Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke-2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 31.7.2016 - 4.7. 2016

Tajuk Jurnal : Pengurusan Bilik Darjah

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang saya kenal pasti pada minggu ini ialah saya menghadapi sedikit
masalah dalam mengawal pelajar semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Hal ini
menyebabkan saya membazirkan masa saya dalam mengawal pelajar dan akhirnya
tidak dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan dalam fasa penutup.

2. Analisis
Saya mendapati bahawa kerja kumpulan yang melibatkan pertandingan antara
kumpulan menyebabkan mereka ‘over excited’ sehingga saya tidak dapat mengawal
disiplin pelajar. Mereka selalu bercakap antara satu sama lain tentang kerja kumpulan
dan tidak mendengar arahan saya dengan betul. Ini menyebabkan mereka tidak
mengetahui apa yang harus dibuat apabila kerja kumpulan telahpun dimulakan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya harus menyatakan kesemua arahan yang harus diberi untuk menjalankan kerja
kumpulan sebelum saya memecahkan mereka kepada kumpulan. Dengan ini saya dapat
memastikan bahawa semua pelajar dengar pada arahan dan penjelasan saya. Selepas
kesemua arahan diberitahu kepada pelajar barulah saya harus memecahkan mereka
dalam kumpulan dan terus memulakan pertandingan antara kumpulan.

Di samping itu, saya juga bercadang untuk merancangan permainan ‘station game’
sebagai permainan kecil dimana pelajar dapat membaca arahan dengan sendiri dan
melakukan aktiviti dengan sendiri tanpa diarah oleh guru.

Selain itu, guru juga tidak perlu banyak bercakap untuk memberi penjelasan dimana
ini akan menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak memberi perhatian.
4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan
Saya harus membetulkan masalah ini pada pengajaran akan datang. Jika masalah
ini berterusan, hasil pembelajaran tidak dapat dicapai pada pengajaran-pengajaran akan
datang.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :…………………………… Tandatangan :……………………………


Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai