Anda di halaman 1dari 9

REFLEKSI BINA INSAN GURU

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program wajib yang perlu dilalui oleh
semua guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru. Program ini bertujuan bagi
melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika serta akhlak
keguruan di samping bertujuan meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari
sudut fizikal, emosi, rohani dan sosial. Sepanjang BIG berlangsung, saya telah menempuh
pelbagai cabaran, dugaan dan halangan yang telah memberi pengajaran bermakna pada
diri saya. BIG telah memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai dan tidak mampu
saya peroleh semasa kuliah. Program ini juga memberi peluang kepada saya untuk saya
menilai keupayaan diri saya dari segi mental dan fizikal yang mana dapat mempersiapkan
saya dalam menjadi seorang guru. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang BIG
ialah Interaksi Sosial bersama Pihak Sekolah, Peranan Guru terhadap Komuniti Setempat,
Pengurusan Khemah, Etiket Sosial dan Protokol, Malaysia Cergas, Absailing, Amalan
Pemakanan Sihat, Kewarganegaraan dan Perpaduaan, Keyakinan di Air, Aktiviti Berakit
serta Kembara dan Ikhtiar Hidup. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan pada mata kasar
dilihat sebagai aktiviti fizikal semata-mata namun di sebalik setiap aktiviti sebenarnya tersirat
objektif yang lebih mendalam bagi menyemai dan menerapkan nilai dalam diri setiap
peserta.

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS)

Antara kekuatan yang dapat diperoleh ialah nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui
program bina insan guru ini. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan
bukan hanya menyampaikan ilmu malah segala tingkah laku guru akan menjadi contoh
teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni. Semasa Program BIG yang
dijalankan, nilai-nilai ini dapat dilihat dalam diri peserta dalam menguruskan tugas dan masa
sepanjang program berlangsung. Ini dapat dilihat semasa proses penyediaan makanan di
mana setiap peserta diberi tugasan menyediakan makanan mengikut jadual yang disediakan
oleh ahli jawatankuasa yang terlibat. peserta perlu bijak dalam menguruskan masa di
samping bertolak ansur semasa melaksanakan tugas memandangkan mereka juga perlu
menyertai aktiviti yang telah ditetapkan sama seperti peserta lain pada waktu yang sama.
Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti boleh
melahirkan guru yang berwibawa.

Selain itu, dapat dilihat bahawa pelaksanaan Program BIG ini dapat memupuk semangat
kerjasama antara peserta dipupuk. Semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja
secara berkumpulan dapat dilihat dengan jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Sebagai contoh, semangat kerjasama dapat dilihat semasa aktiviti berakit. Setiap kumpulan
bekerjasama dalam membina rakit masing-masing dan semasa mendayung rakit tersebut.
Apabila terdapat ahli yang lemah, ahli lain membantu bagi memastikan rakit tersebut terus
bergerak. Semangat kerjasama juga dapat dilihat semasa aktiviti kembara di mana peserta
memberi sokongan kepada peserta lain yang menghadapi kesukaran untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Peserta yang lemah dibantu oleh rakan-rakan lain bagi memastikan
perjalanan lancar dan tiada peserta yang tertinggal di belakang. Komitmen yang ditunjukkan
oleh peserta telah melancarkan perjalanan program ini secara keseluruhan.

Aktiviti-aktivitI seperti Absailing, Keyakinan di air dan kembara dapat membentuk keyakinan
dalam diri peserta. Terdapat sesetengah peserta yang tdak pernah melakukan aktiviti-aktiviti
tersebut. Namun begitu, mereka tetap berani untuk mencuba dan melawan ketakutan yang
ada pada diri. Saya sendiri menghadapi ketakutan pada ketinggian yang menyebabkan saya
berasakan aktiviti absailing merupakan satu aktiviti yang sangat mencabar bagi diri saya
hingga saya terlintas untuk tidak mahu melalukan aktiviti tersebut. Syukur atas sokongan
dan bantuan pensyarah dan rakan-rakan saya mampu melaksanakan aktiviti tersebut dan
melawan ketakutan yang dirasai. Sebagai seorang guru, kita perlulah sentiasa yakin dalam
melakukan setiap tugasan yang diamanahkan. Sokongan dan bantuan pihak-pihak lain juga
amatlah penting dalam melancarkan tugasan dalam organisasi.

Program BIG juga memberi peluang kepada perserta memberi sumbangan kepada komuniti
masyarakat setempat. Semasa aktiviti Interaksi Sosial bersama Pihak Sekolah, peserta
diberi peluang untuk melalukan aktiviti bersama warga sekolah manakala semasa aktiviti
Peranan Guru terhadap Komuniti Setempat, peserta telah ke Masjid Al-Iffah Selandar untuk
melakukan gotong royong di masjid tersebut. Aktiviti tersebut memberi peluang kepada
peserta menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidikan
dengan masyarakat. Di samping itu, aktiviti tersebut juga menunjukkan kecaknaan peserta
terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan
masyarakat. Sebagai seorang guru, kita perlulah menanam sifat kesukarelawan dalam diri.
Seorang guru perlu berkhidmat untuk komuniti tanpa mengamalkan bias dan perlu ikhlas
dalam melaksanakan tanggungjawab.

KELEMAHAN (WEAKNESSES)

Terdapat juga beberapa kelemahan dalam pelaksanaan Program BIG ini. Aktiviti yang
dijalankan semasa program ini berlangsung adalah terlalu padat sehingga menyukarkan
aktiviti pengurusan diri. Memandangkan kebanyakan aktiviti merupakan aktiviti fizikal, aktiviti
yang dijalankan mengambil masa yang lama dan menghadkan penyurusan diri peserta.
Namun begitu, peserta seharusnya perlu menyedari bahawa lumrah apabila berada di kem
dimana masa bagi aktiviti adalah padat dan memerlukan peserta sentiasa bergerak pantas.
Selain itu, didapati bahawa masa terlalu singkat untuk melaksanakan semua program
dengan sempurna. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tempoh lima hari tersebut
merupakan aktiviti yang ditetapkan berpandukan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK).
Keadaan cuaca yang sering berubah-ubah menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak dapat
dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebagai seorang guru, kita perlulah bijak
dalam mengurus situasi luar jangka bagi memastikan kelancaran program atau aktiviti yang
dijalankan.

Selain itu, didapati bahawa terdapat segelintir peserta yang menganggap kursus ini tidak
penting kerana tidak melibatkan peperiksaan. Kursus Bina Insan Guru ini membawa wajaran
2 kredit dan seratus peratus kerja kursus. Kebanyakan tugasan hanya melibatkan tugasan
semasa lima hari peserta di kem. Terdapat juga peserta yang tidak serius dan tidak
memberikan sepenuh komitmen semasa program dijalankan. Mereka dilihat mengambil
mudah tugasan yang diberi dan mementingkan diri sendiri. Sikap peribadi seperti ini amatlah
tidak sesuai dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati. Tingkahlaku tersebut akan
merendahkan martabat diri dan organisasi keguruan di mata masyarakat.

PELUANG (OPPORTUNITIES)

Terdapat beberapa peluang yang berperanan dalam menjayakan program ini. Sumber
kewangan yang mencukupi telah memastikan kelancaran program ini. Walaupun pada
awalnya berlaku sedikit masalah daripada aspek kewangan, masalah tersebut dapat diatasi
dengan baik dan tidak menggganggu program yang berlangsung. Seorang guru yang baik
seharunsnya mampu menangani masalah yang dihadapi dan tidak menjadikan masalah
tersebut sebagai halangan. Selain itu, sokongan daripada para pensyarah daripada pelbagai
jabatan dilihat sebagai salah satu penggerak kepada program ini. Pensyarah daripada
pelbagai jabatan dan unit seperti Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Jasmani serta Unit Kokurikulum dilihat
bersama-sama berkongsi kepakaran dalam program ini.

Seterusnya, daripada aspek fasiliti, peruntukan dan kemudahan yang disediakan lengkap
untuk kegunaan para peserta. Fasiliti di Kem Sedanan lengkap dan sesuai untuk aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Segala peralatan yang dperlukan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan
telah disediakan dan disemak sebelum peserta bertolak. Ahli jawatankuasa yang terlibat
telah memastikan setiap peralatan yang akan digunakan selamat dan berfungsi dengan
baik. Aspek keselamatan merupakan aspek paling penting dalam setiap aktiviti yang ingin
dijalankan. Apabila menjadi seorang guru nanti, tanggungjawab memastikan keselamatan
murid terletak pada bahu guru. Semasa pelaksanaan setiap aktiviti yang dijalankan semasa
Program BIG, pensyarah yang terlibat dilihat amat menitikberatkan aspek keselamatan.
Tindakan ini dapat menjadi panduan kepada peserta alam menjadi guru suatu hari nanti.

ANCAMAN (THREATS)

Antara ancaman yang menghalang objektif Program BIG tercapai ialah kekurangan
pendedahan pelaksanaan khidmat masyarakat. Aktiviti khidmat masyarakat yang hanya
dijalankan di Masjid Al-Iffah Selandar selama 3 jam tidak dapat memberi peluang kepada
peserta untuk melaksanakan khidmat masyarakat secara maksimum. Ini kerana peserta
hanya berpeluang untuk memberikan pekhidmatan di kawasan masjid sahaja. peserta
hanya perlu membersihkan dan mengemas kawasan masjid. Peserta juga hanya
berinteraksi dengan jawatankuasa masjid tersebut yang terdiri daripada 3 atau 4 orang. Jika
slot Peranan Guru terhadap Komuniti Setempat dilakukan di tempat lain misalnya di Rumah
Anak Yatim atau Rumah Orang Tua, kumpulan sasaran aktiviti tersebut pastinya lebih ramai.

Seterusnya, terdapat ancaman daripada aspek penyediaan buku program. Terdapat sedikit
masalah dihadapi semasa penghasilan buku Program BIG. Buru tersebut perlu diserahkan
kepada peserta sebelum ke kem untuk ditandatangani oleh peserta dan fasilitator yang
terlibat namun hanya diperoleh malam sebelum bertolak ke kem. Masalah ini tidak
seharusnya berlaku jika buku tersebut dapat disiapkan lebih awal. Ini telah merencatkan
sedikit perjalanan program. Sebagai seorang guru, kita perlulah melakukan tugasan pada
awal waktu agar tidak menimbulkan masalah lain di kemudian hari. Seorang guru perlu bijak
menetapkan keutamaan dalam tugas bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertindihan
tugas.

PENUTUP

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat berdasarkan pengalaman semasa


menjalani Program BIG. Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah sentiasa berfikir
secara mendalam sebelum mengambil dan membuat sebarang keputusan. Setiap tindakan
yang dibuat perlulah difikirkan kesan dan akibat daripada tindakan tersebut. Selain itu,
peserta seharusnya melakukan persediaan dan penyelidikan berkaitan aktiviti yang bakal
dijalankan sebelum menyertai program. Ini bagi memastikan kelancaran program dan
mengelakkan pembaziran masa. Setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada
agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga
menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Selain itu, kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran komunikasi dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu
diperkemaskan lagi.

Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang kami jalani ini
telah berjaya dilaksana. Melalui semua aktiviti yang kami sertai dapat dirumuskan bahawa
program ini dapat mendidik guru pelatih menjadi seorang yang berdisiplin berpatutan
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut para guru supaya menjaga tingkah laku
dan etika perguruan walau di mana pun berada. Selain itu, program ini juga menekankan
guru pelatih bijak membahagi masa. Sikap toleransi dan hormat-menghormati juga secara
tidak langsung dapat disemai melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Segala input yang
diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia
ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna.
Antara peralatan yang dibawa untuk Aktiviti fizikal bersama murid prasekolah
Program BIG di SK Selandar
Bergambar bersama AJK Masjid Al-Iffah
Selandar

Pengurusan khemah di tapak


perkhemahan

Guru pelatih bergambar dengan hasil


kerja murid prasekolah

Aktiviti sketsa slot kewarganegaraan dan


perpaduan
Peralatan yang digunakan semasa aktiviti Aktiviti membina rakit manusia
absailing

Aktiviti membina dan berlumba rakit


Aktiviti keyakinan di air
Aktiviti ikhtiar hidup

Amali proses angkat mangsa keluar


hutan

Anda mungkin juga menyukai