Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM JANGKA PENDEK MENGHADAPI UPSR

NAMA PROGRAM: KELAS BIMBINGAN


MATLAMAT PROGRAM:
Membantu mempertingkatkan prestasi pelajar dalam penguasaan kemahirankemahiran (kemahiran membaca dan menulis khususnya) dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan seterusnya dapat mengekalkan peningkatan kecemerlangan
prestasi UPSR Bahasa Inggeris sekolah ini.
OBJEKTIF/ RASIONAL:
1.Melahirkan pelajar yang boleh menguasai kemahiran perlu dan tambahan selain
memperolehinya dalam situasi P & P harian.
2.Mengulangkaji kemahiran-kemahiran dalam Tahun 4 dan 5 yang tidak dapat
dijalankan dalam pembelajaran harian khususnya kepada Tahun 6.
3. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang dapat membantu
pembelajaran
mereka bagi mempersiapkan diri pelajar sebelum menghadapi peperiksaan sebenar
UPSR.
4. Memberi latihan dan mendedahkan pelajar dengan format soalan Bahasa Inggeris
UPSR.
5. Menaikkan semangat, keyakinan dan motivasi pelajar untuk menghadapi UPSR.
KUMPULAN SASARAN:
Semua pelajar Tahun 6 (30 orang)
TEMPOH MASA/HARI/TEMPAT:
Setiap Sabtu. Masa yang diperuntukkan ialah 5 jam. Kelas bermula pada 08.00 pagi
dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Kelas ini bermula pada Febuari dan
berakhir pada awal September.
GURU TERLIBAT:
Pn. Sandra Dewi (Guru Bahasa Inggeris Tahun 6)
PENGOPERASIAN:
Tumpuan utama ialah kemahiran menulis atau menjawab kertas 2. Pelajar
dikumpulkan dalam satu kelas seperti kelas harian. Walaubagaimanapun, pelajar
akan diagihkan mengikut keupayaan pembelajaran mereka. Lembaran kerja akan

diberikan. Guru akan mengajar dan membimbing pelajar (secara berkumpulan dan
tumpuan khas diberikan kepada pelajar lemah dan near miss lulus) agar faham dan
mampu menjawab setiap seksyen dengan berkualiti atau sekurang kurangnya
jawapan yang boleh diberikan markah yang memuaskan. Bagi pelajar near miss
cemerlang, pengayaan akan diberikan dalam bentuk contoh ayat dan motivasi agar
pelajar lebih kreatif menulis. Di akhir kelas, guru dan pelajar bersama sama
membuat latihan error identification berdasarkan hasil kerja mereka.
PEMANTAUAN
Pemantauan dijalankan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan. Pemantauan akan
dijalankan dalam 2 cara iaitu:
1. Masuk memantau ke dalam kelas bimbingan
2. Menyemak dan menandatangan buku kehadiran guru dan pelajar
PENILAIAN:
GURU
Program ini akan dijadikan sebagai penilaian prestasi guru dalam penilaian prestasi
tahunan.
PELAJAR
Ujian bersiri. Hasil penilaian akan direkodkan untuk mengukur pencapaian PKBS dan
UPSR.
Disediakan oleh:
.............................................
SANDRA DEWI
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Anda mungkin juga menyukai