Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat
dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti
di muzium dan Tugu Peringatan (Patrick, 2010).

Menurut Imann(2010), aspek sejarah arca dikaitkan dengan ritual. Namun selaras
dengan perkembangan zaman, arca tidak lagi dikaitkan dengan ritual semata-mata tetapi juga
sebagai hiasan dan kegunaan harian. Sebuah arca yang menarik perlu menekaan unsur seni,
prinsip rekaan dan struktur rekaan.

Arca terbahagi kepada banyak jenis. Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis
menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung
manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang
tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan
pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan
rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca
estetik dan arca berfungsi (Penny, 1993).
Rajah 1:

Sumber:

Arca

Gantit (2014)

Menurut Gantit (2014), sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil Cycladic"
di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Adalah dipercayai
bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan

sistem kepercayaan pada masa itu. Arca Laocoon (50 Sebelum Masihi) menunjukkan satu
situasi dramatik: tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada
masa itu. Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana
faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan. Pada tahun 1501
1504 Michelangelo membuat arca manusia bertopik David menggunakan marmar.
Menjelang abad kedua puluh, arca tidak berkonsepkan figura seratus peratus. Ia telah
mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan British
bernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang
dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman.
Rajah 2:

Sumber:

Arca Asemblaj

Gantit (2014)

Terdapat banyak jenis arca. Antara arca yang wujud ialah arca asemblaj. Asemblaj
adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara
perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini
dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, asemblaj juga boleh dihasilkan dalam
bentuk tiga dimensi (Patrick, 2010).
2.0

SEJARAH ASEMBLAJ

Asemblaj ialah cantuman bahan-bahan kutipan yang dibentuk menjadi karya yang
mempunyai maksud tertentu. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel
( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana
arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah. Arca asemblaj mula
mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise

Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul Sky Cathedral pada tahun 1958
dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York.

Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai Wall-scale-assemblage. Karya


Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang
penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan
kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya Homage to
New York tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert Rauschenberg telah menghasilkan karya
asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca
asemblajnya

yang

bertajuk Bicycle

Wheel Green

Monumenta

V karya

Ramlan

Abdullah,Pemain Rebab 1, karya Mad Anuar Ismail dan Killing Tool karya Raja
Shariman Raja Azidin (Patrick, 2010).
Rajah 3:

Bicycle Wheel

Sumber:

Aidalie (2011)

Menurut Aidalie (2011), arca asemblaj juga adalah cantuman daripada pelbagai bahan
buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di
Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu
arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam
aliran abstrak-ekperssionisme. Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau
kedua-duanya sekali. Asemblaj dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya
bahan terbuang yang bersifat pejal dan tahan lama.

Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula
bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik. Dalam asemblaj, objek
digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan. Komposisi
2

objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna semakin besar
gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan cerita (Zihan, 2013).
Rajah 4:

Contoh Arca Asemblaj

Sumber:

Aidalie (2011)

Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam selepas 1990an. Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil. Biarpun
begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca @inetic dan mobail.

Rajah 5 :

Sumber:

Contoh Arca Asemblaj Pelajar

Aidalie (2011)

Rajah di bawah menunjukkan ringkasan mengenai alat yang bersesuaian untuk


menghasilkan arca asemblaj di samping teknik untuk membentuk karya tersebut.

BAHAN/ALAT
Kayu,

logam,

TEKNIK PENGHASILAN DAN PERALATAN


YANG BERKAITAN
batu, Bahagian atau komponen yang berlainan yang

simen, bongkah-

dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan

bongkah, spare-part

menjadi satu konsep bermakna.

kenderaan,
kutipan,

bahan
besi

sebagainya.

dan
Teknik hasilan:
-

Kimpalan

Binaan

Cantuman skru/ paku, gam

Ikatan

Dalam penghasilan asemblaj, terdapat peralatan tertentu yang digunakan untuk


membentuknya (Gantit, 2014). Rajah di bawah pula menunjukkan alatan untuk menghasilkan
arca asemblaj:

Rajah 6

Penggunaan Alatan untuk Menghasilkan Arca Asemblaj

Sumber:

Gantit (2014)

Manakala, bahan dan media untuk menghasilkan arca asemblaj juga terdiri daripada
pelbagai jenis. Alat dan media yang diperlukan dalam pennghasilan karya asemblaj dapat
ditunjukkan melalui rajah di bawah.

Rajah 7:

Penggunaan Bahan Media untuk Menghasilkan Arca

Sumber :

3.

Gantit (2014)

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ASEMBLAJ 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI


Asemblaj 2 dimensi dan 3 dimensi mempunyai persamaan yang jenis kerana kedua-

duanya daripada kategori arca. Dalam erti kata lain, kedua-dua jenis jenis asemblaj ini amat
mementingkan bentuk dan ruang.

4.

PENGHASILAN KARYA ASEMBLAJ

Asemblaj 3D direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini
dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian terutama tujuan pembinaan karya
asemblaj ini. Seterusnya tema, proses perkembangan idea, pemilihan alat dan bahan, serta
teknik penghasilan karya berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka (Zihan, 2013).
5

Penghasilan sesuatu karya asemblaj perlu melalui prosesnya. Hal ini bersesuaian
kerana asemblaj termasuk dari sejenis arca. Benarlah menurut Imann(2010) bahan,
pennghasilan arca perlu mengikut prosesnya yang tersendiri.

4.1

TEMA

Tema merupakan perkara utama yang diambil kira dalam penghasilan sesuatu karya
asemblaj. Pemilihan tema bagi mengambil kira hasil karya asemblaj yang merangkumi
keperluan seni seperti ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk. Menurut Gantit (2011), sering
kali tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca. Ia
mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan,
sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok
persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema
dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kakikaki arca.

Menurut Gantit (2011) lagi, pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan
untuk menghasilkan asemblaj yang dirancang. Pemilihan alatan ada kaitan dengan
pemilihan bahan binaan asemblaj. Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta
bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur. Teknik juga
mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan. Dengan erti kata lain, setiap langkah
dalam penghasilan sesuatu karya asemblaj mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Untuk itu, pengarca berpendapat tema yang ingin ditampilkan berkaitan perasaan
atau kegilaan idea. Pemilihan tema ini akan ditunjukkan dalam proses berikutnya.

4.2

PROSES PERKEMBANGAN IDEA

Dalam proses perkembangan idea, bahan yang hendak dibina harus mengambil kira tema
yang telah dipilih. Proses perkembangan idea bermula selepas pemilihan tema yang

melibatkan banyak peringkat iaitu menentukan alat dan bahan, teknik pembinaan asemblaj,
penyediaan lakaran idea, penjanaan idea dan lakaran akhir penghasilan karya asemblaj.

4.2.1

MENENTUKAN ALAT DAN BAHAN

Setelah tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang
penting. Pemilihan alat dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya
penggunaan bahan dalam memastikan tema tercapai. Ciri-ciri bahan yang dipilih
seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya .

Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari
penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara gabungan dan
cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili
penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai. Penghasilan karya asemblaj secara
keseluruhannya tidak memerlukan banyak kos bagi menampungkan kerana bahan asas
binaannya hanyalah bahan terbuang atau bahan terpakai.

Dari rintisan sejarah asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi
yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan
bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian,
asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara
kukuh dan terancang.

Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang


artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang
menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.

4.2.2

TEKNIK PEMBUATAN ASEMBLAJ

Untuk menghasilkan sesuatu karya asemblaj, terdapat beberapa proses tertentu yang sesuai
digunakan. Antaranya ialah dengan teknik jahitan, ikatan, menggunakan skru, bol dan nat,
kimpalan, tanggam atau gam plastik. Hal ini juga dapat diterangkan melalui rajah berikut:

Rajah 8:

Sumber:

Proses Asemblaj

Gantit (2014)

Proses membentuk dan membina asemblaj bergantung kepada jenis dan ciri-ciri
asemblaj yang hendak dihasilkan. Selain itu juga, aseblaj turut bergantung kepada tujuan
pembinaannya.

4.2.3

PENYEDIAAN LAKARAN IDEA

Sebelum memulakan sesuatu karya asemblaj, baik dimulakan dengan penyediaan lakaran
idea. Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan
arca asemblaj. Perancangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan faedah yang besar
untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan
seperti yang dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih
bermakna.

Setelah itu, alat-alat yang hendak digunakan boleh dipilih mengikut kesesuaian
sesuatu arca asemblaj yang hendak dibina. Bahan binaan arca asemblaj juga boleh dipilih
kemudian. Lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan lakaran
bagi memastikan asemblaj yang terhasil berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tinggi
(Gantit, 2014).

Daripada lakaran yang telah dihasilkan tadi, lakaran yang terbaik dipilih dan dinilai
estetikanya. Idea kemudian dikembangkan perancangan menghasilkan karya sebenar
dilaksanakan. Lakaran perlu sentiasa dikemaskini untuk memastikan penstrukturan reka
bentuk, kesesuaian bahan dan alatan yang paling sesuai diperoleh (Gantit, 2014).

4.2.4

PENJANAAN IDEA

Penjanaan idea iaitu thumbnail-print perlu dilaksanakann selepas proses penyediaan


lakaran idea. Idea dijana bermula dari tapak asemblaj sehingga badannya selesai. Menurut
Mesna (2011), pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,
penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau
abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti
berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Dengan erti kata lain, penjanaan idea
antara aspek penting dalam menghasilkan karya seni bermutu. Berikut merupakan
thumbnail-print yang untuk penghasilan karya asemblaj:

Menurut Gantit (2011), Thumbnail-print dianggap suatu kemestian untuk


mendapatkan hasil karya yang mapan dan menarik yang ditentukan berdasarkan tajuk dan
tema serta hal subjek. Penghasilan thumbnail-print perlu mengambil kira asas seni reka
seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Penghasilan thumbnail-print adalah satu
langkah penting sebagai asas sebelum sesuatu asemblaj dengan saiz sebenar dibina.
Melaluinya juga, alat, bahan dan media juga dapat dilakarkan bersama.

4.2.5

LAKARAN AKHIR PENGHASILAN KARYA ASEMBLAJ

Selepas penyediaan thumbnail-print barulah lakaran akhir penghasilan karya dipilih.

Setelah penyediaan lakaran idea dan penjanaan idea selesai, , model kecil ataupun
model awal perlu disediakan sebavai panduan penghasilan arca yang sebenar. Dalam
penyediaan model ini, perlu mengambil kira ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan.
Seterusnya, kerangka sesuatu asemblaj perlu dibuat iaitu tulang temulang sebelum arca
10

sebenar dihasilkan. Hal ini penting untuk menjadikan sesuatu asemblaj lebih kukuh
binaannya.

Setelah proses lakaran selesai dan pembinaan model awal, kerangka tersebuat akan
ditutup dengan bahan pilihan yang telah dirancang sehingga berada pada saiz yang sebenar.
Barulah kemasan akhir dilakukan dengan menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai
dan

sebagainya

untuk

menjadikan

4.3

PENGARUH HASIL DAPATAN

asemblaj

lebih

hebat

dan

menarik.

Ketika kerja-kerja menghasilkan asemblaj ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok
seperti sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu pelajar menyiapkan asemblaj
ini, mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menampal objek
yang dibentuk menjadi menarik. Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka
sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain. bertanya
dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-masing Kesedaran
tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan
asemblaj ini. Pelajar dapat memahami konsep seni selain melatih diri agar lebih menghargai
alam sekitar dengan penggunaan bahan buangan atau terpakai. Pelajar dapat memahami
bahawa bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan
yang unik dan menarik. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai
menghargai alam sekitar di dalam diri pelajar.

Hal ini bersesuaian dengan pendapat Mesna (2011) yang menyebut bahawa
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan
sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni
berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain
terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman
menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.
Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep
atau penerangan yang sukar. Pendidikan Seni bukan sahaja menjadikann seseoranng itu

11

kreatif malah dengan dalam diselitkan dengan ilmu lain seperti nilai moral semasa proses
penghasilan karya.

5.0

KESIMPULAN

Merangsang pemikiran kreatif sangat penting semasa melaksanakan aktiviti membuat


asemblaj. Pemikiran penghasilan asemblaj perlu berdasarkan sesuatu mesej yang hendak
disampaikan yang dapat memberi nilai dan pengajaran dalam kehidupan harian pelajar.
Rangsangan terhadap pemikiran yang kreatif akan menghasilkan dapatan yang asli, unik dan
berketrampilan. Penghasilan sesuatu asemblaj memerlukan penelitian dan rancangan yang
sepatutnya. Hal yang demikian adalah bertujuan agar hasil karya yang dipamerkan menepati
semua sifat dan sudut yang menarik kepada tumpuan.

Selain itu aktiviti ini juga boleh meransang minda pelajar dan membuat pelajar
bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti seni. Penggunaan alat dan media turut
mempengaruhi asemblaj yang dibina. Oleh itu guru PSV perlulah lebih kreatif menjalankan
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Seni itu indah dan sepatutnya kita
sebagai tenaga pendidik perlu memotivasikan pelajar agar sentiasa berusaha untuk
menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

2303 patah perkataan

12

BIBLIOGRAFI

Aidalie. 2011. Contoh arca asemblaj. Dilayari daripada : http://aidaliepurnamamerinduaidalie.blogspot.com/2011_02_12_archive.html pada Februari 26, 2015.
Gantit.

2014.

Membentuk

dan

membuat

arca

asemblaj.

Dilayari

daripada:

http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaanasemblaj.html pada Februari 27, 2015.


Imann. 2010. Rumusan

HBAE2203.

Dilayari

http://imann9969.blogspot.com/2010/08/rumusan-hbae2203-seni.html

daripada:
pada Mac 3,

2015.
Mesna.

2011.

Kepentingan

pendidikan

seni.

Dilayari

daripada:

http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/mesna1.html pada 26 Februari 2015.


Patrick. 2010. Seni Arca. Latihan Ilmiah. UPSI.
Penny, N. (1993). The Materials of Sculpture. London: Yale University Press.
Zihan. 2013. Membentuk dan Membuat Binaan. OUM. Shah Alam.

13

Anda mungkin juga menyukai