Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

Disediakan oleh : Mohamad Firdaus Bin Radzali



Gajet ialah binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan
dicantum serta dikukuhkan menggunakan tali atau pengikat bagi kegunaan-kegunaanya yang
tertentu. Apabila menyertai sebarang unit uniform, pengetahuan dalam membina gajet adalah
satu kemestian. Bagi kami iaitu Pengakap juga tidak terkecuali dalam membina gajet. Untuk
tugasan semester 4 ini, kami dikehendaki untuk membina model gajet perkhemahan dalam
kumpulan yang mempunyai 3-4 orang ahli. Sepanjang proses membina gajet ini, saya dapati
bahawa kumpulan kami mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Pertama sekali, jika dilihat dari segi kekuatan, kumpulan kami agak mahir dalam
membina model gajet. Mahir yang dimaksudkan termasuklah mahir dalam membina bentuk
gajet dan mahir dalam ikatan. Jika sebelum ini kami agak lemah dan kurang berkemahiran
dalam ikatan, tetapi setelah menjalani latihan ketika waktu interaksi kuliah, kami semakin
mendapat rentak dalam membuat ikatan. Encik Abdullah dan Tuan Haji Aziz telah banyak
membimbing kami cara ikatan yang betul dan tepat ketika waktu kuliah. Kemahiran kami yang
semakin berkembang menjadikan model perkhemahan yang kami bina agak kemas dan teratur.
Proses pembinaan ini juga tidak memakan masa yang terlalu lama kerana kami sudah mampu
membuat ikatan dalam waktu yang singkat.

Namun begitu, kami juga tidak ketinggalan dalam menghadapi kelemahan. Kelemahan
kami yang paling ketara ialah bahan untuk membina gajet yang kami pilih kurang sesuai untuk
dijadikan model gajet perkhemahan. Sebagai contoh, tali yang kami gunakan untuk mengikat
model gajet sering longgar dan tercabut. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menggunakan
sedikit bahan tambahan seperti gam gajah untuk mematikan punca ikatan tali tersebut. Apabila
bahan tambahan digunakan, kemasan terakhir akan menjadi kurang menarik dan menyebabkan
model gajet menjadi sedikit padat. Gam yang kami gunakan juga kurang berkualiti dan
menyebabkan titisan-titisan pada lantai model yang meninggalkan kesan.

Kesimpulannya, membina model gajet bukanlah sekadar aktiviti bagi memenuhi tuntutan
sukatan. Sebaliknya, aktiviti ini mampu mengasah bakat kami dalam menghasilkan gajet
perkhemahan lebih-lebih lagi gajet perkhemahan sebenar yang dibina dalam skala sebenar.
Pengalaman membina model gajet sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan dan
mampu membantu kami dalam menghadapi tugas sebagai guru ketika mengajar di sekolah
kelak.

Anda mungkin juga menyukai