Anda di halaman 1dari 24

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN
Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan
karya berbentuk tiga dimensi. Bidang Kegiatan Membentuk
dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah
memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah
bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper
mache.
TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk
menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya
ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,
pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya.
Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan
kesesuaian bahan yang digunakan.
Teknik Picitan
Teknik Lipatan
Teknik Potongan
Teknik Cantuman
Teknik Pembungkusan
Teknik Guntingan
Teknik Luakan

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan
bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang
terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak
seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk
geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat
ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif.
(Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan
menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa
terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton
filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan
berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan
pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi
sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat
strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang
akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih
banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan
sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan,
unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi
gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat tumbnail-print / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk
mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan
akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan
berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.


PENGENALAN ARCA

1) Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimansi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
2) Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan cirri- cirri tiga dimensi.
3) Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina,hiasan dalaman,dan reka
bentuk pentas, namun karya ini mempunyai kaistimewaan tersendiri.
4) Arca dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berfungsi dan estetika.
ARCA (Klik Disini)
Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud mengukir,menebuk, memotong,
melarik dan sebagainya
- Pengucapan hasil seni yang bersifat 3D.
- Hasil karya yang lebih diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar.
- Menggunakan unsur seni reka dan prinsip seni reka.

SEJARAH ARCA.

1) Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk, dan tanah
liat. Ia dihasilkan oleh orang- orang Aurignacian dan Magladenia pada kira- kira tahun 8000 S.M.
2) Pada zaman dahulu , bentuk figura manusia dan haiwan adalah subjek utama yang digunakan untuk
menghasilkan arca.
3) Michelangelo Buanarroti (1475-1564) merupakan pengarca italic yang teragung pada zaman
pembaharuan (Renaissance) di Eropah.
4) Pengarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang
dunia kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898- 1986) dan Alberto Giacometti,
warganegara Switzerland (1901 1966).
5) Sebelum Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan
tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik , nilon, fabric, dan
bahan buangan lain.
6) Antara teknik yang digunakan ialah teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri,
jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.

SEJARAH ARCA DI MALAYSIA

1) Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
2) Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.
3) Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee
Kian Seng, dan lain- lain.

KATEGORI ARCA
a) ARCA ESTETIK
- Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar bangunan
- Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual
b) ARCA BERFUNGSI
- Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan lanskap - Sebagai alat ritual,
penyembahan dan keagamaan - Keperluan domestik.

MEDIA PENGHASILAN ARCA

- TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk
arca
- GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi -
Gunakan acuan untuk membentuk arca.

- KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh
masyarakat pribumi Malaysia

- BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt.
granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam.

- LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan


Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat
keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:- Acuan- Tampalan.

Alat dan Media: Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastic, tanah liat, pahat, penukul
Teknik: Acuan, tampalan, asemblaj, binaan.




Asemblaj Binaan
Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek
dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;- Kimpalan- Binaan- Cantuman skru/paku- Gam

Alat dan Media: Kayu, logam, batu, simen, besi, roda.

Teknik: Kimpalan, binaan, cantuman skru / paku, ikatan

Penyediaan Lakaran Idea
_ Menentukan subjek dan tema
_ Menentukan alat dan media
_ Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)
_ Memilih salah satu lakaran yang terbaik
_ Memperinci lakaran

Proses Membentuk Arca
_ Membuat model kecil/prototaip
_ Membuat kerangka atau struktur
_ Membuat arca yang sebenar
_ Kemasan dan persembahan

PERSEMBAHAN HASIL KERJA
Ekspresi Diri
1. Bentuk arca menepati tema dan topik.
2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.
3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan
yang artistik.
5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan
yang menarik.
6. Asli, unik dan berketerampilan.
Apresiasi
1.Tajuk dan tema yang sesuai
2.Alat dan bahan yang sesuai
3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej
4.Kesesuaian secara keseluruhan
Proses Membuat Arca
- Membuat arca kecil / prototaip
- Membuat kerangka / struktur
- Membuat arca yang sebenar
- Kemasan / Persembahan



MOBAIL

Idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah untuk menampilkan
dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni. Mobail - Bahagian-bahagian
dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau
berombak.
Tidak statik, boleh bergerak atau berawangan pada kedudukan yang tetap.Biasanya menggunakan
bahan ringan.

Alat dan Media: Besi, dawai, kertas, tali temali, kad bod, dawai besi, logam.

Teknik Penghasilan Mobail:
- Kimpalan
- Gam
- Skru
- Jahitan
- Ikatan
- Tanggam
- Menggunakan skru, nad dan bol

Perkara-perkara dalam Menghasilkan Mobail
- Menentukan subjek dan tema
- Menentukan alat dan media
- Membuat thumbnail print
- Memilih salah satu lakaran terbaik
- Memperinci lakaran
- Membuat karya / mobail.

Proses Membentuk Mobail
- Membuat model kecil atau prototaip
- Membuat kerangka / struktur
- Membuat mobail yang sebenar
- Kemasan dan peragaan / persembahan

Klasifikasi Bahan Mobail
- Luar dan terdedah
Keluli Tembikar
Besi Aloi
Timah Marmar
- Dalam dan tertutup
Plastik Tembikar
Kayu Aluminium
Kertas Bahan Terbuang

Aplikasi Prinsip Rekaan Mobail
- Imbangan
- Harmoni
- Warna
- Kontra
- Pergerakan
- Rentak

Persembahan Hasil Kerja
- Bentuk mobail menepati tema dan tajuk
- Bahan binaan mobail sesuai dengan tujuan
- Pastikan kuat, kukuh dan selamat
- Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk komposisi gubahan
artistic
- Mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaan
- Asli, unik dan berketrampilan




STABAIL
- Berasal daripada stabile yang bermakna static, kukuh dan mantap.
- Berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran.

- Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil
- Alat dan Media: Simen, kepingan logam, plastic, besi, logam, papan.
- Teknik: Kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan
Alat
- Playar pemotong / muncung
- Gunting dawai
- Gergaji besi / kayu
- Bahan pelekat (masking tape, gam, bahan pematri)
- Pisau pemotong
- Gerudi elektrik / Pemotong logam

Media
- Kayu (Kayu keras, bongkah kayu)
- Batu marmar (Batu granit)
- Logam (Besi, Timah, Tembaga, Aluminium)
- Plastik (Kepingan plastic, bongkah plastic)
- Plaster of Paris (Simen, Simen Putih)
- Bahan-bahan daripada spare-part kereta

Teknik Penghasilan Stabail
- Kimpalan
- Skru
- Ikatan
- Acuan
- Binaan

Teknik cantuman yang digunakan
- Ribet
- Pateri
- Gam
- Acuan
- Tanggam

Proses Menghasilkan Stabail
- Memerhati
Mengenali.
Memahami bentuk dan ruang stabail.
- Melakar
Sketsa-sketsa untuk mendapatkan penampilan imej baik dan terancang.
- Memilih
Sketsa baik dan relevan.
Berkaitan dengan perancangan menghasilkan stabail.
- Membuat prototaip
Meneliti dan membuat tinjauan.
Menyamai imej sebenar.
- Membuat kemasan
Kemasan.
Menentukan ruang untuk peragaan.


MODEL
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan.
Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.


MODEL RUMAH BANGLO G4.8 2011 (Klik Disini) Prosesnya (Disini)


DIORAMA
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa.
Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

BONEKA
Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk
penghasilan boneka adalah jahitan, gam, kimpalan dan skru.

- Jari (Klik Disini)

TOPENG (Langkah-langkah-Klik Disini)
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka
yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan

ORIGAMI
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan
dan guntingan.





ORIGAMI
JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI
TUMBUHTUMBUHAN , haiwan , permainan , barang perhiasan

ALAT DAN MEDIA
- Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna- size 15
cm
1. KERTAS WASHI
_ Berkualiti tinggi daripada Jepun
_ Buatan tangan dengan teknik yang istimewa
_ Corak elegan seperti fabrik broked
_ Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap
2. KERTAS KERAJANG
_ Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain
_ Kadangkala bercorak timbulan dan licin
_ Permukaannya berkilau dan berkilat
3. KERTAS SEPASANG
_ Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik
_ Spray adhesive untuk melekat pasangan kertas
_ Origami dibentuk
4. KERTAS BUNGKUSAN
_ Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya
_ Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

_ Sering disebut kertas pembungkus hadiah

- Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan
gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan
lurus.
- Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki.

MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT
1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan
2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau
3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga
4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan
5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut
6. Segi empat tepat siap
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
LED KOMEN

LED Text Scroller
About Me

kirhmuru
GEORGETOWN, PENANG, Malaysia
View my complete profile
Gandhi Says...

Gandhi Quotes Generator
Profile Views Seconds


Myspace Generator Codes
Song for blog


Bloggers Malaysia

BLOGGERS MALAYSIA
Top 10 Members
Soothing Music for Calmness
shining stars on right


Daisypath Graduation tickers

Followers
Come and chat with me...
There was an error in this gadget

Logo Blog

My Logo

Clock
Daily Calender

Cuteki cute ecards
Total Pageviews
95,618
Rujukan Penghasilan Blog
Entry Page
Grafik Hindus
Rina Supian
Cara Buat Drop Down Menu
Share It
Blog Archive
2012 (1)
CLASSMATES G_23.8 AMB JAN 2010
CIKGU AFIFAH
CIKGU AINA
CIKGU AISYAH
CIKGU AKALILI FATIN
CIKGU ASRUL
CIKGU ASYRAF ZUBIR (ATAP)
CIKGU ELLA
CIKGU FADHLAN
CIKGU FAKHRULLAH
CIKGU HAFIZ
CIKGU HAFIZAH
CIKGU HAFIZUL SYARAFI
CIKGU JUDE
CIKGU NUR DIYANA (CAHAYA)
CIKGU NURUL HANI
CIKGU SUHAILA OTHMAN
CIKGU WAN ZUL FADHLI AD-DINNIE (Dinnie-Boboy)
CIKGU YASMIN
PAUTAN PSV
nota psv
penghayat seni
purnima rindu
nota animasi
ict
Studiosenivisual
Forum Komunikasi,Kebudayaan dan Kesenian (Cari)
Art Geng
Blog Seni Tampak
Graphics
SENI VISUAL 3
IPG KAMPUS ILMU KHAS
4 Bidang PSV KBSR
Sekolah Seni
PORTAL RASMI BALAI SENI VISUAL NEGARA
LAMAN APRESIASI SENI
Arts.com
Art Malaysia
Malaysian Art Centre
KARYA PEMANDANGAN
PGSR PSV
Sabah Art Gallery
Minimalism Art
Panduan Melukis Online
Pendidikan Seni Visual
Art Is Pleasant
BEST COLLEGE ART
PSV TERRITORY
WORKSOFART
BERUS DAN KRAYON
JPSV KAMPUS ILMU KHAS
SENI UNTUK SEMUA
SENI VISUAL 2
SENI VISUAL
Floating Button


Cursor

visitor tab
Bling bling


Shaking effect
Falling leaves
Welcome note


Simple template. Template images by TommyIX. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai