Anda di halaman 1dari 3

RPH PM TAHUN 1-Hemah Tinggi (Saya Sentiasa Bersopan)

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1


Tahun: 1 Harmoni & 1 Murni (13 orang)
Hari: Selasa
Tarikh: 22 Jun 2011
Masa : 60 minit
Tajuk : Saya Sentiasa bersopan
Nilai : Hemah Tinggi (Unit 5)
Standard Kandungan : 5.1 Menunjukkan adab dalam tutur kata dan tingkah laku
Standard Pembelajaran : 5.1.1 mengenal pasti tutur kata dan tingkah laku yang
bersopan.
5.1.2 Menyedari kesan tutur kata dan tingkah laku
yang
bersopan
Nilai Tambahan : Kreatif dan inovatif/Keusahawanan
Bahan Bantu Mengajar : Rakaman perbualan, Kad dialog, kad imbasan
Aktiviti :
Set Induksi (5 Minit)
1.

Murid mendengar rakaman perbualan bertatasusila.

2.

Guru bersoaljawab dengan murid tentang rakaman yang diperdengarkan.


Langkah 1 (10 Minit)

1.

Guru membimbing murid membaca dialog dalam buku teks.

2.

Beberapa orang murid melakonkan situasi dalam buku teks.


Langkah 2 (10 Minit)

1.

Guru mempamerkan dialog atas papantulis.

2.

Murid menyatakan tuturkata/ucapan bersopan dalam dialog.


Langkah 3 (20 Minit)

1.

Dalam kumpulan kecil, guru memberikan kad imbasan pelbagai tingkah laku sopan.

2.

Murid memberi kata-kata balas berdasarkan situasi yang diberi. Contohnya, situasi seorang
murid berjumpa dengan kawannya pada waktu pagi di kawasan sekolah. Ucapan balas
adalah seperti berikut.
Mei Ling : Selamat pagi, Ali.

Ali

: Selamat pagi, Mei Ling.

Langkah 4 (10 Minit)


Guru membimbing murid menyatakan kebaikan dan keburukan jika berkelakuan hemah/
tidak hemah.
Penutup(5 Minit)
1.

Guru membimbing murid menyimpulkan tentang pelajaran hari itu.

Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran berkesan. Murid-murid telah melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan aktif. Standard pembelajaran tercapai 100%.
Kekuatan:
Saya berpuashati dengan p&p hari ini. Penyampaikan pengajaran baik. Penglibatan murid
sangat memuaskan. Murid sangat seronok semasa melakonkan situasi dalam buku teks.
Mereka berebut-rebut hendak berlakon. Semua murid boleh mengenal pasti tutur kata dan
tingkah laku yang bersopan. Mereka juga menyedari dan boleh menyatakan kesan tutur
kata dan tingkah laku yang bersopan.
Kelemahan:
Saya telah memilih untuk mengunakan rakaman perbualan sebab ingin mengelak dari
membuang masa untuk set up LCD projector dan komputer.Walaupun murid seronok
mendengar rakaman perbualan bertatasusila, saya berpendapat set induksi akan lebih
menarik lagi sekiranya rakaman perbualan telah ditukarkan dengan video klip perbualan
bertatasusila. Ini kerana murid-murid bukan saja teransang melalui deria pendengaran
tetapi deria penglihatan. Mereka boleh melihat body language ketika berlaku sopan.
Pemanbahbaikan:
Untuk

masa hadapan, saya akan berusaha untuk mengunakan pendekatan yang

melibatkan pelbagai deria. Kalau perlu saya akan membuang sedikit masa untuk set up

LCD dan

Komputer demi untuk kebaikan murid-murid.

Selain itu, saya boleh

menggunakan komputer empat belas inchi sebab bilangan murid hanya 13 orang sahaja.

Anda mungkin juga menyukai