Anda di halaman 1dari 7

Refleksi

Terima kasih pensyarah yang banyak memberi panduan kepada saya sepanjang
menyediakan tugasan ini. Beliau memberi penerangan yang cukup baik kepada kami untuk
membuat tugasan dengan sempurna. Beliau juga memotivasikan kami untuk menghadapi
pelbagai cabaran yang menghadapi semasa membuat tugasan PJ. Tidak lupa juga rakan
sekelas saya yang sanggup berkongsi maklumat dengan saya. Saya juga bertanya tentang
sebarang persoalan yang mengelirukan saya. Tanpa berasa sebarang keberatan mereka
sanggup menolong saya untuk menghabiskan tugasan ini.
Sebelum penyediaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) saya
menghadapai masalah dalam mencari dan memilih tajuk yang sesuai untuk menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi murid-murid di mana saya telah diberikan satu
format yang telah ditetapkan iaitu penyediaan RPH KSSR Tahun 2 dan RPH KBSR Tahun 4.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini saya telah berusaha dengan usaha saya sendiri
mencari dan mengakses maklumat yang berkaitan melalui laman web Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan (KBSR) yang telah disediakan khusus untuk murid-murid
sekolah rendah. Hasilnya, saya berjaya mendapatkan bahan-bahan atau dokumendokumen yang diperlukan bagi penyediaan RPH ini. Melalui dokumen standard dan modul
pengajaran yang telah saya perolehi saya memilih dan menentukan tajuk yang bersesuaian
dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan dokumen tersebut.
Kesimpulannya, dokumen-dokumen dan modul ini telah membantu saya dalam merancang
sekaligus berjaya menyediakan RPH yang lengkap berpandukan dokumen dan modul yang
diperolehi itu.
Setelah menyediakan RPH yang lengkap saya melakukan amali PJ yang dipantau
oleh pensyarah saya. Walaupun RPH yang saya buat mengandungi beberapa kesalahan
pensyarah saya tegur dengan cara yang baik. Saya juga berbincang bersama kawan-kawan
saya tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid. Kesimpulannya,
adalah menjadi harapan saya agar setiap kekuatan, kelemahan dan cadangan
penambahbaikan yang dinyatakan mampu membantu meningkatkan kompetensi saya
sebagai seorang bakal guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dengan lebih baik dan
mampu mengajar dan mendidik murid-murid agar tidak ketinggalan atau tersisih daripada
menguasai kemahiran-kemahiran yang patut mereka kuasai untuk menjadikan mereka
sebagai insan yang mampu berdikari.
Akhirnya saya dapat menghabiskan kerja kursus dengan berjaya. Sekian terima
kasih.

KERTAS
SOALAN

TUGASAN
1
(RPH KBSR)

TUGASAN
1
(RPH KSSR)

REFLEKSI

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai