Anda di halaman 1dari 28

Kegiatan bidang menggambar 1.1 Lukisan A.

Pengenalan Definisi
Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan dengan menggunakan media kering. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan keatas sesuatu hasil kerja di namakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspesif dan nyata.

Jenis-jenis

Teknik campuran

Huraian Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan

memulaskan berbagai warna, dengan kedalaman warna "pigmen" dalam pelarut (atau medium) dan gen pengikat (lem) untuk pengencer air, gen pegikat berupa minyak linen untuk cat minyak dengan pengencer terpenthin, pada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas, atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; dengan kedalaman warna dan cita rasa pelukis, definisi ini digunakan terutama jika

ia merupakan pencipta suatu karya lukisan. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia prasejarah.

Alat dan bahan yang digunakan Alat / bahan Pensel I. Huraian Dibuat daripada Gambar

arang dan tanah liat. II. Jenis keras (H) untuk

digunakan

melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat

lorekan atau ton. III. Kegelapan pensel ditentukan gred kelajuan semasa oleh pensel, pensel melukis

dan tekanan pada pensel.

Arang

I.

Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.

II. Media yang tertua sekali. III. Kelebihan ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat arang

dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu dalam yang masa singkat. IV. Teknik-teknik melukis ialah arang teknik melukis kawasan luas pada yang

gosokan, lorekan, basah memadam. dan

Pen

I.

Pelbagai pen yang boleh untuk menghasilkan lukisan seperti, digunakan

pen kaligrafi, pen teknikal, marker sebagainya II. Pen-pen tersebut memberi lorekan berbeza III. Pen memberi teknikal kesan kesan yang pen dan

yang lebih halus dan terperinci

Pastel

I.

Terdapat dua jenis pastel pastel pastel, iaitu, dan oil soft

kedua-

duanya kesan

memberi lorekkan

yang berbeza. II. Lukisan menggunakan pastel handaklah

dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna menghalang warna tertanggal bagi dari

tersebut

Langkah-langkah melukis

Langkah 1 - Buat bulaan kepala, kaki dan badan kucing

Langkah 2 - Buatlah pula keempat-empat kaki dan ekor

Langkah 3 - Lukis pula telinga dan muka kucing, padamlah garisan apa yang tidak diperlukan. Boleh mula mewarna jika mahu mencatan.

Langkah 4 - Perbetulkan dan masukkan cahaya dan bayang.

Contoh-contoh lukisan

B. Maklumat lain Nama Lukisan Nama Pelukis Michaelangelo Buonarroti

Rembrandt Harmenszoon van Rijn

Pablo Ruiz Picasso

Leonardo da Vinci

J. M. W. Turner

Donatello

1.2 Catan Pengenalan

Definisi: Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Jenis-jenis catan: A. Basah atas basah B. Basah atas kering

C. Kering atas kering

D. Kering atas basah

Penggunaan Media Catan

Alat dan bahan yang digunakan

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub

2. Pengilat:gam arab.

3. berus jenis lembut pelbagai saiz

4. Palet

5. kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.

Langkah-langkah

1. Penyediaan Kertas Cat Air. Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi.

3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)

5. Kemasan dan Persembahan Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

Contoh-contoh gambar catan

Matlumat lain

Aliran dan Gaya Catan Barat 1. Aliran Realisme. Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan sematamata untuk hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada

masa itu menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa itu 2. Kiubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga. 3. Ekspressinisme Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus. 4. Impressionisme Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian

warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis. 5. Pos-Impressionis Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri 6. Seni Baraque dan Rococo Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek. 7. Pos-Ekspressionisme

Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme. 8. Futurisme Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang dinamik. 9. Surealisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan. 10. Dadaisme Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan. 11. Seni Pop Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

1.3 Kolaj A. Pengenalan Definisi Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih. Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut keativiti sendiri. Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj. Murid seronok membuat Kolaj.

Jenis-jenis Kolaj daun Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar.

Kolaj surat khabar/ majalah

Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Surat khabar/ majalah

dipotong atau diguntil (dibuat seperti bola).

Kolaj kain

Menggunakan pembuatannya.

perca-perca Kain dipotong

kain dan

dalam ditampal

mengikut kreativiti masing-masing.

Kolaj kertas warna

Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar yang menarik.

Kolaj tisu

Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Huraian

Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri tanpa melukis gambar. Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid-murid

menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.

Alat dan bahan yang digunakan Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas warna, gunting, gam. Anda boleh menggunakan pelbagai warna mengikut kreativiti sendiri. Sebelum memulakan, anda digalakkan untuk menyediakan bahanbahan yang diperlukan.

Langkah-langkah membuat kolaj

LANGKAH PERTAMA: Melihat gambar contoh buah-buahan dan warna yang sesuai.

LANGKAH KEDUA: Anda perlu melakar gambar buah-buahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar contoh. Sila gunakan kertas lukisan dan pensel untuk melukis.

Contoh-contoh kolaj

B. Maklumat lain KOLAJ bermaksud tampal & gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Antara bahan yang sesuai digunakan untuk kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan kepingan nipis yang lain. Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolajhanya

menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolajsendiri memerluka teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Seni kolaj juga amat praktikal dalam pengajaran kelas pendidikan khas. Disamping aktiviti ini dapat memberi keseronokan kepada murid, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Antara asas kemahiran seni kolaj yang simple dan mudah adalah:

mengoyak & menampal koyak secara menurun & halus membuat gambar tampalan kertas tisu tampalan kain perca tampalan tali tampalan pelbagai bahan ( dua & tiga dimensi) dan banyak lagi

Montaj Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar Bahan & Alat: a)Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga b)Gunting, pisau pemotong kertas, gam c)Gambar imej yang telah diimbas menggunakan pengimbas Langkah: 1. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. 2. Imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. 3. Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Contoh:

Teknik dalam menggambar : Montaj Tajuk : Minyak wangi Alat dan bahan : gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan

Teknik dalam menggambar : Montaj Tajuk : Bercerita tentang kucing Alat dan bahan :Gunting, gam,gambar pelbagai kucing dari majalah,surat khabar,kertas lukisan,kertas warna.

Cetakan Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan dan proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Bahan & Alat Cetakan Timbulan: a) Kepingan linoleum b) Blok kayu c) Bahan yang mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas kadbod untuk diletakkan warna cetakan ke atas Cetakan kolograf dan kolaj d) Set alat ukiran Mengukir imej yang dikehendaki (lino & blok kayu) e) Penggelek warna / roller Meratakan warna pada blok yang hendak dicetak f) Kepingan kaca (digunakan untuk menggelek warna dan meratakan warna) g) Dakwat cetakan lino atau blok kayu (- untuk mendapatkan imej yang dikehendaki) h) Minyak linsid (untuk mencairkan dakwat cetakan) i) 'Newsprint' (untuk mendapatkan imej cetakan) Langkah: 1. Selepas melakar di atas sekeping blok kayu, alat pengukir digunakan untuk mengukir corak atas lakaran pada blok tersebut. 2. Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat. Ia akan meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek. 3. Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga tiada kesan 'bubble' dan kemudian penggelek berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang siap diukir. 4. Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu untuk meratakan dakwat. Kertas diangkat daripada blok kayu. Kesan cetakan terhasil. Bahagian yang timbul pada blok kayu dicetak secara terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong. Jika menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna.

Contoh:

Contoh cetakan yang dihasilkan.

Beberapa 'edisi' cetakan lino.

Anda mungkin juga menyukai