Anda di halaman 1dari 2

SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN Sebagai seorang pendidik yang versatil, sememangnya guru akan ditugaskan untuk mendidik pelajar-pelajar

yang datang dari pelbagai latar belakang, tahap kecerdasan dan IQ serta sikap dan perangai. Di kebanyakan sekolah, pelajar diasingkan mengikut kelas tertentu, dan lazimnya ditentukan mengikut kecerdasan pelajar. Oleh itu di dalam tugasan ini masalah yang menjadi perbincangan adalah lebih cenderung dan lebih menonjol di kalangan pelajar yang kelasnya adalah yang terakhir. Pelajar-pelajar ini dikategorikan sebagai kelas yang mempunyai tahap kecerdasan yang paling kurang. Justeru masalah akan dibincangkan dari sudut perspektif teori pembelajaran dengan subjeknya ialah pelajar kelas terakhir bagi pelajar tahuun 5. Masalah yang timbul ketika P&P (pengajaran dan pembelajaran) ialah yang pertama pelajar tidak menunjukan minat terhadap subjek Bahasa Inggeris yang diajar. Ini berikutan latar belakang pelajar yang kebanyakannya adalah dari golongan ibu bapa yang tidak berpendidikan tinggi, dan tidak berbahasa Inggeris di rumah. Pelajar menjadi tidak berminat terhadap subjek kerana tiada pendedahan dan tidak memahami bahasa tersebut. Oleh itu ketika didalam proses P&P, subjek ini langsung tidak menarik perhatian pelajar dan pelajar tidak berminat untuk mengikuti sebarang proses biasa P&P. Tambahan, guru kebiasaanya akan mempraktikkan bahasa tersebut sebagai bahasa medium dalam P&P. Maka ini lebih menjauhkan pelajar untuk mendekati subjek Bahasa Inggeris secara langsung mahupun tidak langsung. Masalah kedua ialah pelajar tidak menumpukan perhatian semasa proses P&P berjalan. Masalah ini adalah berkait secara langsung dengan masalah pertama iaitu tidak minat terhadap subjek kerana faktor latar belakang. Walaubagaimanapun bagi masalah kedua iaitu perhatian yang tidak ditumpukan oleh pelajar kali ini adalah difokuskan kepada pendidik yang kurang efektif dalam mencuri perhatian pelajar untuk memberi sepenuh tumpuan. Dalam masalah ini guru secara langsung gagal dalam menarik perhatian pelajar kerana proses P&P yang mana bagi pelajar adalah membosankan. Masalah ketiga yang ingin dibincangkan ialah pelajar terlalu pasif dalam proses komunikasi. Pelajar lebih gemar berdiam diri, apabila sesi soal jawab anatara guru dan pelajar dijalankan. Pelajar tidak memberikan reaksi atau sebarang respon ketika proses tersebut. Pelajar yang terlalu pasif dan diam merupaka salah satu isu dan masalah yang akan dibincangkan dalam tugasan ini.

Selain itu, masalah keempat yang turut dikenal-pasti ialah pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah atau tugasan yang diberi. Pelajar gagal atau menyiapkan kerja sekolah dan ada dikalangan pelajar yang langsung tidak membuat kerja yang ditugaskan kepada mereka. Walaupun masalah ini berkait rapat dengan minat, tetapi pelajar langsung mengabaikan tangungjawab sebai pelajar untuk menyiapkan kerja yang diberi. Masalah kelima ialah pelajar langsung tidak menunjukkan motivasi untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi setiap penilaian, pertanyaan atau menumpukan usaha terhadap P&P. Kelima-lima masalah yang diketengahkan adalah berdasarkan kepada situasi sebenar P&P dan akan dihuraikan dan diterangkan lebih lanjut seterusnya dikaitkan dengan teori pembelajaran berorientasikan masalah yang dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai