Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal : Ke-10

Minggu Praktikum : 10

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 4.9.2016 - 8.9.2016

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Bersikap Malas

1. Masalah / Peristiwa

Masalah yang saya kenal pasti pada minggu ini ialah murid-murid dalam kelas ini
menunjukkan sikap malas dan ini adalah berkaitrapat dengan hal disiplin.Apabila guru
meminta murid untuk menyiapkan kerja sekolah dan meminta mereka untuk terus
menghantar sebelum tamat waktu pengajaran dan pembelajaran kerja sekolah yang
guru beri.

2. Analisis

Masalah timbul mugnkin kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa
membuat kolaj di dalam kelas iaitu dengan menggunting kertas yang telah diberikan oleh
guru bukan sahaja tidak mengikut teknik dengan betul malah menunjukkan bahawa
murid bersikap malas.Ini kerana tidak berminat untuk meneroka teknik , kuran yakin dan
menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Dalam mengatasi masalah murid saya perlu berbincang dengan guru pembimbing
.Bertanyakan tips cara –cara untuk memilih aktiviti bersesuaian pada tahap pengetahuan
sedia ada pada murid. Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai
dalam penghasilan karya, saya akan turut memantau bagi membantu murid
menghasilkan teknik dengan betul.Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya lebih menarik untuk
memperkenalkan satu-satu aktiviti ( teknik) dari rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa

4.9.2016 – 8.9.2016
4. Tindakan Susulan

Guru merancang aktiviti yang menjana dan mempertingkatkan pengetahuan sedia ada
murid. Selain itu, guru menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang dapat menjawab
soalan yang ditanya oleh guru.Ini dapat menanam sikap motivasi dalam diri mereka untuk
meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Selain itu, semasa membuat rancangan
persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai,
yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan
aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang
telah diperutukkan.

Dalam hal ini juga, perlu banyak bersabar dan terus memberi bimbingan kepada murid
berkenaan. Tambahan pula, mengamalkan sikap yang lebih tegas dalam mengurus pelajar
dalam kelas. Sikap ini memberi gambaran kepada pelajar tentang kepentingan mematuhi
dan mengikuti arahan guru. Strategi yang dicadangkan juga melibatkan sebahagian
besar guru yang perlumemainkan peranan.

5. Kesimpulan

Murid-murid akan berusaha untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada untuk


menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan. Secara individu, murid-
murid mempunyai motivasi untuk bersikap positif kerana murid-murid akan mendapat
ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri murid-murid lain untuk mendapatkan
ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka yang memperolehnya. Keadaan
ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di mana peneguhan positif
(pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian
pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru.
Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :…………………………… Tandatangan :……………………………


Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai