar untuk mengetahui (learning to know). Penggabungan pendidikan

umum dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur hidup. ii. Belajar untuk membuat (learning to do). Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekerjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan. iii. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Rasa persefahaman terhadap orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama. iv. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be). Keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat bersama. Empat tunggak utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua iaitu, belajar untuk mengetahui dan belajar untuk membuat menjelaskan keperluan mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang

releven dengan kehidupan semasa dan akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu. Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau matapelajaran, serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan. Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan dengan pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ilmu bebas domain (domainindependent knowledge) Stasz (1990). Bikson dan Law (1995), mentakrifkan kemahiran generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Attewell (1994), pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini, kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberikan penekanan. Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan kemahiran generik sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai dan kemahiran fasilitator. Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik. Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelesaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut. Konsep dan prinsip Kemahiran Bernilai Tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran Bernilai Tambah

memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu atau kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemahiran Bernilai Tambah terdiri daripada: 1. Kemahiran berfikir 2. Kemahiran belajar cara belajar 3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) 4. Kajian masa depan 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran konstruktivisme 7. Pembelajaran kontekstual 1. ( II ) KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah: 1. Mencirikan 2. Mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan 3. Menghubungkaitkan 4. Membandingkan dan membezakan 5. Menyusun mengikut keutamaan 6. Menentukan urutan 7. Mengenalpasti kenyataan benar dan palsu 8. Membezakan fakta dan pendapat (I think, Ibelieve, I feel, In my opinion) 9. Menganalisis 10. Mengesan kecondongan pendapat 11. Mengenalpasti sebab dan akibat

12. Meramalkan 13. Mensintesiskan 14. Mengitlak 15. Menganalogikan 16. Membuat inferens 17. Membuat kesimpulan 18. Menginterpretasikan, mentafsirkan 19. Menilai 20. Menjana idea 21. Mereka cipta 22. Merumuskan, meringkaskan 23. Menyelesaikan masalah 24. Membuat keputusanuntuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Belajar Cara Belajar diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran Belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran dan bertindak untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar dan sering berubah. Melalui pengalaman yang dilalui sendiri oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar dan merupakan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek Kemahiran Belajar Cara Belajar ialah: 1. 2. 3. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)

4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 5. Kemahiran menghasilkan laporan 6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki 7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

8.

Persediaan menghadapi peperiksaan

9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei 10. Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang 11. Strategi belajar dalam kumpulan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu: 1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid. 2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet dan portel maklumat, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi dengan langkah menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri. 3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasilain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya. 4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya. Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan,

menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai ini merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai k ecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah: 1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. 2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik. 3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan serta menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. 4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan. 5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo. 6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. 7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan. 8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk murid belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang

dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka. Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme Pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan format 5E seperti berikut: 1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat. 2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen. 3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan. 4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar. 5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka. Kemahiran Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sendiri individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latihan amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah: 1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai

2. 3. 4. 5. 6. 7.

berpusatkan murid menekankan pembelajaran secara konkrit berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir menekankan interaksi pembelajaran koperatif akses kepada maklumat

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman dibilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar dapat memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotism serta peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysian ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.
Di samping itu, Kemahiran Bernilai Tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu, guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu.

Dari

segi

kurikulum,

kemahiran

bernilai

tambah

ialah

unsur

dalam

pengisian

kurikulum. Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan peraturan sosiobudaya) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan. Kurikulum Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira: kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kemahiran bernilai tambah.

Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan diintegrasikan dengan hasil pembelajaran setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran. Guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin dengan aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini diserapkan kepada pelajar dengan berkesan.

Malahan, kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah, ia merupakan salah satu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan, pelajar dapat bersedia untuk menghadapi segala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Ini bermakna, pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan. Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), kemahiran mendengar dan bertutur, 1.4: Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila dan 1.4.2: Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga asas dalam situasi formal dan situasi tidak formal secara bertatasusila. Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran di atas. Aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih kemahiran mendengar dan bertutur. Panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, murid-murid dapat menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar. Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat membolehkan murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan ruang latihan menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah kecerdasan interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan diri individu. Latihan membuat

rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta meningkatkan kemahiran merumus, suatu jenis kemahiran berfikir. Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran kontekstual, di samping dapat mencapai objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran bernilai tambah perlu diolah dan diintegrasikan secara natural tetapi terancang dalam langkah pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulangulang dan kreatif dapat menyematkan kemahiran hidup (living skills) kepada murid. Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah menjadikan ilmu yang dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan. Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terbentuk daripada hasil pembelajaran dan sistem bahasa. Unsur kemahiran bernilai tambah boleh diperlihatkan dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya: a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.(Contoh pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji menimbulkan masalah berat badan berlebihan.) b. Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar. c. Menggemukakan peta konsep karangan Amalan pemakanan yang sihat menggunakan alat aplikasi komputer yang telah dipelajari. Objektif a: Memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens. Objektif b: Dapat menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andaian guru telah mendedahkan teknik mencatat nota kepada murid.) Objektif c: Dapat melatih murid membina peta konsep di sampig dapat dijadikan ukuran untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat. Tumpuan pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran adalah yang menjadi fokus utama dalam sesuatu pelajaran yang juga merupakan objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek Bahasa Melayu, beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan kemahiran bernilai tambah tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara belajar tertentu, bererti jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan pernyataan yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah. Bagi tujuan menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu disediakan; misalnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajarkan cara membuat generalisasi. Pengaplikasian kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) biasanya memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan. Hal ini menuntut pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien pada pihak guru.

Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi objektif, penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan rakaman yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan (ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran) secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran generik dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah.

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), pasti ada penyerapan komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT). Tujuannya adalah bagi memastikan murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang direncanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tercapai. Fungsi KBT adalah memastikan unsur positif dan mapan yang terkandung dalam kurikulum sebelumnya sekaligus melahirkan pendidikan yang berkualiti. Dalam aktiviti dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang diserapkan dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian muridmurid. Misalnya, kemahiran belajar cara belajar yang mengandungi aspek mengingat jangka panjang serta kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta mengingat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubi gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa. Dalam kemahiran kecerdasan pelbagai, ia melibatkan ilmu yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Kecerdasan Pelbagai terdiri daripada kecerdasan interpersonal, intrapersonal serta verbal-linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P&P membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari

pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di kedai buku tersebut. Kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi. Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan peniaga. Manakala, kecerdasan verbal-linguistik ialah tata tingkat kemahiran lisan. Verbal-linguistik ialah kebolehan menggunakan katakata secara berkesan sama ada melalui lisan, penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Semasa aktiviti dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi berkesan sesama mereka. Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Di samping itu, murid dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai. Pembelajaran kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, aktiviti latih tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan pengetahuan murid dengan kehidupan seharian. Melalui aktiviti ini juga, murid akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup mereka khususnya hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi persekitaran kelak.

Anda mungkin juga menyukai