Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Kami diberi tugasan untuk membuat
persembahan dibawah tajuk Apresiasi Muzik dan Pergerakan.Kami telah menyempurnakan
tugasan yang diberi oleh pensyarah Muzik dengan jayanya walaupun ada beberapa
rintangan.Kurniaan tuhan dapat kami menyiapkan tugsan kami ini dalam masa yang
ditetapkan. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sepenuh
penghargaan kami kepada pensyarah kerana membantu serta tunjuk ajar kepada kami bagi
menyiapkan tugasan kami ini. Pada mulanya, pada tarikh 9 Mac 2015, kami mendengar
penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat tugasan muzik ini dengan
jelas dan padat dari pensyarah Encik Suhaimi ketika di dalam kelas.Setelah mendengar
penerangan tersebut saya dan rakan sekelas mula mencari membuat perbincangan tentang
program ini.
Sebagai permulaan tugasan ini, kami menyediakan takwim bagi program ini untuk
memudahkan pengurusan. Mengikuti takwim, mula-mula kami mengadakan perjumpaan
untuk melantik ahli jawatakuasa bagi program ini melalui undian. Selepas melantik, Bawani
A/P Sapurmaniam dijadikan sebagai pengerusi bagi program ini. Seterusnya pengerusi
meminta pandangan daripada kelas kita bagi memilih tema bagi persembahan muzik
ini.Selepas memilih tema, kita menetapkan tarikh membuat persembahan ini.
Seterusnya kita membuat perbincangan kedua iaitu pada tarikh 11 Mac 2015. Pada
tarikh tersebut kita binacang tentang peralatan yang diperlukan bagi

persembahan ini.

Semasa

untuk

membuat

perbincangan,

saya

memberi

beberapa

idea

membuat

peralatan.Melalui ini saya dapat banyak idea untuk menyediakan bahan bantu mengajar
yang akan praktikum nanti. Seterusnya kami bincang tentang beberapa perkara tentang
cerita. Antarannya watak-watak, unsur pergerakan,lagu, muzik dan sebagainnya.
Seterusnya kita membuat perbincangan ketiga iaitu pada tarikh 31 Mac 2015. Pada
hari ini, Pengarang cerita memilih watak-watak yang sesuai bagi setiap orang. Pengarang
cerita memberitahu watak-watak dan perwatakan yang perlu dilakonkan oleh setiap orang.
Saya dan rakan sekelas memberi beberapa pandangan bagi cerita ini. Selain daripada itu,
ajk peralatan menyediakan senarai semak peralatan dan bendahari pula mengutip wang
dan membeli alatan yang diperlukan bagi persembahan ini.

Tambahan pula, pengerusi dan setiausaha menyiapkan kertas kerja perbincangan.


Semua orang membuat alatan yang digunakan dan berbincang tentang jalan cerita yang
akan dipersembahakan dan pada masa yang sama membuat semakan kertas kerja
bersama dengan pensyarah muzik.
Aktiviti yang seterusnya ialah kami membuat perbincangan bersama pensyarah
muzik kami tentang persiapan yang kita buat sampai sekarang. Pada tarikh 20 April 2015
kami mendengar skrip yang dibaca oleh pengarang cerita dan malakonkan watak masingmasing.

Selain daripada itu, kami bersama-sama membuat persiapan alat bagi

persembahan kami serta membuat papan cerita.


Melalui tugasan ini, saya mendapat beberapa kekuatan dan kelemahan. Pertamanya
dari segi kekuatan apabila menyediakan bahan untuk persenbahan ini saya mendapati
penyediaan bahan media yang menarik untuk P&P dapat menarik perhatian murid dan
murid tidak akan rasa bosan semasa pengajaran guru. Penggunaan media yang sehala iaitu
hanya

memberi

keutamaan

kepada

keperluan

murid

dapat

meningkatkan

rasa

keseronokkan murid dalam pengajaran


Kelemahan yang saya dapati adalah walaupun bekerjasam antara satu sama lain
semasa membuat persiapan namun juga terdapat perselisihan faham antara satu sama
lain.Ini akibat daripada pandangan dan idea yang berbeza. Sehubungan dengan itu, masa
membuat persiapan juga agak rumit.
Pengajaran yang saya dapati melalui tugasan ini adalah

unsur pergerakan

merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam
situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri
sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui
muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik
merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah
kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat
semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
Dengan melaksanakan tugasan ini, saya ada beberapa cadangan terhadap unsur
pergerakan ini. Sebagai bakal guru, kita

perlulah bekerja menuju ke arah keadaan

persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan kebolehan mereka.

Kami perlu

memberi penekanan yang lebih kepada apresiasi muzik dan pergerakan bagi menjadikan
pengajaran dan pembalajaran yang menarik dan memberi keseronokan.

Selain daripada itu, bagi saya tugasan ini memberi suatu pengalaman yang baru
kepada saya. Saya amat gembira bahawa saya dapat menyiapkan kerja yang diberi oleh
pensyarah

walaupun saya menghadapi banyak rintangan. Akhirnya Saya berharap

pensyarah memaafkan saya atas kesilapan yang telah dibuat dalam hasil tugasan pada
kali ini. Secara kesimpulannya, tugasan ini amat mencabar bagi kami.

Anda mungkin juga menyukai