Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS : BUKU BAHASA MELAYU I

Buku Bahasa Melayu I Edisi Kedua ini direka bentuk berdasarkan Sukatan Pelajaran
terkini kursus Bahasa Melayu I bagi program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini dianggap penting
kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran bagi Semester 1, 2 dan 3 yang terdapat dalam
sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini dapat membantu para pelajar bagi memenuhi
kehendak dan keperluan kursus perguruan dalam pengajian bahasa Melayu.

Buku ini masih mengekalkan 8 bab sebagaimana edisi pertama dahulu namun
kandungannya dikemas kini dengan penambahan nota dan grafik yang dapat membantu
pelajar membuat ulang kaji. Selain itu, buku edisi kedua ini juga mengandungi Soalan
Tutorial dan Contoh Soalan Peperiksaan yang terkini dan baharu berserta disisipkan satu
set Model Soalan Peperiksaan yang mirip kertas peperiksaan sebenar sebagai panduan
kepada pensyarah untuk menyediakan soalan bagi menguji pemahaman pelajar.
Keupayaan buku ini dalam memperlihatkan fakta terkini dan membicarakan aspek berkaitan
dengan jelas dan mudah difahami, dipercayai dapat membantu guru dan bakal guru
mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai