Anda di halaman 1dari 58

1.

3 PROSES KREATIVITI
1.3.1 Proses dan penghasilan
1.3.2 Pengalaman dan pengujian
1.3.3 Imaginasi berpandu dan kreativiti
1.3.1 PROSES DAN PENGHASILAN
• KREATIVITI ADALAH SATU PROSES DAN BUKANNYA PRODUK
ATAU PERISTIWA.
• KREATIVITI KANAK-KANAK BOLEH DIKEMBANGKAN DENGAN
MENGGALAKKAN MEREKA MENULIS CERITA, BERMAIN MUZIK,
MENJALANKAN UJI KAJI DAN SEBAGAINYA.

• KREATIVITI DIKEMBANGKAN MELALUI APLIKASI SECARA


PRAKTIKAL.
• KANAK-KANAK HARUS DIGALAKKAN MENGALAMI DAN
MENGENALI SECARA UMUM BEBERAPA CIRI PROSES KREATIVITI.
• SALAH SATU MODEL PROSES KREATIVITI YANG PALING AWAL
DIPERKENALKAN OLEH GRAHAM WALLAS PADA TAHUN 1926.

Mengikut Wallas, proses Penyediaan


kreativiti boleh dibahagikan
kepada empat peringkat iaitu,

Illuminasi
Proes Pengeraman
kreativiti

Intimasi
(i) Penyediaan
Pada peringkat ini, minda difokuskan terhadap isu atau masalah
ditangan dan dimensi-dimensi masalah itu di dijelajah. Peringkat
ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina
rangka kasar, draf, soalan atau idea awal.

(ii) Pengeraman
Pada peringkat ini individu mengundurkan diri buat seketika dari
proses tersebut dan membuat perkara-perkara lain lantas
membiarkan idea tersebut mengeram dalam mindanya. Bila
kembali semula kepada idea tersebut kemungkinan besar
terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari, perspektif-
perspektif baru terhadap idea awal tadi.
(iii) Intimasi
Individu kreatif merasakan suatu perasaan breakthrough
dimana dia merasakan dia sedang dalam perjalanan
menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih
berada pada tahap tidak sedar.

(iv) Illuminasi
Individu kreatif dalam keadaan sedar, tiba-tiba mendapat
idea bagaimana meyelesaikan masalah tersebut

(v) Verifikasi
Pada peringkat ini idea tersebut disahkan, dihuraikan dan
diaplikasikan.
Oleh itu, boleh dikatakan model kreativiti Wallas
pada dasarnya percaya bahawa pemikiran
kreatif adalah juga suatu proses bersifat analitiks
yang tidak disedari dan yang tidak boleh
dikawal.
1.3.2 PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

• Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah


mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara
kreatif.
• Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka.
• Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha
meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni.
• Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk meneroka dan bereksperimen.
KAEDAH MENGUJI KREATIVITI
Terdapat 3 kaedah utama untuk menguji kreativiti;

Kaedah
Kaedah psikometrik
Biografi

Kaedah
Historiometrik
(i) Kaedah Psikometrik
• Mengunakan alat perkakas (seperti banci, borang
soal selidik,ujian) dan statistik untuk mengukur
kreativiti secara saintifik.
• Ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga
aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti
dan kognitif
(ii) Kaedah Historiometrik
• Kaedah ini mengunakan maklumat dari dokumen-
dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang di
miliki oleh individu-individu bersejarah yang
berkreatif tinggi dalam pelbagai bidang contohnya
Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat
ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti.
(iii) Kaedah Biografi
Pendekatan biografi lebih kurang sama seperti
kaedah historiometrik dimana dikaji dengan
terperinci ciri-ciri pencipta-pencipta terkenal.
Perbezaannya adalah dari segi kaedah pengukuran
dimana historiometrik mengunakan kaedah
berbentuk saintifik/empirik manakala pendekatan
biografi mengunakan kaedah kes study yang lebih
berbentuk narratif.
1.3.3 Imaginasi
Berpandu dan Kreativiti
Apa itu IMAGINASI Berpandu?
• Menurut Edwards (1990),
- “Guided fantasy provides adults and children
with oppurtunities to create symbols and
images that are flexible and original in
thought. Guided fantasy are fluent and ever
changing. In the process of pretending and
imaging, people can invent and elaborate on
images that are as original and individual to
them as their fingerprints.”
• Imaginasi berpandu merupakan satu
keadaan di mana guru mewujudkan satu
situasi iaitu rangsangan untuk merangsang
kreativiti kanak-kanak.
• Contoh: Guru menyatakan satu tema seperti
kenderaan, kemudian murid dikehendaki
melukis salah satu kenderaan kegemaran
mereka.
Apa itu KREATIVITI?
• Pfeiffer (dalam Goetz, 1981)
- Kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif
yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap
kejayaan yang tinggi dalam bidang berkaitan.
• Torrance (2989)
- Kreativiti sebagai proses menjadi sensitif kepada
masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen,
harmoni dan sebagainya;
- Mengidentifikasi masalah, mencari penyelesaian,
membuat andaian/mencipta hipotesis tentang
kekurangan, menguji hipotesis, cuba mengubahnya,
menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan
dapatan.
Penggunaan
imaginasi

Bernilai
Ciri-ciri Mempunyai
kreativiti tujuan

Bersifat asli
Kreativiti berpandu

Paul E. Plsek
Penghasilan dan penggunaan idea-idea
kreatif berkaitan dengan suatu topik yang
khusus
• Semua orang mempunyai potensi untuk
pemikiran kreatif tetapi ramai yang tidak
tahu menggunakannya secara efektif.
• Salah satu daripada perkara yang dianggap
menyekat penghasilan idea-idea kreatif
adalah ‘pengalaman’.

Sukar membina perspektif-


perspektif baru
• Bila kita bertembung dengan sesuatu situasi, kita
dengan serta-merta cuba memadankan ciri-ciri
situasi itu dengan pengalaman lampau kita yang
menyerupai situasi tersebut tanpa cuba melihatnya
dengan cara yang baru.
• Pemikiran kreatif bermula dari
pemerhatian (observation) dunia ini
dengan terperinci dan menganalisis
bagaimana sesuatu berjaya atau gagal.
• Melalui analisis ini kita menyimpan
sekumpul konsep tentang benda-
benda dan situasi-situasi dalam
ingatan kita. Dengan mengunakan
konsep-konsep ini dan hubungan
diantara mereka, kita menghasilkan
generate idea-idea baru untuk tujuan-
tujuan spesifik.
• Berikutan ini kita mengumpulkan
harvesting dan memperbaiki
enhancement idea-idea bekenaan
serta membuat penilaian evaluation
yang praktikel.
• Akhirnya idea-idea tersebut di
aplikasikan atau digunakan
implemention. Seterusnya, aplikasi ini
menberi kesan kepada dunia yang kita Rajah 1: Model dan kitaran kreativiti
hidup dan kitaran pemerhatian dan berpandu
analysis bermula semula.
1.4 PERANAN GURU DALAM
MENGGALAK KREATIVITI
1.4.1 Matlamat
1.4.2 Strategi Pengajaran
1.4.3 Aspresiasi Seni
• Setiap kanak-kanak sebenarnya berpotensi menjadi
seorang yang kreatif. Guru memainkan peranan
yang penting untuk mencungkil daya kreativiti
tersebut.
Strategi
Pengajaran
Dalam konteks pendidikan:
Strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran
yang telah ditentukan.

Antara strategi pengajaran yang guru gunakan untuk


menggalakkan kreativiti kanak-kanak termasuklah:
i) Berpusatkan Guru
ii) Berpusatkan Murid
Berpusatkan Guru
Menurut Mok Soon Sang(2010), di bawah strategi pemusatan
ini, guru memainkan peranan yang utama di mana gurulah
yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran dan
murid beperanan sebagai penonton.

Kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan


strategi pemusatan guru untuk menggalakkan kreativiti murid
termasuklah
i) Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran kecerdasan
Pelbagai
 Diperkenalkan oleh Howard Gardner
 Terdapat sembilan jenis kecerdasan pelbagai
 Dalam menggalakkan kreativiti kanak-kanak, guru
boleh menerapkan pembelajaran kecerdasan
pelbagai dalam sesuatu pengajarannya.
 Sebagai contohnya, guru mengaplikasikan
kecerdasan kinestetik dalam Matematik iaitu belajar
nombor dengan pegerakan badan ataupun
kecerdasan muzik dalam Matematik.
 Guru juga boleh menggabungkan kecerdasan muzik
dan kinestetik untuk mengajar satu mata pelajaran.
Kecerdasan
Kecerdasan
Spiritual/Eksis
Naturalis
tensial Kecerdasan
Bahasa-Verbal -
Kecerdasan Linguistik
Intrapersonal

9 KECERDASAN Kecerdasan
HOWARD GARDNER Logik-
Kecerdasan
Interpersonal Matematik

Kecerdasan Kecerdasan
Muzik Visual-Ruang
Kecerdasan
Kinestetik
Berpusatkan Murid
Menurut Mok Soon Sang(2010), di bawah strategi berpusatkan
murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran. Dalam strategi ini, murid digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka dan guru hanya sebagai fasilitator.
Berikut merupakan kaedah-kaedah berpusatkan kepada
murid yang dapat meningkatkan kreativiti murid:
i) Inkuiri Penemuan
ii) Projek
iii) Sumbangsaran (Brainstorming)
Inkuiri Penemuan

 Inkuiri Penemuan adalah pembelajaran berasaskan inkuiri


yang berlaku dalam situasi penyelesaian masalah di mana
pelajar menggarap pengetahuan/pengalaman lalu
dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta,
hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru.
(Murid memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian
kepada pemasalahan)
Mengapa inkuiri
penemuan?
 Tidak semata-mata bergantung kepada guru untuk
memperoleh maklumat.
Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah
berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental
atau fizikal.
 Kaedah ini membolehkan murid menggunakan keperluan
ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu.
•Menimbulkan minat dan daya kreativiti -- belajar cara berfikir
dan mencari maklumat – murid sering mengemukakan soalan
‘bagaimana …’ – dapat melatih murid mengemukakan pelbagai
soalan. Kaedah ini mengalakkan murid berfikiran kritis dan
kreatif.
PROSES INKUIRI
SIFAT INGIN TAHU

MEMBUAT
PEMERHATIAN /
MEMAHAMI
CUBA MENCARI
MEMBUAT RAMALAN PENYELESAIAN

HIPOTESIS

KONSEP AWAL
Contoh aktiviti – aktiviti:
Eksperimen Penyelesaian
masalah
Lawatan
Pembinaan
Membuat kolaj model
Projek
 Kaedah projek merupakan penyiasatan
secara mendalam berkaitan dengan
topik dunia sebenar agar dapat menarik
perhatian kanak-kanak terhadap topik.
In sustained projects children participate as
inventors and researchers.
Contoh-contoh projek
Sumbangsaran
(Brainstorming)
Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan
kanak-kanak, kaedah sumbangsaran boleh digunakan dalam proses
pembelajaran.

Apa itu sumbangsaran?


 Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd.
Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed Fauzi Othman
(2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu
pendekatan yang digunakan semasa aktiviti
perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan
seberapa banyak idea dalam masa yang singkat.
 juga dikenal sebagai percambahan fikiran yang
merupakan satu sesi perbincangan
 Kaedah ini dapat menggalakkan kanak-kanak berfikir
secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
Kaedah Pelaksanaan
 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan
dan minat murid
 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan
haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi
umum.
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan
idea.
 Suasana perbincangan berada dalam keadaan
yang tidak formal.
 Cadangan/ Idea yang dikemukakan tidak boleh
dikritik.
John Baer(1997) menggariskan 4 panduan utama semasa
menjalankan sesi sumbangsaran.
Apresiasi Seni
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
Apresiasi
 Pengkitirafan serta penghayatan nilai (sesuatu karya) sastera
atau seni.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan

“logical operation such as defining, valuing and


explaining”

Apresiasi seni adalah suatu proses penghayatan suatu karya seni


yang dihormati dan penghargaan pada karya seni itu sendiri serta
penghargaan pada pembuatnya.
Apresiasi seni visual secara mudah
 memberi pengalaman kepada kanak-kanak
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
Kanak-kanak terlibat dalam kajian
perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.
 Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria
rasa/sentuh dan deria lihat. Karya seni seperti catan,
lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan
binaan disentuh.
 Apresiasi seni secara aktif juga melibatkan
penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan
orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam
konteks ini pengetahuan mengenai seni serta
perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni
yang diperlukan.
Proses
Apresiasi Seni
PROSES APRESIASI SENI

 Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar


pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman
(1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan
intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian
A. MENGGAMBARKAN (Description)
 Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat
tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan
dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan
struktur
 B. MENGANALISA (Analyse)

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-


unsur seni, prinsip dan struktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghuraikan stail sesuatu karya
 C. TAFSIRAN (Interpretation)

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat


tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan
analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna
tersebut.
D. PENILAIAN (Evaluation)
 i. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang
bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
 ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari
segi individu, sosial, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah
serta keseniannya.

Anda mungkin juga menyukai