Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Dalam penulisan ini, saya akan merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari
aspek kemahiran bahasa iaitu kemahiran menulis berdasarkan DSKP Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah tahap 2 tahun 4 dengan megintegrasikan Elemen Pengisian Kurikulum yang
sesuai dan saya akan membina bahan pentaksiran berdasarkan kemahiran yang dipilih.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh murid
kerana penulisan melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan proses
kognisi yang tinggi (Nik Safiah Karim, 2004). Kemahiran menulis merupakan antara elemen
kemahiran bahasa yang harus dikuasai murid bagi sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Oleh hal yang demikian, guru berperanan
sebagai pemberi maklumat agar murid mempunyai panduan dalam meghasilkan penulisan
kreatif (Simah, 2009)

1|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tahun : 4 Amanah
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Bil. Murid : 23 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : Negaraku Malaysia

Standard Kandungan:

3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

Standard Pembelajaran:

3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan betul.

OBJEKTIF:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1. Murid dapat menghasilkan pembayang dan maksud pantun menggunakan diksi yang
gramatis.
2. Murid dapat mencipta serangkap pantun bertemakan kemerdekaan.

PENGISIAN KURIKULUM:

Ilmu : Sejarah dan Pendidikan Moral.

Kemahiran : Menulis.

Nilai murni : Patriotik, perpaduan dan kesantunan.

Patriotisme : Berusaha mengekalkan keharmonian negara.

Peraturan Sosiobudaya : Kesantunan dalam penulisan pantun.

Kreativiti dan Inovasi : Menghasilkan pantun yang berkualiti.

2|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


SISTEM BAHASA:

Sebutan dan intonasi : Sintaksis – susunan ayat: susunan biasa atau songsang.

Tatabahasa : Sintaksis – susunan ayat: susunan biasa atau songsang.

Sistem Ejaan : Penggunaan ejaan yang betul bagi setiap perkataan yang digunakan.

Kosa Kata : Penggunaan perkataan yang meluas bagi melengkapkan baris


pembayang dan maksud sesuai dengan rima. Contohnya penggunaan
perkataan jejawi dengan pertiwi dan kedidi dengan abadi. – Contoh 1

BAHAN BANTU BELAJAR:

Video.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

No. Jenis Bilangan


1. Komputer Riba 1
2. LCD 1
3. Video: Iklan kemerdekaan -
4. Video: Cara membuat pantun -
5. Kad pantun 23
6. Lembaran Kerja A 23
7. Lembaran Kerja B 23

ALAT BANTU MENGAJAR:

Komputer riba dan alat pemancar (LCD).

PENDEKATAN:

Deduktif - Menunjukkan contoh pantun, kemudian menerangkan secara terperinci

berkaitan format pantun.

Tematik - Memilih tema kemerdekaan dan merangsang pemikiran murid untuk

mengaitkan suasana semasa untuk menghasilkan pantun yang berkualiti.

3|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK:

Kemahiran Berfikir : memilih aspek yang hendak ditekankan dalam pantun

kemerdekaan (situasi semasa atau punca, langkah dan akibat)

Pembelajaran Kontekstual : menghubung kait situasi kehidupan untuk menghasilkan

pantun kemerdekaan yang bermakna.

Kajian Masa Depan : menilai erti kemerdekaan dari zaman lampau, mengaitkan

dengan situasi semasa dan memikirkan cadangan untuk

mengekalkan keharmonian negara pada masa depan.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan


Set Induksi Tayangan Video – 1 1. Guru menayangkan video yang ABM:
5 minit minit menunjukkan perpaduan kaum di Komputer dan
Malaysia. LCD
“Iklan Merdeka 2013
Maybank” 2. Guru merangsang kemahiran BBB: Video
berfikir murid dengan
menanyakan soalan tentang KBAT
kemerdekaan.

https://www.youtube.co
m/watch?v=-
W0BYtz1IYw
Langkah 1 Menyenaraikan 1. Guru memberitahu murid ABM:
perkataan yang sesuai tentang topik pembelajaran iaitu Komputer dan
15 minit dengan tema menghasilkan pantun LCD
kemerdekaan kemerdekaan.
BBB: Video
Tayangan video – 2 2. Guru menayangkan video yang
minit mendemonstrasikan cara KBAT
membaca dan menghasilkan
“Pantun Bersama Md pantun.
Ashik”

4|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


4. Guru bertanya kepada setiap
murid tentang perkara pertama
yang difikirkan berkaitan
kemerdekaan (1 perkataan).

https://www.youtube.co 5. Setiap jawapan tersebut akan


m/watch?v=WHCST0L dicatat dalam bentuk peta minda
YD80 dan dijadikan sebagai salah satu
perkataan yang akan dimasukkan
Lembaran Kerja A: ke dalam pantun kemerdekaan.

6. Murid diminta mengubah


sekurang-kurangnya dua rangkap
pembayang pantun menggunakan
idea sendiri.

Langkah 2 Membina pembayang 1. Guru bersama-sama murid Kemahiran


dan maksud pantun. membina baris maksud pantun berfikir
25 minit terlebih dahulu.
Lembaran Kerja B: Kreativiti dan
- Menyatakan isi 2. Guru mengeluarkan perkataan Inovasi
penting yang terdapat terakhir dalam baris maksud dan
dalam pantun yang meminta murid menyenaraikan
dibina. perkataan berunsur alam yang
memiliki suku kata terakhir yang
1. Apakah maksud sama dengan perkataan tersebut.
rangkap satu dan dua
pantun serta 3. Guru memilih perkataan yang
menyatakan nilai yang paling sesuai berdasarkan
diperoleh. jawapan murid dan bersama-
sama membina baris pembayang

5|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2. Bilakah Tarikh bagi melengkapkan serangkap
kemerdekaan dan pantun.
siapakah bapa
kemerdekaan?

3. Apakah kesannya
jikalau nilai patriotisme
tidak dipupuk dalam diri
murid.

4. Pada pendapat anda,


bagaimanakah cara
untuk menyemai
semangat cinta akan
negara.

5. Sebagai rakyat
Malaysia yang
bertanggungjawab,
apakah yang perlu
dilakukan dalam
menjaga kemerdekaan
negara.
Langkah 3 Membina satu rangkap 1. Guru membahagikan murid Kemahiran
15 minit pantun (aktiviti kepada 4 kumpulan dan meminta Berfikir
berkumpulan) mereka berbincang untuk
menghasilkan satu rangkap Perbincangan
pantun. kumpulan

2. Murid menjana idea untuk


menyenaraikan perkataan yang
sesuai dengan tema.

3. Murid berbincang untuk menulis


maksud pantun, diikuti
pembayang pantun.

6|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


4. Setiap kumpulan akan
membacakan pantun yang
dihasilkan di hadapan kelas.

5. Guru menilai pantun yang


dihasilkan dan memberi hadiah
kepada pemenang.
Pengayaan 1. Guru meminta murid Kemahiran
menghasilkan tiga rangkap pantun Berfikir
bebas selain daripada tema
kemerdekaan sebagai latihan. Kreativiti dan
Inovasi
Pemulihan 1. Guru meminta murid Kemahiran
menghasilkan serangkap pantun Berfikir
bebas selain daripada tema
kemerdekaan sebagai latihan. Kreativiti dan
Inovasi

Contoh 1

Halus teratur jambangan cempaka,

Di tepi jejawi molek kedidi,

Takkan luntur semangat merdeka,

Dijulang pertiwi sentosa abadi.

7|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh murid dan guru supaya
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah (Brown. J.
W., 1983). Di samping itu, proses PdP yang efektif dapat dilihat melalui kebolehan guru-guru
dalam menghasilkan PdP yang menarik serta interaktif (Kamarul Azmi, 2007). Guru yang
kreatif dan inovatif dalam PdP mampu dijadikan perintis kepada guru-guru yang lain kerana
menggunakan sesuatu yang baru hasil daripada idea pemikiran sendiri mahupun afaptasi
BBM sedia ada. Penggunaan BBM oleh guru mampu membuatkan murid lebih fokus kepada
pengajaran sewatu proses PdP (Jasmi, 2011).

Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan memerlukan perbelanjaan yang rendah
seperti lembaran kerja pantun patriotism malah kemudahan-kemudahan seperti projector LCD
dan smartboard juga dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Penggunaan video cara membuat
pantun amat menarik perhatian murid di samping mengandungi unsur seni dalam Pendidikan
iaitu seni visual. Hal ini sekali gus akan mendorong perkembangan kecerdasan pelbagai murid
yang merangkumi kecerdasan ruang-visual, muzik, kinestetik serta intrapersonal dan
interpersonal. Murid-murid juga dikehendaki menghasilkan pantun yang asli mengikut
kreativiti sendiri. Di samping menerapkan nilai patriotism, BBM ini juga menggabungjalinkan
kemahiran menulis serta kemahiran mendengar dan bertutur.

3.1 ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM DALAM BAHAN BANTU MENGAJAR

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan ilmu yang
mencakupi aspek ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya serta
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran belajar cara belajar, kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan pelbagai dan pembelajaran
konstruktivisme. Aktiviti menulis pantun patriotisme yang saya jalankan meliputi aspek
kewarganegaraan, nilai tambah dan juga ilmu. Aspek ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu
dan disiplin, misalnya dalam bidang bahasa Melayu dapat digunakan untuk
memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa murid. Seterusnya elemen nilai
juga mampu dibentuk di dalam diri murid. Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak
mulia. Selanjutnya, aspek kewarganegaraan iaah penyerapan unsur patriotisme dan
kewarganegaraan dalam pendidikan bahasa Malaysia. Dengan menulis pantun berunsurkan

8|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


patriotisme, hal ini secara tidak langsung akan membentuk jati diri murid serta melahirkan
rasa cinta akan negara dalam diri mereka.

4.O BAHAN PENTAKSIRAN

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, KPM telah
mengetengahkan suatu pembaharuan, iaitu perubahan daripada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR
merupakan suatu usaha KPM untuk membawa perubahan komprehensif kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk bergerak selari dengan kemajuan pendidikan
global dan tidak ketinggalan daripada kelompok negara maju selaras dengan hasrat mencapai
wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia antara negara berpendapatan tinggi (Jabatan
Perdana Menteri, 2010). KSSR membawa pembaharuan terhadap pematuhan standard kualiti
yang perlu dicapai oleh murid pada sesuatu peringkat pendidikan untuk menghasilkan murid
yang kompeten, berpengetahuan dan berdaya saing (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

Salah satu aspek yang diberi perhatian serius dalam KSSR ialah bentuk pentaksiran
yang akan diamalkan disekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Pengenalan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (School Based Assessment) dalam KSSR dengan tumpuan
kepada Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment For Learning) meningkatkan peranan
guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sistem pentaksiran dalam KSSR ini
turut memberi autonomi kepada guru dalam hal menentukan bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011).

Guru mampu menilai murid yang mahir membuat pantun dengan cara menyemak
adakah muridnya meletakkan rima akhir dengan betul ataupun tidak. Rima akhir pantun
mestilah diakhiri dengan betul iaitu a b a b.

Halus teratur jambangan cempaka,

di tepi jejawi molek kedidi;

takkan luntur semangat merdeka,

dijulang pertiwi sentosa abadi

9|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


4.1 ELEMEN PENGISISAN KURIKULUM DALAM BAHAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran boleh dijalankan secara penulisan. Tamsilnya, guru melaksanakan aktiviti


menyemak dan memeriksa tugasan hasil penulisan pantun pelajar.

Selain itu, merekod juga mampu dijadikan sebagai elemen pengisian kurikulum dalam bahan
pentaksiran. Guru perlu mencatat makluat secara sistematik berkaitan dengan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara individu.

10 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
3.0 ELEMEN PENGISIAN KURIKULUM

Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, pelbagai aspek
pengisian kurikulum dapat diintegrasikan. Antara elemen pengisian kurikulum yang dapat
diintegrasikan semasa aktiviti pdp termasuklah elemen 5.1 ilmu, 5.3 nilai murni, 5.4
patriotisme dan 5.9 teknologi maklumat dan komunikasi.

Dalam elemen 5.1 iaitu ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, misalnya
dalam bidang bahasa Melayu dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan
kemahiran bahasa murid. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dirancang,
ilmu berkaitan kemerdekaan seperti sejarah kemerdekaandan serta tokoh yang terlibat dalam
memperjuangkan kemerdekaan turut dijalankan.

Seterusnya elemen 5.3 nilai murni juga mampu dibentuk di dalam diri murid.
Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan
insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak mulia. Di samping itu, penghayatan dan
amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian
luhur. Pemahaman serta kesedaran mengenai nilai murni dalam masyrakat Malaysia perlu
dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Nilai murni
yang dikenal pasti daripada aktiviti pdp yang dirancang ini termasuklah kesyukuran, semangat
bermasyarakat dan nilai kerjasama.

Nilai kesyukuran dapat diterapkan dalam di murid apabila mereka mula menghayati
tentang kemerdekaan tanah air Malaysia. Murid akan bersyukur kerana hidup dalam negara
yang aman dan damai tanpa sebarang pergolakan dan pertumpahan darah. Nilai semangat
bermasyarakat pula diperoleh setelah mereka menghayati tentang kepentingan perpaduan
kaum antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Hal ini demikian kerana, masyarakat di
Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa serta agama yang berbeza. Seterusnya,
nilai kerjasama pula ditonjolkan semasa muid melaksanakan dan menyelesaikan tugasan
untuk membina serangkap pantun yang berunsurkan patriotism. Setiap murid akan
bekerjasama memberi idea serta pendapat dalam menghasilkan serangkap pantun.
Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan
insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak mulia.

11 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
Selanjutnya pula ialah Elemen 5.4, iaitu patriotism. Elemen paatriotisme dalam
pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan semangat cinta akan negara, serta melahirkan
perasaan bangga untuk menjadi rakyat Malaysia. Semangat patriotism dipupuk melalaui mata
pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang
mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu
terhadap negara.

Di samping itu, elemen 5.9 iaitu elemen teknologi maklumat dan komunikasi juga
diterapkan semasa pdp. Hal ini demikian kerana, guru dan murid menggunakan kemahiran
Tekonologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai alat untuk mengajar dan
belajar.Tamsilnya, guru menayangkan video kemerdekaan kepada murid menggunakan
paparan ‘lcd’ di dalam kelas. Selain itu, guru juga menayangkan video mengenai Teknik yang
betul dan tepat dalam menghasilkan pantun yang kreatif serta bermutu.

12 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
4.0 ELEMEN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepelbagaian kaedah dan teknik juga diterapkan dalam aktiviti pdp yang dirancang.
Antaranya termasuklah 6.3 Pendekatan Tematik, 6.4.1 Kemahiran Berfikir, 6.4.5
Pembelajaran Koperatif serta 6.4.10 Kajian Masa Depan.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan berdasarkan


tema.Aktiviti pembelajaran dan pembelajaran yang dirancang menggunakan tema perpaduan
serta jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan. Murid dikehendaki menulis serangkap
pantun mengenai kemerdekaan. Tema jati diri, patriostisme dan kewarganegaraan merujuk
kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal,
mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi
negara.

Kemahiran berfikir juga diterapkan di dalam aktiviti pdp yang telah dirancang.
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran menulis. Kemahiran ini diaplikasikan semasa
murid menyelesaikan tugasan mereka. Murid harus berfikir cara untuk menulis serangkap
pantun mengenai kemerdekaan. Seterusnya pula ialah pembelajaran koperatif diaplikasikan
apabila murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Hal ini secara tidak langsung akan
membuatkan murid belajar Bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu sama
lain dalam menyelesaikan tugasan. Implikasinya, murid mampu menghasilkan satu tugasan
kumpulan, di samping mewujudkan interaksi yang positif antara murid, kerjasama dan
semangat berpasukan yang kuat.

13 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
5.0 KESIMPULAN

Konklusinya, perancangan aktiviti memerlukan keprihatinan guru terhadap kemenjadian


murid. Perancangan aktiviti akan menjadi garis panduan buat guru dalam mencapai objektif
PdP yang ditetapkan dan akan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid. Pengisian
kurikulum juga perlu dipraktikkan dan diintergrasikan dalam aktiviti PdP untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti PdP yang dirancang
juga sepatutnya bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta meliputi aspek-aspek
yang terlibat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah
Rendah.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari aspek
kemahiran menulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Penitaksiran DSKP
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun 4

14 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
6.0 RUJUKAN
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah
menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1), pp. 59-74.

Kamarul Azmi Jasmi. 2010. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD, UKM.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Simah Mamat. (2009). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran menulis karangan
fakta dan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu. Dimuat turun pada 26/3/2018
dari http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/ke berkesanan-koperatif-dalam.html

15 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
7.0 LAMPIRAN

Lembaran Kerja A :

16 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
Lembaran Kerja B:

1. Apakah maksud rangkap satu dan dua pantun serta menyatakan nilai yang diperoleh.

2. Bilakah Tarikh kemerdekaan dan siapakah bapa kemerdekaan?

3. Apakah kesannya jikalau nilai patriotisme tidak dipupuk dalam diri murid.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menyemai semangat cinta akan negara.

5. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, apakah yang perlu dilakukan dalam
menjaga kemerdekaan negara.

17 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h

Anda mungkin juga menyukai