Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAKK

2019

1.0 PENGENALAN

Produk inovasi digital Rimba Ria yang telah dibina dipromosikan dan digunakan oleh orang
ramai bagi melihat sejauh mana keberkesanan dan impak produk terhadam pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan murid. Analisis terhadap produk dilakukan meliputi kekuatan
produk, kelemahan produk, peluang produk dan ancaman yang dihadapi produk.

2.0 KEKUATAN PRODUK INOVASI DIGITAL

Antara kekuatan produk inovasi digital Rimba Ria ialah produk mudah digunakan. Arahan-
arahan yang terdapat pada produk terdiri daripada ayat-ayat yang pendek dan ringkas.
Kandungan produk juga terdiri daripada grafik yang menarik. Penggunaan warna yang
terang pada paparan grafik produk menarik minat guru dan murid menggunakan produk ini.
Terdapat juga penggunaan ikon haiwan yang comel bagi mewakili setiap lagu di dalam
pakej ini. Haiwan tersebut turut disertakan dengan nama dan suara yang berbeza bagi
menimbulkan suasana yang berbeza bagi setiap lagu yang dipilih. Seterusnya, kandungan
produk didapati sesuai dengan tahap umur dan golongan sasaran murid yang difokuskan.
Kandungan yang ringkas sesuai dengan tahap umur murid prasekolah iaitu dalam
lingkungan 4 hingga 6 tahun. Terdapat juga unsur latih tubi dimana disediakan lagu yang
beserta vokal nyanyian dan lagu tanpa vokal (minus one) bagi memberi peluang kepada
murid mempelajari dan menguasai lagu dengan lebih mendalam.

3.0 KELEMAHAN PRODUK INOVASI DIGITAL

Namun begitu terdapat juga kelemahan yang dapat dikenalpasti pada produk inovasi ini.
Berdasarkan soal selidik yang diberikan kepada beberapa orang pengguna, didapati
bahawa sesetengah pengguna berpandangan bahawa isi produk inovasi berulang dan tidak
pelbagai. Ini kerana hanya terdapat dua aspek yang sama bagi setiap lagu. Sepatutnya
produk ini turut disertakan dengan permainan interaktif dan kepelbagaian latihan bagi
menjadikan produk lebih menarik. Pada laman jom nyanyi, perkataan pada lirik perlu
diwarnakan mengikut tempo lagu bagi memudahkan murid menyanyikan lagu menggunakan
minus one.
4.0 PELUANG PRODUK INOVASI DIGITAL

Produk inovasi digital Rimba Ria ini dilihat mempunyai peluang untuk digunakan dan
dipasarkan secara komersial. Ini kerana kandungan pakej yang mudah dan menarik sesuai
dengan tahap prasekolah. Produk ini juga dilihat sangat membantu bagi guru dalam
menggunakan lagu-lagu semasa pengajaran bukan sahaja bagi pengajaran muzik tetapi
dapat juga digunakan dalam pengajaran subjek lain. Produk juga mesra pengguna
memandangkan terdiri daripada arahan yang mudah yang boleh diterokai sendiri oleh
pengguna. Produk juga dibekalkan dengan muzik minus one yang sukar diperoleh oleh guru
untuk digunakan semasa pengajaran. Ini kerana, guru sukar menekankan pengajaran
menggunakan sesuatu lagu jika tidak menggunakan muzik minus one. Muzik minus one
membolehkan murid menyanyikan lagu tanpa dipengaruhi oleh vokal pada lagu tersebut.

5.0 ANCAMAN PRODUK INOVASI DIGITAL

Bagi memasarkan produk inovasi digital Rimba Ria ini secarac meluas, terdapat beberapa
ancaman yang dilihat akan menyukarkan proses ini. Memandangkan produk ini didirikan
menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint, agak sukar untuk produk ini dipasarkan atas
talian. Produk yang dipasarkan atas talian tidak dapat memberi ekses yang menyeluruh oleh
pengguna. Oleh itu, juga produk ini ingin dipasarkan secara meluas, produk perlu dibekalkan
dalam bentu perisian menggunakan cekera padat (DVD). Selain itu, aplikasi iSpring yang
digunakan mempunyai tempoh percubaan yang singkat iaitu 14 hari. Aplikasi iSpring telah
digunakan semasa proses pembangunan produk ini bagi menukarkan slaid powerPoint
kepada paparan flash yang lebih interaktif untuk pengguna.

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, produk inovasi digital Rimba Ria ini dilihat dapat memberi manfaat
kepada banyak pihak khususnya kepada guru dan murid prasekolah. Terdapat beberapa
penambahbaikan perlu dilakukan bagi menjadikan produk ini lebih menarik dan mudah
dipasarkan dengan lebih meluas.

Anda mungkin juga menyukai