Anda di halaman 1dari 28

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

TAJUK 2

Pengenalan:
Tajuk ini menerangkan konsep, teori, pelaksanaan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam empat bidang PSV KBSR iaitu Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:
1. Mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran PSV dalam empat bidang.
2. Mengaplikasi pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam empat bidang.
3. Membandingbeza pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran PSV.

2.1

Mengenal Konsep:

2.1.1 Kajian Masa Depan


Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan.

Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta

mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global.
dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

KMD lebih berciri saintifik kerana

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan(KMD)

Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya


menghadapi cabaran dan perubahan.

Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi

secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab.

KMD yang dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran akan:


i.

Membina generasi masa depan


KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan
peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang
masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.

Ii

Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir


Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia
yang dapat berfikir tentang masa depan.

Selain daripada itu, mereka seharusnya

berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.

iii

Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik


Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.

iv

Membawa anjakan paradigma


Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan
pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.

Objektif Kajian Masa Depan

Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:


i

Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu
pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang keseluruhan hidup
manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.

ii

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan


KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan
dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi
berbagai-bagai cabaran hidup.

iii

Membina sikap dan nilai tentang masa depan


KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh
membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa
depan mereka.

iv

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan


KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah dalam
mengkaji masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan


Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu membeza
dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.

Strategi Kajian Masa Depan

Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada
masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan. Pedagogi ini
berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama
dipupuk melalui kaedah ini.

2.1.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)


Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, perceiving and understanding
life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa
dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.Teori
Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep
kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.

kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.

kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam


lingkungan sesuatu budaya.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbezabeza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi
yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak
sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

OTAK KIRI

OTAK KANAN

Bahasa
Formula Matematik
Logik
Nombor
Urutan
Linear
Analisis

OTAK

Bentuk dan corak


Ruang
Irama dan apresiasi
muzik
Imej/gambar
Imaginasi
Berkhayal
Dimensi

Rajah 2.1: Perhubungan otak kiri dan kanan

Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

Naturalis

Intrapersonal

VerbalLinguistik

KECERDASAN
PELBAGAI

Interpersonal

LogikMatematik

VisualRuang

Kinestetik

Muzik

Rajah 2.2: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)

Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)

TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan


yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:

a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.


b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.

Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i.

Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam

ii

Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara

iii

Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan
berlainan

Ciri-Ciri Teori Kepelbagaian Kecerdasan

Boleh dipelajari, dididik


dan ditingkatkan
Individu mempunyai
8 kecerdasan

Boleh dirangsang

Tidak berkembang
seiring

CIRI-CIRI

Boleh dipindahkan kecerdasan


interpersonal ke linguistik

Tidak boleh dinilai


berasingan

Satu atau dua kecerdasan


berkembang sepenuhnya

Rajah 2.3: Perhubungan otak kiri dan kanan


Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
-

Natural

Verbal-linguistik

Logik Matematik

Visual-Ruang

Kinestatik

Muzik

Interpersonal

Intrapersonal

Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).

ii Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.

iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.

iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).

v Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.

vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.

vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).

viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja lapangan.

Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan

petunjuk kepada potensi murid

menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid

mempelbagaikan cara penilaian

menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan


keperluan murid

mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan

kesesuaian

murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;

SISIPAN

Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam
pengajaran secara tidak langsung.

JARINGAN

Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.

JALINAN

Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.

PERKONGSIAN

Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata


pelajaran.

KESEPADUAN

Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi


mata pelajaran yang berlainan.

2.1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)


Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan
Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan.

Penggunaan TMK juga mampu

menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media
secara manual dalam Pendidikan seni Visual.

Pendekatan TMK yang terbaik apabila

digunakan secara bijak dan terancang mampu

meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.


Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual
supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)

TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid,
guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada
kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi perkembangan


TMK masa kini dan akan datang.

Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi
salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.

Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih
mudah, pantas dan berkesan.

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:

i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial


Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif
dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. Aplikasi
ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.

ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi


Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.
Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.

iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi


TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi


TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang
berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti
dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid
boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan
dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh.

Menerusi pembelajaran seperti,

murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

Ciri-Ciri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi
bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam mencari maklumat
ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penghasilan Seni
Visual

Kurikulum
Pendidikan seni
Visual

Sejarah dan Apresiasi


Seni Visual

Penggunaan TMK
Rajah 2.4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian
utama;

1
Akriviti
Penghasilan
Seni Visual

Peringkat Awaldapatkan contoh


unsur seni dan motif
seperti jalinan, clip
dan lain-lain daripada
program cakera padat,
scanner atau kamera
digital.

2
Penghasilan
Seni digital

3
Sejarah dan
Apresiasi Seni
(internet,sumber
elektronik dan
media lain)

4
Pengurusan
Bilik Seni

Peringkat
awal/pertengahanmenggabungkan
kedua-dua
teknik/kemahiran
manual dan ICT
atau menumpukan
kepada ICT sahaja.

E-mail dan laman


web, CD dan Ebook. Kemudahan
Peringkat
komunikasi dan
Pertengahan-proses
perolehan data dan
eksperimentasi dan
Minit mesyuarat,
maklumat berkaitan
perkembangan idea
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
perancangan
Seni Visual secara
menggunakan
Peringkat akhirpengajaran,
elektronik
antara
kemudahan
dari menu pembelajaran
hasil kerja senisecara konkrik
Ia menyediakan
yang melibatkan aktiviti hands on
program Seni
murid,guru dan
dan tools sesuatu
digital
catan
danmind
on.
Kajian
Masa
Depan
dapat
menyedarkan
dan
merangsang
minda berfikir
Visual sepanjang
program untuk
ataupun grafik mesti sumber luar sama
tahun,rekod
markah,
ada dalam
negeri
membuat
apa gubahan
yang akan berlaku
berdasarkan ramalan,
imaginasi
dan kreativiti
yang didasarkan
dicetak
data
murid,
atau luar negeri.
seperti
mewarna,
menggunakan
kepada sejarah. Mengikut
Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran
hanya akan
stor/inventori
copy,paste dll.
pencetak.
terurus
dengan
baik.
berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan
baru
dengan
Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV

2.1.4 Pembelajaran Kontekstual


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan
kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,
tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual


Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.

Pengalaman harian individu

Persekolahan

Kehidupan masyarakat
Alam pekerjaan
Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah

Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual

Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh:


i

Membina keyakinan diri

ii

Memahami perhubungan antara teori dengan amalan

iii

Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah

iv

Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka

Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan
generasi masa depan.

Proses Pembelajaran Kontekstual

Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses
iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi.

Kemahiran melakukan latih amal

(praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini
menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Pembelajaran Kontekstual


Kaedah pembelajaran kontekstual adalah seperti yang berikut:

Menghubungkait

Mengalami

Belajar dalam konteks menghubungkaitkan


pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup

Belajar dalam konteks, penemuan, dan reka cipta

Mengaplikasi

Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau


informasi boleh digunakan dalam situasi lain

Bekerjasama

Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum


balas, dan berkomunikasi

Memindahkan

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan


menggunakan atau membina daripada apa yang telah
diketahui

Rajah 2.7: Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Faedah Pembelajaran Kontekstual

Murid
Faedah
Pembelajaran
Kontekstual

Guru

Industri
Rajah 2.8: Hubungan Faedah Pembelajaran Kontekstual

Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap

Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
-

Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan


harian.

Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh


keselesaan/keindahan landskap.

Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)

Meneroka dan mendapatkan bukti.

Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.

Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru
-

Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek

Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.

Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri
-

Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.

Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.

2.1.5 Pendekatan Konstruktivisme


Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar
sepanjang hayat.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi

mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme
kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara
bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan.

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah


lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. John Dewey
mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Pendapat ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang
untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan faktafakta dan diberi penekanan kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri
masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu,

guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
i

Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.

ii Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru


iii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
iv Menyokong pembelajaran secara koperatif
v Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap pelajar

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah seperti
yang berikut:
i

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.

Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti

penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,


memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.

ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang memahami
apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu dalam kehidupan
dan situasi baharu.

iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

iv Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman
mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.

v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah.

Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi

dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

vi Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep,
dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme

Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme dapat ditunjukkan menerusi carta alir berikut:

PENEROKAAN
Pelajar menghadapi situasi atau masalah

SOALAN DARIPADA PELAJAR


Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah
yang dihadapi

PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK


Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan
dan menjalankan penyiasatan penuh

PENEROKAAN
Pelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah
yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin
menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat
Rajah 2.9: Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme

2.1.6 Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan
menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara
kritis dan kreatif digunakan.

Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:

a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu


b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.

Sikap/

Pengetahuan

nilai

Kemahiran/
kognitif

Rajah 2.10: Proses Berfikir

Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan


pembelajaran KBKK iaitu;

a) Mengajar cara berfikir


b) Mengajar untuk berfikir
c) Mengajar tentang berfikir

Rajah 2.11: Kemahiran Berfikir


2.1.7 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan

pembelajaran.

Pendekatan

ini

memerlukan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti


dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid

adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.
Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti
pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha
pemulihan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri


a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Model Pembelajaran Masteri


Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan.
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut;

Unit Pembelajaran 1

Penentuan hasil pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Tindakan
susulan aktiviti
pengayaan

Murid
sudah
menguasai

Tindakan
susulan aktiviti
pemulihan

Unit Pembelajaran 2
Rajah 2.12: Model Pembelajaran Masteri

2.2 Aplikasi strategi Ke Dalam empat Bidang Kegiatan:


2.2.1 Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
satu permukaan, mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta
menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi yang digunakan untuk
menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam

bentuk grafik sementara representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan
akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek.
Kegiatan Menggambar

Terdapat berbagai-bagai jenis kegiatan atau teknik menggambar. Antaranya adalah seperti
berikut :-

Kegiatan

Maksud
Merujuk Kamus Oxford, ' The art of representing by

1. Lukisan

line, delineation without colour or with a single colour


yang bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk
imej dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga merupakan pengetahuan awal yang
dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej
dengan menggunakan media kering. Lukisan adalah
karya seni atau hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu
permukaan.
Lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan
menggunakan titik, garisan dan ton, pada sesuatu
permukaan.

Melalui

proses

ini

pelukis

dapat

menyampaikan mesej berbentuk visual (gambar) tanpa


menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis dapat
melahirkan perasaan
Lukisan dihasilkan dengan menggunakan alatan
seperti pensel, pensel warna, pen, magic pen, maker
Jadual 2.1

pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat serta


pen teknikal.
Rumusan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang
dibuat

dengan menggunakan media kering di atas

sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang


berbentuk imej.

2. Catan

Proses

melukis

dengan

menggunakan

bahan

pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan. Alat


dan media yang digunakan seperti cat atau pewarna (cat
air, cat minyak, fresko, arkrilik, tempera,poster, cat
emulsion, pelaka), kertas, kanvas, air, minyak linsid ,
turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.
Catan juga sebagai latihan mengaplikasikan pigmen
dari

satu

media

ke

atas

permukaan

seperti

kertas,kanvas, papan batu, simen, dinding, dan lain-lain


yang sesuai juga satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
Melalui

catan,

pelukis

dapat

meluahkan

perasaan,membuat komen sosial, merakam peristiwa


Jadual 2.2

dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual


sebenar.

Cara menghasilkan karya dengan menggunakan teknik

3. Kolaj

tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai


jenis kertas,bahan buatan manusia yang bersesuaian
dan bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti
kertas ,plastik atau papan secara bebas dan boleh
bertindih.
Satu komposisi artistik daripada imej atau gambar
yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan
daripada berbagai warna dan corak.

Teknik tampal

menampal dalam menghasilkan karya seni


Jadual 2.3

membuat gambar serta membuat rekaan.

dan

4. Montaj

Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada


suatu

permukaan

untuk

menyampaikan

mesej

pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam


sekitar dan sebagainya.
Montaj juga bermaksud satu hasil seni mengandungi
sebahagian daripada imej yang sedia ada yang disusun
supaya

bercantum

bertindih,

menghasilkan satu imej.

Kini

diubahsuai

montaj

untuk

diaplikasikan

dalam sesuatu rancangan terutamanya di bahagian


pengenalan

sebelum

sesuatu

program

dijalankan.

Dihasilkan mengunakan slaid-slaid dalam Microsoft


Jadual 2.4

Powerpoint.

Anda mungkin juga menyukai