Anda di halaman 1dari 8

Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

i. Peranan keluarga dalam memastikan kesinambungan dan keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Peranan keluarga adalah sangat penting untuk dalam memastikan kesinambungan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Peranan yang utama adalah ibu
bapa dikehendaki melibatkan diri dalam pendidikan secara tidak langsung. Ini akan
memberikan kesan yang positif terhadap pekembangan anak-anak antaranya sikap
bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku
yang lebih baik dan seimbang.

Ibu bapa adalah sekolah utama dan pertama dalam pendidikan kanak-kanak. Dalam
konteks prasekolah , guu dan ibu bapa adalah rakan. Kajian di dalam dan di luar Negara
menunjukkan bahawa faktor pesekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif
mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa
yang mempengaruhi penyesuaian kanak-kanak di bilik darjah prasekolah.

Terdapat beberapa peranan keluarga dalam memastikan kesinambungan dan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Ia adalah seperti berikut.

Pertama adalah dari segi bahan pembelajaran. Ibu bapa boleh membantu kanak-kanak
mendapatkan buku yang sesuai, menyediakan bahan bantu belajar elektronik seperti CD
pendidikan. Ini akan memberi keberkesanan terhadap pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah. Peranan kedua ialah ibu bapa dikehendaki menyediakan alat tulis yang sesuai
untuk kanak-kanak. Sebilangan besar juga peka terhadap keperluan ruang dan kemudahan
lain untuk anak-anak mreka belajar.

Peranan seterusnya ibu bapa perlu menyemak kerja rumah anak-anak mereka. Ini akan
membantu untuk anak mereka menyiapkan tugasan sekolah. Peranan inu bapa sebagai ibu
bapa sebagai pembantu guru bolehlah dimulakan di peringkat yang mereka sendiri rasa
selesa.Sebagai pengajar pula ibu bapa boleh memainkan peranan sebagai pembantu
guru.Antaranya boleh menjalankan tugas-tugas sebagai pembantu guru, membuat peralatan
mengatur sudut-sudut dan menguruskan aktiviti dan menjaga beberapa orang kanak-kanak
pada sesuatu waktu yang tertentu.Selain itu, ibu bapa dibantu menggunakan semua bahan
buangan yang terdapat di rumah mereka sebagai alat yang berguna untuk anak-anak
mereka.

( sumber : Halimah Abdul Rahman Kamariah Ibrahim ( 1993 ).Pengurusan Pengelolaan

Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd )

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

ii. Bentuk komunikasi yang berkesan antara prasekolah dengan keluarga dan komuniti ,
serta halangan komunikasi yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Komunikasi dengan baik adalah faktor utama dalam menjalin hubungan diantara
guru dan keluarga. Komunikasi di kedua-dua pihak adalah amat penting.Tetaapi
berkomunikasi secara berkean dengan guru yang sibuk, yang munkin mempunyai bilangan
murid yang ramai di dla kelas adalah agak mencabar.Guru pelu berfikir cara mewujudkan
hubungan dengan seseorang yang anda hanya boleh melihat beberapa kali sahaja dalam
setahun. Komunikasi yang berkesan boleh memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa serta
mencabar. Terdapat 3 bentuk komunikasi dapat dijalankan diantara guru dan keluarga murid
adalah seperti berikut;

a. Bersemuka
Melalui cara bersemuka ibubapa akan berbincang secara langsungdengan guru
untuk membincangkan masalah anak mereka.Pertemuan ini akan dapat
membantu guru mengenali dan memahami murid tersebut dengan lebih
baik.Pertemuan ini biasanya diadakan di prasekolah. iNi secara tidak langsung
mengeratkan lagi hubungan murid dengan ibubapa mereka.

b. Bertulis
Surat adalah salah satu cara guru untuk berkomunikasi dengan ibubapa atau
keluarga murid. Kadang-kala terdapat maklumat yang ingin di sampaikan, guru
boleh engirimkan surat melalui anak mereka.Bagi aktiviti tetent, surat amat perlu
untuk memohon kebenaran daripada waris atau penjaga murid contohnya bagi
mengadakan lawatan di luar kawasan sekolah.

Surat ini boleh dijadikan suatu dokumen sokongan sekiranya berlaku


kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini.
Terdapat tiga jenis surat yang perlu diketahui iaitu
a. Surat makluman
–memberitahu tentang cuti sekolah, peristiwa, maklumat lawatan atau hari
sukan. Sebagai contohnya program seperti lawatan perlu disertai dengan
surat kebenaran waris untuk mengelakkan sesuatu perkara tidak diingini.
b. Surat panggilan
-Surat panggilan untuk menjemput ibubapa hadir mesyuarat prasekolah
sebaik-baiknya dihantar sebulan minggu lebih awal.

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

c. Surat jemputan

Menjemput ibubapa hadir ke sesuatu majlis-lampirkan boring hadir atau tidak


untuk memudahkan urusan.

Guru dapat berkomunikasi dengan keluarga melalui penggunaan peralatan teknologi seperti
:

c. Teknologi
a. Laman Web
Berita , peristiwa atau laporan bagi aktiviti yang dijalankan di prasekolah
boleh disampaikan dengan menggunakan majalah atau dokumentasi.Senarai
nama Ahli jawatankuasa atau maklumat berkaiatan ibubapa turut
disertakan.Semua maklumat ini boleh disampai melalui laman web yang
boleh dimuat turun oleh ibubapa dan keluarga murid.

b. E-mail
Guru perlu menyimpan semua senarai nama berserta dengan alamat e-mail
ibubapa dan penjaga murid.Ini adalah perlu untuk memudahkan guru
menyampaikan sebarang maklumat melalui e-mail kepada ibubapa.

c. Telefon dan Pesanan ringkas ( SMS )


Maklumat boleh disampaikan dengan mudah melalui penggunaan telefon dan
juga melalui pesanan ringkas ( SMS ) kepada penjaga dan
ibubapa.Penggunaan telefon adalah salah satu cara untuk menyampaiakan
maklumat scara yang paling pantas kepada ibubapa.

d. Buletin
Buletin boleh disediakan secara bulanan atau tahunan.Segala aktiviti boleh
didokumentasikan untuk dibaca oleh murid dan keluarga di rumah.Gamabr-
gambar aktiviti boleh dirakamkan dan disimpan untuk kenang-
kenangan.Selain daripada dihantar kepada ibubapa, aia juga boleh
ditampalkan di papan kenyataan di luar bilik darjah prasekolah.Maklmuat ini
boleh dilihat oleh ibubapa melalui laman web atau blog prasekolah atau
dicetak untuk perhatian ibubapa dan murid.

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

Halangan komunikasi yang dihadapi oleh pihak sekolah

Dalam proses komunikasi, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang


menyebabkan penyampaian maklumat daripada pengantar kepada penerima berbeza dan
ini mengakibatkan berlakunya salah faham antara satu sama lain. Banyak faktor halangan
yang menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak berkesan.

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi


tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza-beza, maklumat
yang tidak mencukupi atau lengkap, semantic iaitu perkataan yang berlapis atau berbagai
makna(selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak
sesuai seperti bising dan sebagainya, tidak fokus serta leka memikirkan sesuatu yang lain,
sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku
(trauma),kurang minat dan prasangka dan kebisingan atau ganguan ialah keadaan atau
situasi penyampaian mesej dari pemberi mesejkepada penerima mesej.

Tambahan pula, halangan berkaitan dengan bahasa iaitu satu perkataan kadangkala
mempunyai banyak makna.Satu perkataan yang sama boleh mempunyai banyak makan
yang berlainan kepada individu yang berlainan.

Halangan fizikal

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.
Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar
belakang, pemahaman, pengalaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan
halangan yang sangat ketara dalam proses komunikasi. Terdapat sesetengah ibu bapa
yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah
lembut. Maka ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila guru dan ibu bapa
berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang berkemahiran untuk berkomunikasi sejak
kecil.

Halangan Bahasa

Bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang
kurang jelas, tahap bahasa yang berbeza-beza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan
sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan
bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami
juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain mengikut
interpretasi masing-masing.

Halangan Alam Sekitar

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan
mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang
tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas
dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir. Proses komunikasi sering
terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana
alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang
menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

Selain itu, halangan sosiologikal juga menjadi salah satu halangan


komunikasi.Halangan ini berkaitan social seperti budaya, perbezaan umur,taraf hidup dan
latar belakang kehidupan sesorang.Contohnnya perkataan ‘ aku ‘ mungkin digunakan ketika
bercakap dengan ibu bapa bapa mungkin diterima oleh sesetengah orang atau tempat tetapi
tidak diterma oleh orang lain.

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

iii. Impak penglibatan keluarga kepada murid prasekolah, ibu bapa dan guru

a. Murid prasekolah

 Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai
guru.
 Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan
dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada
pelbagai pekerjaan.
 Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan
aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah
kecil.

b. Kebaikan Kepada Ibu bapa

 Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah.


 Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah
laku anak-anak.
 Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak
mereka selama berada di sekolah.
 Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak.
 Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan.
 Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.
 Ibu bapa juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

c. Kebaikan Kepada Guru

 Guru mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa
apabila hendak menjalankan aktiviti.
 Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan
kanak-kanak.
 Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah.
 Guru dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interksi dengan ibu baa
yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan.
 Guru dapat sokongan dalam setiap aktiviti yag dijlankan terutama yang melibatkan
tenaga dan bantuan kewangan.

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

RUJUKAN

1. https://www.scribd.com/doc/45255895/Penglibatan-Keluarga-dalam-Pendidikan-
Prasekolah

2. http://www.slideshare.net/ShanShanHon/penglibatan-keluarga-dalam-pendidikan-
prasekolah

3. https://generasiglobal.wordpress.com/2011/12/29/penglibatan-ibu-bapa-dalam-
pendidikan-awal-anak/

4. Rohaty Mohd.Majzub Abu Bakar Nordin ( 1991 ) Pendidikan Prasekolah. Petaling

Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

5. Halimah Abdul Rahman Kamariah Ibrahim ( 1993 ).Pengurusan Pengelolaan

Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd )

6. Prof.Madya Dr.Rohaini Abdullah Nani Menon & Mohd.Sharani Ahmad

(2007).Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur. PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd.

PRA3123
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah ( Vimala a/p Supamainam ) 2016

PRA3123

Anda mungkin juga menyukai