Anda di halaman 1dari 20

KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR 1.

6 Resis Pengenalan: Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Aktiviti menggambar dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau ca basah yang disapu ke atas permukaan kertas yan disapu lilin. Lilin digunakan pleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuat permukaan daripada terkena warna baru. Selain itu, teknik resis merupakan penggunaan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Teknik: Krayon resis dengan warna air Krayon resis dengan warna poster Krayon resis dengan warna tempera Krayon resis dengan dakwat basah Krayon resis Kertas lilin resis Resis dengan kain Krayon resis batik Resis dari warna air dan perekat getah ( campuran ) Resis dari warna air dan lilin biasa Resis dari kapur dan lilin ( cara positif ) Resis dari kapur dan lilin ( cara negatif )

Penerokaan Alat dan Bahan: pelbagai jenis lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon lilin. pelbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas ,kadbod, kertas manila dan sebagainya. pelbagai jenis kain pelbagai jenis pensel pelbagai jenis warna pelbagai jenis dakwat

Contoh Karya:

1.7 Gosokan Maksud: Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.

Definisi: Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Menurut Kamus Dewan, gosokkan bermaksud menggesel, di atas permukaan, dengan menggunakan sesuatu untuk menggosok. Suatu eksplorasi permukaan supaya dapat mengambangkan kefahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Teknik: Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas

Penerokaan Alat dan Bahan: Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak. Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan denganmenggosok menggunakan bahan tertentu.

Contoh Karya:

1.8 Stensilan Pengenalan:

Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.

Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi menghasilkan imej dan corak.

Definisi: Stensilan merupakan teknik menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletajjan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan siserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Alat Dan Bahan Yang Digunakan: Alat: Gunting,Pisau,Berus Bahan : Pensil warna,warna air ,krayon,oil pastel,warna poster

GUNTING

PISAU BERUS

PENSIL WARNA

WARNA AIR

KRAYON

OIL PASTEL

WARNA POSTER

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN STENSILAN:

CONTOH-CONTOH HASIL STENSILAN:

CONTOH-CONTOH HASIL STENSILAN:

1.9 Percikan Pengenalan Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

Alat dan Bahan yang digunakan: Alat :

Berus warna

Palet warna

Bahan :

Warna air

Warna poster

Langkah-langkah : Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah- langkah berikut:

Langkah 1 : 1. Bancuh cat air atau tempera dalam palet.

2. Buat bancuhan warna primer dan sekunder.

3. Sediakan sekeping kertas lukisan. 4. Sediakan motif seperti yang diinginkan ( daun ).

Langkah 2 : 1. Susun daun di atas kertas lukisan.

Langkah 3 : 1. Sapukan warna pada berus gigi dan percikkan warna ke atas kertas dengan menggunakan sikat atau jari.

Langkah 4 : 1. Ulangi langkah 3 dengan menggunakan warna yang berbeza.

Langkah 5 : 1. Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur hingga kering.

Apresiasi Seni: 1. Murid mempamerkan hasil kerja. 2. Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

Contoh-contoh Gambar Percikan:

1.10 Gurisan Pengenalan Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Alatan dan bahan: Alat :

Pembaris

Pensil

Lidi (alat untuk mengguris).

Pen

Gunting

Bahan:

Krayon

Oil pastel

Langkah-langkah:

1) Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.

Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.

Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.

Contoh-contoh karya gurisan:

BIBIOGRAFI:

1. Low Chai Yen (7 Desember 2011), Definisi Teknik-Teknik dalam Bidang Seni, [Web
log post], dilayari pada 8 Mac 2013 dari http://lowchaiyen.blogspot.com/2011/12/definasi-teknik-teknik-dalam-seni.html

2. Ayien,Inaz,Dora (5 Jun 2009), Definisi Stensilan, [Web log post], dilayari pada 8 Mac
2013 dari http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-stensilan.html

3. Low Chan Ye.( 4 December 2011). Stensilan. Retrieved: 7 Mac 2013.


Dari:http://lowchaiyen.blogspot.com/2011/12/mencorak-dan-membuatrekaan-14.html

4. Nur Afifah Azmi (4 April 2012). Stensilan. Retrieved:7 Mac 2013. Dari:
http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/stensilan.html

5. Ayien,Inaz,Dora (10 Mei 2012), Definisi Percikan, [Web log post], dilayari pada 7 March
2013 dari http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-percikan.html

6. Athrun Gurl (15 Jun 2012), Percikan, [Web log post], dilayari pada 7 March 2013 dari
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/04/renjisan-dan-percikan.html

7. Hazad Irwana (5 Januari 2010),Teknik Gurisan, [Web log post], dilayari pada 7 March
2013 dari http://chegujad.blogspot.com/2009/11/teknik-gurisan.html

8. Afifah Azmi (13 April 2012),Cara Membuat Gurisan, [Web log post], dilayari pada 7
March 2013 dari http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/cara-membuat-gurisan.html

Anda mungkin juga menyukai