Anda di halaman 1dari 1

Penjagaan aspek-aspek kesihatan kanak-kanak amat penting bagi menentukan kesejahteraan hidup

kanak-kanak. Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah
pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau
jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental
kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua dan
akan menjejaskan kanak-kanak seumur hidupnya. Menurut Facts for Life UNICEF, setiap tahun,
hampir 11 juta kanak-kanak mati akibat punca-punca yang boleh dicegah sebelum mereka
menyambut hari lahir yang kelima. Berjuta-juta kanak-kanak lagi hidup hanya untuk menghadapi
masa hadapan yang malap, tidak dapat mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Banyak
daripada kematian ini boleh dielakkan jika ibu bapa dan penjaga memahami apa yang perlu
dilakukan apabila penyakit menyerang dan bagaimana untuk mengenali tanda-tanda bahaya yang
memberi isyarat terhadap keperluan untuk bantuan perubatan. Beberapa penyakit biasa yang boleh
dicegah di kalangan kanak-kanak melalui pengimunan termasuk polio, kancing gigi, campak dan
cacar air. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan untuk membawa anak-anak mereka mengunjungi
doktor bagi mengurangkan jangkitan, sakit dan kadar kematian.

Anda mungkin juga menyukai