Anda di halaman 1dari 4

SK TAMAN SG BESI INDAH

MATLAMAT PENGAJARAN / KEPIMPINAN MASA


HADAPAN
Sebenarnya tidak banyak guru yang mengambil berat tentang pentingnya
objektif pengajaran, ketika mereka mengajar. Hal ini dikatakan demikian mungkin
kerana guru tidak pernah menyedari bahawa objektif pengajaran itu merupakan
pernyataan penting bagi mengenali perubahan yang diharapkan dalam
pemikiran, tindakan atau perasaan murid, hasil daripada sesuatu kelangsungan
proses pembelajaran di bilik darjah, yang juga akan menerangkan perkara yang
dapat murid lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran.
Tegasnya, objektif pengajaran ialah pernyataan yang menjelaskan hasil
atau produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai murid pada akhir unit
sesuatu pelajaran dan dapat pula diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai
bukti bahawa objektif pembelajaran berlaku kepada murid.
Kegagalan memahami betapa pentingnya sumbangan objektif dalam
pengajaran telah menjadikan kebanyakan guru bahasa Melayu:

Gagal mengenal pasti topik yang hendak diajarkan dan yang akan
memandu mereka membuat pemilihan kaedah atau strategi pengajaranpembelajaran termasuk jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai

digunakan.
Gagal menilai

pelaksanaan

rancangan

pengajaran dan pencapaian murid.

pengajaran,

keberkesanan

Gagal melaksanakan pengajaran pemulihan atau pengayaan kepada

murid yang memerlukannya.


Gagal menyedarkan murid tentang perkara atau objektif yang diharapkan
untuk dicapai pada akhir pembelajaran, bagi memastikan mereka lebih
peka dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu di luar bilik
darjah.
Hasilnya, terjadilah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang

tidak lebih daripada satu proses memberikan ilmu secara melepaskan batuk di
tangga sahaja. Kita tidak perlu hairan jikalau selepas 55 tahun negara kita
merdeka, masih banyak murid yang tidak mampu untuk menguasai bahasa
Melayu dengan betul.
Sepatutnya setiap guru Bahasa Melayu yang bertanggungjawab harus
rasa bimbang dengan sikap acuh tidak acuh mereka selama ini terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di bilik darjah kerana kerja
sebegini akan terus merencatkan strategi Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah. Sudah sampai masanya
guru bahasa Melayu merencanakan sendiri usaha memartabatkan bahasa
kebangsaan ini dengan lebih cekap, ketika KPM sudah pun merangka strategi
dalam melaksanakan langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Antara langkah tersebut termasuklah:
Penambahan bilangan guru bahasa Inggeris sebanyak 13 933 orang
untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Ini
termasuklah 1000 orang guru dari luar negara, 600 orang guru bersara dan 12
333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk
mendapatkan guru terbaik. KPM juga akan menyediakan guru penolong bahasa
Inggeris gred DG 41 untuk kelas yang melebihi 35 orang murid tahun satu dan
tahun dua.
Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi sekolah
kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330
minit seminggu. Bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit
menjadi 300 minit seminggu.
Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina atau Tamil, Tahap I ditambah 100 peratus, iaitu daripada 60
minit menjadi 120 minit seminggu. Bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit
daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi tingkatan satu
hingga tingkatan enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi
280 minit seminggu.
Peruntukan waktu bagi Malaysian University English Test (MUET) untuk
murid tingkatan enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi
400 minit seminggu.
Peruntukan waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi program
matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam
seminggu.
Program

Sastera

Kontemporari

Kanak-kanak

Bahasa

Inggeris

diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat


membaca mereka di samping memperkenalkan unsur sastera.

Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah untuk memudahkan


murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
Teknologi

maklumat

akan

dimanfaatkan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang


sesuai.
Pelajaran tatabahasa bahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Pendedahan istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen
sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris

Anda mungkin juga menyukai