Anda di halaman 1dari 4

1.0 PENGENALAN.

Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh


negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa (Fatimah Salleh &
Mustafa Omar, 2018). Hal ini memberi peluang kepada murid2 berkeperluan khas (MBK)
untuk mendapatkan pendidikan bersama murid2 arus perdana. MBK mempunyai
permasalahan tingkah laku dan mempunyai kelemahan dalam pembelajaran dalam aspek
tertentu. Oleh yang demikian, guru Pendidikan Khas memerlukan kemahiran dan
pengetahuan secukupnya untuk mengurus MBK secara profesional berlandaskan falsafah
dan teori tingkah laku yang bersesuaian (Anis Shahirah Zulkifli & Suziyani Mohamed, 2019).

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF.

2.1 KONSEP.

Secara umumnya, PPI merupakan salah satu usaha kerajaan untuk dalam
membantu MBK dalam bidang pendidikan. Menurut Murnie Hassan (2013), PPI merupakan
penempatan bagi pelajar berkeperluan khas di dalam pendidikan arus perdana. Hal ini
kerana program tersebut dirancang khas untuk menempatkan MBK agar dapat belajar
bersama murid normal di kelas aliran perdana.

2.2 MATLAMAT.

Antara matlamat PPI adalah untuk membuka peluang kepada MBK demi mendapat
pendidikan yang lebih baik, memberi peluang kepada mereka untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah aliran perdana, bergaul, bersosial dan
bermasyarakat bersama-sama murid2 normal serta membantu mereka mengalami situasi
dan suasana pembelajaran yang lebih normal sebagaimana murid aliran perdana yang lain.
Hal ini bertepatan dengan pernyataan daripada Fatimah Salleh & Mustafa Omar (2018) iaitu
pelaksanaan PPI adalah bagi membolehkan MBK terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti
berunsur sosial dan akademik di sekolah dan dalam komuniti.

2.3 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Dasar PPI adalah untuk memberi peluang kepada MBK dan memastikan hak sama rata
dalam pendidikan supaya mereka dapat mengalami persekitaran pembelajaran tanpa
halangan dan dapat menyesuaikan diri dengan murid aliran perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2018) PPI
merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memastikan MBK memperoleh peluang dan
hak sama rata untuk belajar dan membantu mereka untuk mengadaptasi diri dalam suasana
pembelajaran dengan murid arus perdana demi meningkatkan kemahiran, keyakinan diri
dan mencapai potensi dengan optimum.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DAN FAKTOR KRITIKAL


YANG MEMPENGARUHI KEJAYAANNYA.

3.1 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN.

Berdasarkan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru oleh KPM (2018), saya dapat
menyimpulkan bahawa PPI menetapkan bahawa MBK perlu mengikuti kurikulum serta
kokurikulum dan pentaksiran arus perdana bersama murid2 normal yang mana didampingi
oleh guru arus perdana dan guru pendidikan khas yang menjadi guru pendamping.
Seterusnya, maklumat khusus MBK seperti laporan perubatan, profil murid, analisis ujian
dan rekod prestasi perlu diambil kira dalam merancang PdP murid untuk mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh MBK bagi memudahkan mereka belajar dengan selesa.
Selepas itu ialah guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif perlu diberikan
pendedahan awal dan latihan dalam mengendali MBK untuk menyediakan guru bagi
mengajar MBK dengan efektif. Di samping itu, guru pendidikan khas dan guru mata
pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang PdP yang sesuai mengikut keupayaan murid
supaya MBK dapat melibatkan diri dalam pembelajaran dan mencapai objektif
pembelajaran. Guru pendamping juga perlu membina RPI dan menyediakan bahan bantu
mengajar (BBM) mengikut kesesuaian MBK.

3.2 FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN


INKLUSIF.

Antara faktor yang sangat mempengaruhi kejayaan PPI adalah penyediaan prasarana dan
peralatan yang lengkap khusus untuk MBK yang mana menentukan keberkesanan PPI di
sekolah. Menurut KPM (2013), aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan
menyokong pembelajaran MBK. Peralatan dan prasarana yang dimaksudkan meliputi aspek
fizikal bilik darjah, aspek fizikal sekolah dan peralatan khusus.

Menurut KPM (2013) kerjasama antara pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan
pertubuhan antarabangsa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan
keberkesanan PPI. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah boleh berusaha untuk
bekerjasama dengan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam diagnos MBK, Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam memperkasa profesionalisme keguruan dan
kepimpinan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
dalam memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa.
4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM
PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.

Antara pihak berkepentingan dalam pelaksanaan PPI ialah bahagian pendidikan khas KPM
(KPM, 2013). Bahagian tersebut berperanan dalam merancang, menilai dan mengurus
pelaksanaan PPI. Mereka juga terlibat dalam merancang dan menyelaras kursus dan latihan
untuk guru2 yang terlibat dengan PPI. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam
memberi taklimat dan menyebar luas maklumat pelaksanaan PPI kepada pihak2 berkaitan.
Di samping itu mereka juga perlu menyediakan data PPI bagi perancangan pelaksanaan
PPI yang berkesan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga memainkan
peranan penting dalam pelaksanaan PPI (Norliah Amin & Hanafi Yasin, 2016). Mereka
bertanggungjawab dalam membantu dalam menyediakan perkhidmatan sokongan mengikut
keperluan dalam pelaksanaan PPI. Selain itu, mereka juga ditugaskan untuk memantau dan
mengumpul maklumat berkenaan pelaksanaan PPI untuk dilaporkan kepada KPM. Sama
seperti bahagian pendidikan khas KPM, mereka juga terlibat dalam menyelaras dan
melaksanakan kursus dan latihan untuk pentadbir dan guru yang terlibat dengan PPI.

5.0 RUMUSAN.

Setiap murid mempunyai hak untuk mendapatkan peluang pendidikan. Mempunyai


kekurangan dari aspek fizikal atau mental bukan penghalang kepada kejayaan mereka
sebaliknya menjadi kunci dan tonggak kepada mereka untuk terus berusaha demi mencapai
masa depan yang lebih baik. Oleh yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama menyalur
bantuan intelek, kemahiran dan kewangan demi membantu golongan istimewa ini agar
mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan dan membantu mereka melihat potensi mereka
supaya mereka dapat berdiri megah bersama-sama orang2 normal dalam menabur bakti
kepada bangsa, agama dan negara.

6.0 RUJUKAN.

Anis Shahirah Zulkifli & Suziyani Mohamed. (2019). Tahap Pengetahuan Guru Dalam
Mengurus Tingkah Laku Murid Berkeperluan Khas (Mbk). Jurnal Wacana Sarjana. Vol. 3(4):
M/S 1-7; E-Issn 2600-9501. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fatimah Salleh & Mustafa Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program
Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal (APJ). E-issn: 2600-8971 Vol. 1, Isu 2
(2018), Pp 243-263. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru
(Pendidikan Inklusif). Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Khas Murid
Berkeperluan Khas. Bahagian Pendidikan Khas. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Putrajaya.

Murnie Hassan. (2013). Perlaksanaan Program Inklusif Bagi Pelajar-Pelajar Pendidikan


Bermasalah Pembelajaran Di Program Intergrasi. Laporan Projek Penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Norliah Amin & Hanafi Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015. Seminar
Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016. National University
of Malaysia. Selangor

Anda mungkin juga menyukai