Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA

PELAJARAN SEKOLAH MENENGAH


1. Guru Kanan Mata pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab dan memainkan peranan positif berkaitan
dengan semua jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.
2. Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Guru Kanan Mata pelajaran wajib
memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai
melalui KBSM.
3. Guru Kanan Mata pelajaran bertanggungjawab mempertingkat prestasi pengajaran
guru dan pemelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang
secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pemelajaran di
dalam sistem pendidikan sekolahnya berjalan lancar.
4. Mata pelajaran di bawah kelolaan guru kanan mata pelajaran adalah seperti berikut:-

Mata pelajaran Dalam Bidang Bahasa

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

Mata pelajaran Dalam Bidang Kemanusiaan

Geografi
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata pelajaran Dalam Bidang Sains

Fizik
Kimia
Biologi
Sains
Matematik
Matematik Tambahan

Mata pelajaran Dalam Bidang Vokasional dan Teknik

Kemahiran Hidup Bersepadu


Ekonomi Rumahtangga
Perniagaan
Prinsip Akaun
BIDANG TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

1. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang


berkaitan dengan bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
5. Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal-hal yang berkaitan
dengan bidangnya, seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan
mengajar guru-guru pelatih maktab dan universiti dan seumpamanya.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidangnya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

KURIKULUM

a. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Tahunan dan Harian


dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
b. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata
pelajaran di bawah kawalannya.
c. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pemelajaran.
d. Menentukan bahan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan
berkesan.
e. Membantu serta membimbing guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang
baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
f. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya.
g. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengayaan.
h. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang
dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
i. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan
lain-lain bahan sumber pendidikan.
j. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah lain-lain jawatankuasa yang
diarahkan oleh Pengetua.
k. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah
dalam konteks perkembangan staf.
l. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai pengkaedahan
dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru-guru.
m. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum.
n. Mengenalpasti masalah-masalah kelemahan pelajar serta masalah displin dan
mencari langkah-langkah mengatasinya
KOKURIKULUM

a. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang bersifat


akademik berkaitan dengan bidangnya.
b. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan
dengan bidangnya.

PENTADBIRAN

a. Membantu menentukan serta mengagihkan tuags-tugas guru matapelajaran di bawah


bidang dan kawalannya.
b. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru.
c. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala
jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
d. Membantu merancang Takwim sekolah.
e. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dn kawalannya.
f. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
g. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
h. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya.
i. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di bilik-
bilik darjah dan di sekolah.
j. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah
dan menjaga keceriannya.

TUGAS-TUGAS LAIN

a. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian dan
Pusat Sumber Pendidikan Negeri mengenai apa jua maklumat dan bantuan yang boleh
didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru.
b. Berhubung dengan Guru Kanan Mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan
dan pengetahuan.
c. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua
mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
d. Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan
sekolah.
e. Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan pusat sumber.
f. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari semasa
ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai