Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS: BUKU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Buku Perkembangan Kanak-kanak, Edisi Ketiga ,ditulis sebagai buku rujukan untuk
para pendidik amnya, dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus Ilmu Pendidikan di
Istitut Pendidikan Guru (IPG) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Buku ini merangkumi tujuh bab, iaitu Fitrah Kejadian Manusia, Perkembangan
Kanak-kanak, Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak dan Teori Perkembangan
yang Berkaitan: Perkembangan Fizikal, Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak
dan Teori Perkembangan yang Berkaitan: Perkembangan Bahasa dan Kognitif, Teori
Perkembangan Sosioemosi, Perkembangan Kendiri: Personaliti dan Konsep Kendiri, serta
Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

Di samping itu, Intisari Sejarah Psikologi Perkembangan diperkenalkan sebagai


Pengenalan adalah bertujuan membolehkan para pembaca buku ini menghayati intisari teori
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepintas lalu, demi menjadi rujukan asas
memahami kandungan buku dengan lebih mendalam.

Di bahagian akhir setiap bab , beberapa soalan objektif aneka pilihan, soalan
berstruktur dan soalan esei disediakan sebagai latihan pengukuhan dan penilaian kendiri.
Maka, buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajian professional untuk para guru
pelatih yang sedang mengikuti Progra Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi
Pendidikan Guru Malaysia, dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus pengajian
pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam, termasuk para pendidik dan sekolah amnya.

Semoga bahan-bahan rujukan yang terkandung dalam buku ini dapat memenuhi
harapan para pembaca secara optimum serta memberi manfaat dan sumbangan kepada
pendidikan, masyarakat dan negara. Selain berfungsi sebagai bacaan utama, buku
Perkembangan Kanak-kanak ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah,
guru-guru dalam perkhidmatan dan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain.

Anda mungkin juga menyukai