Anda di halaman 1dari 1

Cadangan penambahbaikan Setelah beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa P&P, saya telah merancang beberapa langkah

untuk menambahbaik P&P. Bagi masalah pertama iaitu penggunaan kaedah mengajar yang tradisional, saya akan mencuba pula kaedah yang lebih moden seperti penggunaan power point yang lebih interaktif dan mampu menarik minat murid khusunya murid Pendidikan Khas. Saya akui diri masih lemah dalam penggunaan TMK tetapi saya akan sedaya upaya bertanya kepada rakan dan pensyarah yang lebih berpengetahuan. Bagi kelemahan kedua iaitu penggunaan ABM yang terlalu minimum, saya akan lebih bersedia dan akan cuba merancang beberapa ABM yang menarik minat murid Pendidikan Khas. Saya akan cuba menghasilkan ABM yang mencukupi dengan keperluan murid menghiasnya dengan warna yang lebih ceria. Selain itu, saya juga akan cuba mempelbagaikan ABM supaya murid tidak mudah berasa bosan dengan ABM yang digunakan guru. Bagi masalah yang ketiga, sebagai seorang bakal guru, saya perlu lebih bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku dan sentiasa mempersiapkan diri dengan plan B. Murid mempunyai peluang mengganggu rakan kerana pengukuhan puzzle yang diberikan agak mudah. Jadi, saya akan menyediakan puzzle yang akan mengambil masa yang lebih lama dan mencabar sesuai dengan tahap pengetahuan murid. Di samping itu, saya juga perlu menyediakan lebih banyak bahan pengukuhan kepada murid bagi memastikan mereka sibuk dan tidak mempunyai masa mengganggu rakan yang akan mewujudkan masalah tingkah laku. Masalah yang keempat pula ialah pemberian lembaran kerja yang tidak sesuai dengan tahap murid Pendidikan Khas. Bagi masalah ini, saya perlulah menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu sebelum memberikan latihan kepada murid semasa di dalam kelas. Ujian diagnostik ini sedikit sebanyak akan membantu saya mengetahui tahap murid dan menggunakan arahan yang lebih mudah difahami murid bagi mengelakkan mereka keliru tentang apa yang perlu dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai