Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS : BUKU LITERASI BAHASA MELAYU

Buku Literasi Bahasa Melayu Edisi Kedua ini dihasilkan berdasarkan kehendak
Jadual 3 kursus Literasi Bahasa Melayu yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini merupakan salah satu kursus wajib
yang perlu diikuti oleh semua pelajar Semester 2. Buku ini dianggap penting kerana
kandungannya meliputi semua tajuk pembelajaran yang diperlukan dan penulis berasa yakin
kehadirannya di pasaran dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan
kursus perguruan terutama dalam menyempurnakan kerja kursus projek dan tutorial yang
diperlukan.

Buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah dan pelajar
universiti yang mengambil jurusan pendidikan peringkat diploma dan ijazah pertama serta
mereka yang berminat untuk mempelajari beberapa teknik baharu membina pelbagai jelnis
bahan pengajaran pemulihan Bahasa Melayu. Isi kandungan buku ini diolah dan
disampaikan menggunakan bahasa yang mudah difahami dengan bantuan gambar dan
bahan grafik yang mesra pengguna. Buku ini juga amat sesuai sebagai sumber rujukan
guru-guru LINUS, Prasekolah, Pemulihan, Pendidikan Khas dan sebagainya.

Kursus Literasi Bahasa Melayu merupakan satu kursus yang penting dan seronok
untuk diikuti. Kandungan kursus adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk melihat
keupayaan seseorang menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi yang merupakan
sebahagian daripada agenda besar kerajaan dalam Hala Tuju Program Tranformasi. Pada
masa yang sama, terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Jika sebelum ini seorang yang buta huruf akan gelap masa depannya
kerana kesukaran memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber yang ada di
persekitarannya tetapi kini masalah tersebut boleh ditangani dengan mengikuti program
literasi dan numerasi. Dengan memiliki buku ini juga akan dapat memberikan panduan dan
idea baharu ke arah penghasilan bahan pengajaran yang terkini, terancang dan sistematik
yang sekali gus menyumbang ke arah menjayakan usahakan kerajaan untuk membasmi
buta huruf.

Anda mungkin juga menyukai