Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak atau seni penglihatan dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik,seni sastera,seni tari dan seni
mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan
kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek
pemahaman,penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, guru boleh menyentuh
mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi,persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Jesteru, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual,meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu menggambar,membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan
kraf tradisional. Murid-murid di sekolah rendah dilatih untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan.
` Aspek-aspek di atas dapat memberi kefahaman kepada murid dan penghayatan
terhadap warisan seni visual serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian
terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid-murid akan didedahkan dengan
ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
Pendidikan seni Visual di sekolah rendah merupakan satu mata pelajaran yang
bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi,imaginatif,kritis,kreatif,inovatif dan iventif.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran
kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Menurut Feldman (1976)memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha
yang melibatkan pelajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, disamping
mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan
ialah seni visual yang meliputi catan,arca,seni bina,kraf, reka bentuk
industri,fotografi,filem,televisyen dan seni computer.Pendidikan Seni Visual
merangkumi pelbagai faedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajari
sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni dan melihat nilai hasil
individu.Selain itu, Feldman mendapati bahawa pendidikan seni Visual, kanak-kanak
dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai
manusia dari semasa ke semasa.
Pendidikan Seni Visual juga berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu
secara eksplorasi menerusi deria. Kanak-kanak menerima pengalaman tampak
menerusi interaksi deria melalui simbol-simbol tampak yang terdapat di sekeliling
mereka. Pemikiran kreatif dan kreatis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.
Kurikulum persekolahan Kebangsaan mendukung hasrat mulia Negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi generasi kini dan akan datang. Pendidikan
Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah rendah serta menjadi mata pelajaran elektif bagi sekolah menengah atas.
Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem,terancang dan
prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Mata pelajaran ini
bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya
kesenian.Keperluan individu dapat dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan
pengetahuan dan kemahiran proses, teknik dan media serta pembentukan nilai.





2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Menyusuri sejarah tentang aktiviti seni di Malaysia sebenarnya sudah bermula
awal sejak penjajahan British di Pulau Pinang iaitu pada tahun 1876. Pelukis-pelukis
Inggeris suka melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi. Golongan
imigran Cina juga turut menyumbang dalam perkembangan seni ini.
Walau bagaimanapun aktiviti ini terhenti semasa pendudukan Jepun .Selepas
perang dunia kedua, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis dan
kegiatan seni semakin berkembang. Buktinya beberapa pertubuhan dan persatuan
ditubuhkan seperti Persatuan Seni Pulau Pinang, Persatuan Seni Selangor,Wednesday
Art Group dan Thursday Art Group. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) yang
ditubuhkan pada tahun 1960 memberi peluang kepada guru yang berminat dalam
bidang seni melanjutkan pelajaran mereka. Akhirnya pada tahun 1967, Institut
Teknologi Mara pula ditubuhkan dan melahirkan sekumpulan tenaga pendidik seni.
Pada mulanya dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan Tangan seterusnya
pula sebagai Pendidikan Seni dan akhirnya dikenali sebagai Pendidikan Seni Visual.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni pada peringkat awal hanyalah
dijalankan di dalam kelas atau bilik darjah memandangkan ketiadaan bilik khas untuk
Pendidikan Seni. Guru-guru yang mengajar hanyalah memberi tumpuan kepada
kemahiran sahaja.Aktiviti apreasiasi seni sangat kurang atau langsung tidak dijalankan
semasa pengajaran Pendidikan Seni.
Guru-guru yang mengajar juga bukanlah dikalangan guru opsyen seni tetapi
mereka berminat untuk mengajar.Selain itu terdapat juga guru-guru lepasan Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Perguruan IlmuKhas (MPIK) serta segelintir
tenaga pengajar dari Institut Teknologi Mara (Sekarang UiTM).Pengajian Seni di
Universiti Sains Malaysia bermula pada tahun 1974 dan melahirkan graduan pertama
dari menara gading tersebut pada tahun 1978. Graduan tersebut ialah Ahmad Ghazie
Ibrahim.

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni di sekolah berjalan secara
The Laisseiz Faire Method ( Micheal dalam Ibrahim Hassan,2000). Guru-guru diberi
kebebasan mengajar dan mengadakan pameran sekali sekala ketika hari penyampaian
hadiah Perkembangan kurikulum Pendidikan seni yang dihuraikan ini berlaku sebelum
merdeka dan selepas merdeka sehingga 1980.
Pada tahun 1982, Kurikulum Baru sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dalam system pendidikan Malaysia.
KBSM atau KBSR telah dirancang dengan lebih teratur,kemas dan
sistematik.Kandungan KBSM atau KBSR mengandungi matlamat,objektif, panduan nilai
dan organisasi kandungan. Matlamat Pendidikan Seni sekolah menengah atau sekolah
rendah secara amnya adalah untuk melahirkan individu yang imaginative,kreatif,
berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri yang estetik. Hal ini adalah bertujuan
membolehkan pelajar menggunakan seni dalam kehidupan seharian (Ahmad Ghazie
Ibrahim,2000)
Semakan semula kurikulum bagi semua subjek di Malaysia berlaku pada tahun
2000. Semakan ini juga melibatkan Pendidikan Seni. Kurikulum yang sedia ada iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Baru Sekolah
Rendah. Semakan ini memberi perubahan yang jelas untuk Pendidikan Seni. Ini adalah
kerana perkataan seni yang digunakan boleh meliputi banyak bidang iaitu bidang
muzik,sastera,seni tari dan seni mempertahankan diri. Oleh itu,nama Pendidikan Seni
ditukar kepada Pendidikan Seni Visual(PSV). Nama baru ini lebih menjurus kepada seni
tampak, seni halus dan lebih menepati kepada Pendidikan Seni di sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia ,2000)
Dalam kurikulum PSV yang disemak semula dinyatakan dengan lebih kemas dan
jelas tentang matlamat,objektif, penerapan nilai,pendekatan pedagogi dan penyediaan
buku panduan guru (buku sumber guru ). Matlama tsemakan kurikulum Pendidikan Seni
ini adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia sebagai insane yang celik
budaya dan menjadi seimbang dan harmonis sesuai dengan tuntutan Falsafah
Pendidikan kebangsaan yang telah digariskan pada tahun 1988. Dengan adanya
sukatan baru ini diharapkan dapat melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang
tinggi atau mewujudkan masyarakat celik seni serta dapat membuat pertimbangan
harian dengan mengambil sama aspek kesenian. Jesteru, generasi yang dilahirkan hari
ini mempunyai daya imaginatif yang tinggi,kritis dan penuk kreativiti dan inovatif. Selain
itu, mereka juga diharapkan dapat menjadi insan yang produktif dan iventif.
Perubahan dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual semakan semula adalah
untuk melahirkan insan bernilai murni dan mempunyai semangat patriotik, membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya dan kesenian. Selain itu, penekanan
juga diberikan dalam aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam kurikulum
semakan ini guru hanyalah sebagai fasilitator dan pengajaran yang berlaku
berpusatkan kepada murid. Guru-guru yang mengajar memberi tumpuan kepada
pendekatan pembelajaran dan bukanlah hanya memberi maklumat dan fakta.
Penerapan nilai-nilai murni dan semangat patriotic serta memperkenalkan
konsep aras juga merupakan sesuatu yang baru dalam kurikulum semakan ini. Pelajar
perlu menguasai aras tertentu sebelum melangkah kepada aras yang lebih tinggi.
(Kementerian Pendidikan Malaysia,2000)
Pusat Perkembangan Kurikulum sangat berharap pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual yang sudah disemak ini dapat direalisasikan sebagai subjek
yang menyeronokkan,berguna,bermakna, mencabar dan indah. Terdapat lapan
pendekatan atau strategi yang diterapkan iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK), Belajar Cara Belajar (BCB),Pendekatan Konstruktivisme, Pembelajaran
Masteri, Pembelajaran Akses Kendiri (PAK), Kajian Masa Depan (KMD), Kecerdasan
Pelbagai dan Pendekatan Konstektual. Seterusnya dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) pada tahun 2007, Pendidikan Seni diperkukuhkan lagi dengan
cadangan penubuhan dua buah sekolah seni di Johor dan di Sarawak. (Kementerian
Pelajaran Malaysia,2006).
Dunia pendidikan semakin hari semakin berkembang maju. Bagi menghadapi
arus dan dunia alaf 21ini, sekali lagi semakan kurikulum berlaku. Pada tahun 2010,
KBSR telah diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR
menjurus kepada standard yang perlu dicapai oleh pelajar. Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) diperkasakan dengan beberapa mata pelajaran dinilai sepenuhnya di
peringkat sekolah bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM
KONTEK PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan
ransangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti
kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak
terhadap sekelilingnya.
Selari dengan tujuan sukatan pelajaran seni yang ingin memupuk perasaan
menghargai,menikmati nilai indah,memperoleh kemahiran mencipta di samping
memiliki asas yang kukuh bagi perkembangan kebudayaan. Pembelajaran PSV
disekolah akan dapat dihayati oleh generasi baru dengan meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap apa yang dinikmati dan menghargai kehidupan serta mempunyai
semangat lestari alam. Diharapkan murid-murid ini dapat menghargai dan mencintai
alam semula jadi negara dan seterusnya mencintai,menjiwai dan menghargai seni
warisan negara yang penuh warna warni ini. Situasi ini akan mewujudkan
keseimbangan dalam kehidupan dan diharapkan dapat menyumbangkan kepada
kesejahteraan diri,keluarga, masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan Seni Visual diperingkat sekolah menengah atau rendah
adalah untuk melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya menjadikan individu
yang berimaginatif,kreatif,berpengetahuan seni dan peka terhadap ciri-ciri
estetik.(Kementerian Pendidikan Malaysia,2000).Dalam menghadapi era kecanggihan
teknologi kini, seni memainkan peranan penting yang perlu disedari oleh pendidik dan
pembuat dasar.Tickle (dalam Mohd Azhar Samin 1996) menyatakan bahawa seni dapat
memberi sumbangan dalam kerohanian seperti melahirkan perasaan persepsi visual
dan audio dunia.
Murid-murid akan dilatih melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama
ada dari aspek estetik dan aspek gunaan. Ini adalah kerana kurikulum PSV di sekolah
rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,membuat rekaan dan
corak,membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional yang boleh membentuk dan
mencabar mereka dari segi kognitif, afektif dan saikomotor.
Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan
seni visual dan mengamalkannnya dalam kehidupan,teruyamanya dalam meningkatkan
nilai hidup. Melalui Psv murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan
sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah
kerajaan. Ini adalah berdasarkan kepada kandungan kurikulum digubal dengan
memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual dengan beberapa kemahiran generik,perkembangan potensi diri
dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif.
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
generasi Malaysia yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.Aktiviti-aktiviti seni dalam pengajaran
dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media
komunikasi,seni dalam kehidupan dan persekitaran,dan seni sebagai warisan budaya
dan identity bangsa. (Mazlan Mohamad,1996).
Dewasa ini beratus-ratus jenis kerjaya yang berkaitan Seni Visual boleh diceburi
oleh pelajar yang berminat dengan bidang tersebut.Antara kerjaya yang berkaitan
dengan Seni Visual ialah seperti pengiklanan,pelukis illustrasi, artis multimedia,
perekabentuk grafik,perekabentuk industry,perekabentuk dalaman,pelukis
animasi,perekabentuk tekstil,pencetakan,desktop publisher,perekabentuk laman web
dan sebagainya.
Akhirnya, PSV diharap dapat membentuk generasi Malaysia atau insan yang
celik budaya atau harmonis,bernilai estetik tinggi,imaginative,kritis dan kreatif serta
inovatif.PSV juga dapat meningkatkan rasa kesyukuran,menghargai keindahan dan
menghargai warisan budaya di kalangan generasi pelajar. Seterusnya, PSV dapat
melahirkan insan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga,
masyarakat dan Negara.


3.0 KONSEP 5 P DALAM KBSR DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI
Konsep 5 P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR.
Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini
dapat menyesuaikan maklumat dan menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan
menyeluruh. Konsep 5P terdiri daripada penggabubgjalinan kemahiran,penyerapan
pengetahuan,penerapan nilai murni,pengayaan dan pemulihan.
3.1 PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN
Penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai
kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh.Ia
merupakan integrasi beberapa kemahiran asas seperti mendengar, melihat, bercakap,
membaca, mengira menulis dan melukis. Penggabung jalinan ini bertujuan membantu
murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam suatu masa pembelajaran dan
meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, strategi ini juga adalah untuk menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.disamping menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna.penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi
peluang dan ruang bagi pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan
menyeluruh melalui aktiviti yang dijalankan.
Terdapat tiga jenis penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran,penggabungjalinan kemahiran daripada mata
pelajaran lain dan penggabungjalinan merentas kurikulum .Penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau
pertuturan,membaca,mengira,melukis, mewarna dan lain-lain.
Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain pula memerlukan
penggabungan kemahiran mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang di ajar.
Sebagai contoh penggabungjalinan kemahiran Bahasa Melayu dengan pendidikan Seni
Visual iaitu melalui aktiviti membuat kad hari raya dengan menulis ucapan di dalam kad
tersebut.
Seterusnya, penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran
belajar,kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Setiap kemahiran meempunyai hubungan dan berkait rapat dengan
kehidupan murid.Kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiranini objektif bagi setiap mata
pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan bermakna. Di peringkat ini guru boleh memainkan peranan sebagai
inisiator dengan mengemukakan soalan yang boleh menjana pemikiran yang kreatif dan
kritis,menyokong aktiviti menyelesaikan masalah pembelajaran .

PENYERAPAN PENGETAHUAN
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan
pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam
isi mata pelajaran yang diajar.Sebagai contoh isi pengetahuan daripada mata pelajaran
Sains dan Matematik diserap seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan murid dapat
melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain.Hasilnya
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.Guru boleh menjalankan
peranannya untuk meransang pemikiran murid yang bercapah Secara tidak langsung
aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih produktif dan efektif. Guru juga boleh
berperanan sebagai pemudahcara dengan melaksanakan pengajaran berteraskan
ansur maju dan memudahkan pemahaman konsep dengan mengaitkan dengan situasi
sebenar kehidupan murid.Penguasaan ilmu secara meluas boleh disampaikan dan
murid akan lebih memahami kerana isi pelajaran dapat dihubuingkaitkan dengan
pengetahuan mata pelajaran lain.
Guru juga haruslah bijak dan berperanan sebagai pengurus pelajar. Guru boleh
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran,menjalankan aktiviti luar,menguruskan
bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pengetahuan yang diambil daripada
mata pelajaran lain. Peranan ini dapat meransang minat murid terhadap pengajaran
dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
PENYERAPAN NILAI MURNI
Penyerapan nilai merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat
kewarganegaraan masyarakat Malaysia yangberlandaskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.Penyerapan nilai ini dijalankan secara sedar atau terancang
tetapi murid menyerapnya secara semulajadi
Terdapat dua pendekatan penyerapan nilai ini berlangsung iaitu pendekatan implicit
dan eksplisit.Pendekatan implicit diterapkan secara tidak langsung.Contohnya apabila
cikgu bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini berlaku secara
merentas kurikulum oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan,teguran,contoh dan
teladan berlangsung pada bila-bila masa dan dimana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan
peraturan,arahan,pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang
diharapkan seperti arahan tidak membuang sampah dan menjaga kebersihan
sekolah.Program atau aktiviti khusus juga diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai
seperti program motivasi,khemah ibadat,sambutan kemerdekaan,hari guru,dan lain-lain
lagi. Penerapan ini adalah lebih terancang,bermatlamat dan cara pelaksanaan serta
penilaian yang jelas dan tersusun.
Di sini para guru seni bolehlah menjalankan peranan mereka sebagai motivator murid-
murid dengan menyelesaikan masalah sosio dan emosi,menjalankan aktiviti bina
semangat dan membentuk keyakinan diri murid serta meransang dan menggalakkan
murid supaya menjadi seorang yang menghargai dan mengenali warisan budaya dan
kesenian bangsa dan Negara.
Melalui penerapan nilai murni ini guru juga boleh berperanan sebagai inisiator dengan
menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan. Ini adalah kerana setiap
murid telah diterapkan dengan17 nilai murni di mana setiap murid mempunyai sifat
bermaufakat dan tanggunjawab bersama dalam menjalankan tugasan yang diberikan
oleh guru.

PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia
bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang
lambat,iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding kanak-kanak
lain.Pencapaian pembelajaran murid-murid in biasanya di bawah tahap pencapaian
yang sepatutnya (Koh Boh Boon,1982).
Aktiviti pemulihan dilaksana bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam
pembelajaran. Murid tidak dapat menguasai kemahiran asas contohnya 3M. Bagi mata
pelajaran PSV murid ini lemah ,kemahiran asas seperti melukis,catan,arca,grafik dan
sebagainya. Mereka ini memerlukan ruang dan masa yang lebih untuk menguasai
kemahiran asas ini. Guru bukanlah sahaja sebagai pengajar tetapi juga sebagai
pembimbing dalam membantu murid-murid yang bermasalah iaitu yang belum
menguasai kemahiran. Melalui aktiviti pemulihan ini murid membolehkan murid
mendapat layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan tahap mereka.
Aktiviti pemulihan boleh dijalankan melalui lima cara iaitu pengajaran
individu,pengajaran kumpulan kecil,pengajarannkumpulan besar,pengajaran rakan
sebaya dan pengajaran kolaboratif. Dalam aktiviti pemulihan ini guru adalah sebagai
pengurus yang berperanan mengurus bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
keperluan individu yang hendak dipulihkan. Selain itu, guru juga boleh menjadi
pembimbing kerana murid-murid kumpulan ini memerlukan bimbingan yang penuh
perhatian. Guru juga boleh membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran
asas seni .
Beberapa langkah harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan
bagi memastikan objektif pemulihan tercapai.Penilaian juga harus dilakukan bagi
menguji tahap penguasaan murid.Penilaian ini bertujuan untuk memastikan objektif
pengajaran pemulihan tercapai atau tidak dan tindakan susulan diambil.

PENGAYAAN
Konsep 5 P yang terakhir dalam kurikulum ialah pengayaan. Aktiviti pengayaan ini
dijalankan kepada murid-murid yang melepasi aras sederhana atau murid-murid pintas
cerdas. Konsep ini mengambil kira murid-murid yang pintar cerdas ini adalah cepat
dalam menyiapkan latihan,kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Kumpulan
murid ini memerlukan latihan tambahan agar dapat mengekalkan minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi merealisasikannya guru hanya perlu menjadi
pembimbing dalam melaksanakan aktiviti pengayaan ini .Biasanya pengayaan ini
dijalankan kepada kumpulan murid yang telah menguasai kemahiran asas contohnya
bagi mata pelajaran PSV murid ini sudah melepasi kemahiran melukis dan mereka
diberi pengayaan untuk kemahiran seni yang lebih mencabar.
AKTIVITI PEMBELAJARAN PSV
Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang meliputi empat
bidang iaitu bidang menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan
Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.




















PERANAN APRESIASI DAN HASIL KERJA MURID
Apresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai hasil-hasil seni pelukis atau
pandai tukang,factor yang mempengaruhi hasil karya mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema, hal benda atau subject matter serta gaya dan stail
tertentu mereka. Semuanya berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari
aspek kognitif.
Para pendidik seni di sekolah perlu sedar bahawa mempelajari seni bukan
sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja tetapi
membuat apresiasi atau kritikan juga sama penting.Jelas di sini bahawa apresiasi
adalah perkara penting untuk dipelajari dan diterapkan kepada murid agar mereka
menjadi lebik celik dalam seni.
Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria iaitu deria rasa atau sentuh dan
deria penglihatan. Karya seni seperti catan,lukisan,cetakan hanya boleh dipandang
manakala arca dan binaan pula boleh dipandang dan disentuh. Apresiasi seni
berkomunikasi secara aktif menggunakan bahasa untuk menghuraikan penghasilan
karya seseorang untuk melihat apa yang mereka fikirkan dan rasakan.
Jesteru, pengetahuan dan laras bahasa seni yang cukup mengenai seni sangat
diperlukan.Apresiasi seni membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek nilai
estetika,pengertian unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil
seni dan kraf.Selain itu, ia juga dapat menghubungkaitkan diri pelukis dengan hasil
karya sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.Apresiasi seni
berperanan untuk melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang
lain. Seterusnya, ia juga dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan
terhadap bidang seni.

Anda mungkin juga menyukai