Anda di halaman 1dari 8

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah kerana
di atas limpah kurniaNya dapat saya menyelesaikan tugasan subjek Bina Insan Guru (BIG)
kod kursus MPU3112 dengan jayanya. Dengan kesempatan ini, saya ingin menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Encik Rizam bin Zamri, pensyarah Bina Insan Guru di atas tunjuk
ajar serta bimbingan beliau dalam usaha membantu saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus membantu
dalam menyumbang idea serta tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
sentiasa memberi semangat kepada saya untuk menjadi seorang pendidik.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan cadangan. Sesungguhnya segala
pengorbanan yang telah dilakukan amat saya hargai dan akan diingati sepanjang hayat ini.

Sekian, terima kasih.

Refleksi Bina Insan Guru


Pengenalan

Refleksi ini dihasilkan dan ditulis selepas siri saya telah menghabiskan sesi Bina Insan
Guru yang berlaku pada tarikh 28 Ogos 2023 sehingga 1 September 2023. Siri yang
melaksanakan BIG untuk tahun ini terdiri daripada pelajar kelas Reka Bentuk dan Teknologi
B dan Pendidikan Agama Islam B. Kem Komandan untuk siri kami adalah Puan Adibah
manakala Timbalan Kem Komandan kita adalah pelajar RBT B sendiri iaitu Darul Hafizie. Kami
dipecahkan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan telah ditugaskan dengan tugasan
masing-masing mengikut hari yang ditetapkan.

Untuk hari pertama, aktiviti abseiling dilakukan di PULAKO IPG Kampus Perlis dengan
menggunakan infrastruktur yang telah disediakan. Pensyarah yang mengetuai aktiviti ini
adalah Encik Khaizam. Untuk hari kedua, kami bergerak menuju Pulau Tuba diiringi oleh Kem
Komandan kami serta barisan jurulatih yang dipilih untuk menyertai. Kami bergerak dari IPG
menuju ke feri pada jam 5 pagi dan bertolak dari jeti pada pukul 7 pagi dan sampai dengan
selamat di Pulau Tuba. Kami mendengar taklimat dari barisan jurulatih dan terus menyediakan
khemah penginapan kami dan bersedia untuk melakukan aktiviti pertama kami iaitu water
confidence dan asas kepada penggunaan kayak dan bagaimana untuk mengawal kayak serta
kaedah tentang bagaimana untuk berkayak dengan betul. Untuk hari ketiga, kami
menyambung aktiviti berkayak dengan berkayak menuju ke sebuah pulau yang dipilih untuk
melakukan aktiviti. Untuk hari keempat, kami melakukan aktiviti jungle trekking pada sebuah
bukit yang dipilih dan terus menghabiskan aktiviti tersebut. Untuk hari kelima, kami
melaksanakan majlis penutup dan bergerak pulan ke IPG untuk melaksanakan refleksi. Setiap
kali berakhirnya sembahyang Subuh dan Maghrib, setiap kumpulan telah ditetapkan untuk
memberikan tazkirah mengikut tema yang diberikan.

Saya ditempatkan bersama biro peralatan di antara pelbagai lagi biro dan
tanggungjawab saya terletak kepada penjagaan alatan dan memastikan bahawa alatan
berada pada keadaan yang optimum, mencukupi serta selamat untuk digunakan.

Analisis SWOT
Strength (Kekuatan)

Bagi kekuatan dan kebaikan yang dapat dilihat sepanjang sesi BIG untuk siri ini adalah
berkaitan dengan kesedaran dan kefahaman terhadap tugas masing-masing dan komitmen
untuk melaksanakan dengan cermat. Ini dapat dilihat dengan usaha setiap ahli siri untuk
melaksanakan tugas yang mereka telah ditetapkan dan melakukannya dengan amanah dan
jujur. Setiap ahli juga melaksanakan tugas-tugas mereka dalam setiap aktiviti mengikut
kepada arahan Kem Komandan dan Timbalan Kem Komandan. Antara kebaikan lain yang
dapat juga dilihat adalah pada semangat ahli-ahli siri ini untuk menolong sebanyak mana
mereka mampu apabila mereka sedar terhadap suatu tugas yang perlu dilaksanakan sebaik
mungkin. Ini dapat dilihat dengan kemampuan dan kerelaan ahli-ahli siri ini untuk berkongsi
beban dan membantu sebanyak mana mereka dapat.

Weakness (Kelemahan)

Untuk kelemahan pula, perkara yang paling jelas untuk dilihat adalah pada kepekaan
ahli-ahli siri ini terhadap tugasan dan kerja yang perlu dilakukan. Ini kerana situasi dan
keadaan yang aman yang menyebabkan mereka menjadi lalai dan leka terhadap tugas
mereka. Selain itu, komunikasi antara ahli masih dalam kualiti yang tidak memuaskan di mana
terdapat juga ahli sesama kumpulan yang tidak tahu nama ahli kumpulan sendiri. Kualiti
komunikasi yang rendah ini menyebabkan sukarnya berlaku komunikasi antara ahli-ahli siri
ini untuk menegur, berbual ataupun untuk memberi arahan dengan jelas dan lancar.
Tambahan pula, terdapat juga masalah dalam kepekaan masa dan keadaan di mana suatu
aktiviti akan dilaksanakan walaupun ia akan mengambil masa atau membuang masa aktiviti
yang lebih penting.

Opportunity (Peluang)
Bagi peluang yang dapat dilihat sepanjang sesi BIG ini adalah terletak kepada
keramahan semua ahli-ahli siri ini untuk beramah mesra dan berkenalan sesama sendiri. Ini
merupakan perkara yang mudah dilihat di mana sebuah hubungan persahabatan dapat
dijalinkan dengan mudah tanpa perlu dilihat kepada perspektif-perspektif yang mengelirukan.
Keramahan dan perhubungan yang mudah ini mampu meningkatkan lagi kualiti kerjasama
sesama ahli BIG dan meningkatkan lagi kualiti aktiviti dan juga pembelajaran tersurat dan
tersirat setiap aktiviti

Threat (Ancaman)

Ancaman yang perlu dilihat serta diperhatikan adalah kepada kurangnya komunikasi
bermakna antara ahli-ahlinya yang boleh menyebabkan berlakunya komunikasi yang tidak
lancar dan berlakunya masalah dan kesilapan secara besar-besaran jika tidak dibendung
awal-awal. Selain itu, cuaca juga merupakan suatu ancaman yang bahaya kepada ahli-ahli
siri ini atas sebab ia boleh mengganggu proses pembelajaran dan perjalanan aktiviti yang
dijalankan sepanjang BIG.

Penutup
Kesimpulannya, segala perjalanan BIG dapat dijalankan dengan aman, selamat dan
cermat hasil kerjasama ahli-ahli BIG serta tunjuk ajar jurulatih yang ada dan bersedia
dengan ikhlas untuk menumpahkan ilmu yang mereka ada untuk menjadikan kami insan
guru yang menyeluruh dari pelbagai segi dan harapan untuk diri apabila selesainya BIG ini
adalah agar dapat mengambil iktibar kepada segala isi tersurat dan tersirat sepanjang sesi
BIG ini.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai