Anda di halaman 1dari 7

SENARAI TUGAS HARIAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BIDANG TUGAS

 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
 Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah

SENARAI TUGAS (KOKURIKULUM)

BIDANG PERSATUAN / KELAB

 Merancang kegiatan persatuan dan kelab


 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

UNIT BERUNIFORM

 Merancang kegiatan persatuan dan kelab


 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

SUKAN DAN PERMAINAN

 Merancang kegiatan persatuan dan kelab


 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
 Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

SENARAI TUGAS (PENTADBIRAN)

 Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian
seragam
 Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
 Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
 Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
 Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang
melibatkan kokurikulum
 Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah
 Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk
meningkatkan tahap pencapaian
 Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
 Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran
Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
 Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum
 Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta
merancang latihan untuk mereka
 Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang layak dituntut
 Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah (jika
perlu)

SENARAI TUGAS (TUGAS-TUGAS LAIN)


 Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
 Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT KURIKULUM, HEM DAN


KOKURIKULUM
PANDUAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KURIKULUM

1. TUGAS –TUGAS AKADEMIK


 Sebagai seorang pegawai profesional, guru-guru adalah diharapkan untuk menunjukkan sikap profesional
dan budaya kerja yang tinggi serta bermutu.
 Dasar-dasar berikut perlu dipatuhi:
 Kerja rumah hendaklah diberikan kepada murid berdasarkan garis-garis panduan yang telah ditetapkan oleh
ketua Jabatan dan Guru Kanan masing-masing.
 Kerja rumah yang diberikan kepada murid hendaklah disemak dengan teliti.
 Penyelaras Kurikulum adalah diberi kuasa untuk mennyemak dan menentukan buku rampaian, buku kerja
dan lain-lain disemak dengan teliti.
 Pemeriksaan buku seperti di atas tidak dibenarkan dibuat semasa mengajar di dalam kelas, melainkan guru
berkenaan mengawasi kerja murid di meja murid.
 Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti seboleh-bolehnya hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran
yang difikirkan perlu. Tugas ini adalah tugas rasmi guru-guru.
 Menghadiri kursus yang berkaitan dalam panitia.

2. BUKU REKOD PERSEDIAAAN MENGAJAR


 Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan dengan pengisian Buku
Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dipatuhi.
 Perkara berikut mesti terkandung dalam buku rekod:
a. Salinan Jadual Waktu Persendirian serta analisanya sekali.
b. Salinan Sukatan Pelajaran dan HSP.
c. Rancangan Pelajaran Harian mengikut minggu/bulan.
d. Salinan Kertas Soalan, Peperiksaan/Ujian
e. Keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar
f. Penulisan mengikut format semasa.

3. HUBUNGAN GURU – MURID


 Sebagai pendidik, guru diperlukan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya dan cuba
memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridnya.
 Disiplin murid adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Segala pelanggaran disiplin hendaklah diambil
tindakan segera oleh guru yang menghadapai masalah tersebut.
 Pelanggaran disiplin yang serius seperti surat pekeliling KP. 8553/Vol. 2/(55)bertarikh 04/11/1975
hendaklah dirujuk kepada guru disiplin / Guru Besar.
 Guru-guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin murid-muridnya dan sentiasa
mengawasi supaya tidak ada murid yang ponteng dari kelasnya dan semua murid dalam keadaan bersedia
untuk belajar sepanjang proses PDPC.
 Guru hendaklah menunjukkan teladan dan sikap serta perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan
dipandang tinggi oleh murid.
 Guru yang mendapati murid sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkannya kepada Guru
Bertugas Harian atau kepada Penolong Kanan dengan segera.
 Membuat catatan dalam buku salah laku setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid.

4. PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM


Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah supaya mereka dapat
menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua bidang yang ada di sekolah.
 Merancang program dalam panatia
 Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran
 Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah untuk memperbaikinya:
 Mengadakan kelas-kelas pemulihan.
 Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
 Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk semua guru di sekolah masing-
masing.
 Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus Pengajian Kementerian Pendidikan.
 Berusaha untuk memperbanyakan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
 Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan sekolah dan pelbagai sumber.
 Penyelaras penilaian bulanan / penggal / tahunan.
 Penyelaras latihan-latihan murid.
 Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

5. TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA


 Membantu Penolong Kanan dan penyelaras dalam bidang kurikulum.
 Menyelaras waktu-waktu mesyuarat panitia dan memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
 Membantu menyelaras kelas kecemerlangan serta kegiatan pemulihan/pengukuhan/ pengayaan
 Menyelaras segala jenis program kecemerlangan akademik.
 Menyelaras dan memantau perlaksanaan program yang dirancang panatia.
 Membantu merancang pengagihan jadual waktu kelas dan guru.
 Membantu di dalam penyelarasan pencerapan.

6. SENARAI TUGAS GURU PANITIA MATA PELAJARAN


 Ahli JK Kurikulum sekolah.
 Mendapat dan mengedarkan sukatan pelajaran berkenaan kepada guru-guru mata pelajarannya.
 Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran masing-masing.
 Mengadakan dan memanggil mesyuarat panitia seberapa kerap yang boleh ( sekurangkurangnya sekali
dalam satu penggal ) untuk menerangkan rancangan atau lain-lain hal yang berhubung dengan mata
pelajaran.
 Mengetahui senarai buku-buku teks yang hendak digunakan oleh guru mata pelajaran.
 Bertanggungkawab untuk menentukan rancangan tahunan/mingguan dan bahan bantu belajar yang sesuai.
 Membantu Guru Besar, penyelaras memeriksa buku-buku latihan , membuat laporan mengenai kerja-kerja
yang berkaitan.
 Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, buku teks,
ujian dan lain-lain.
 Menyimpan dan mempastikan stok bahan bantu belajar dalam keadaan yang kemaskini.
 Membuat anggaran belanjaan tahunan bagi mata pelajarannya.
 Menjadi penasihat kepada persatuan yang berasaskan mata pelajaran berkenaan, jika perlu.
 Mengambil berat tentang masalah pembelajaran murid dan berikhtiar untuk meningkatkan lagi prestasi
akademik.
 Merancang ujian bulanan dan peperiksaan sekolah yang mengenai mata pelajaran masing-masing.
 Menyelaras dan menyiapkan cara pemarkahan.
 Menganalisa kertas soalan ujian, kertas jawapan dan keputusan peperiksaan dan berbincang dengan ibu
bapa.
7. SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
 Mengetahui sedalam-dalamnya ( menguasai ) tentang mata pelajaran yang akan diajar dan sukatannya.
 Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan ABM dan jujur semasa
menjalankan tugas.
 Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam buku persediaan
mengajar.
 Merancang kerja rumah.
 Memeriksa buku rampaian murid masing-masing. Menghantar buku latihan murid kepada Guru Kanan/
Ketua Panitia mata pelajaran berkenaan apabila dikehendaki berbuat demikian terutama semasa proses
pencerapan dan pemeriksaan buku latihan oleh Guru Besar / Penolong Kanan iaitu sekurang-kurangnya
satu penggal sekali.
 Mengadakan ujian bulanan dan memasukkan markah dalam buku persediaan mengajar.
 Menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan, mengikut cara memarkah yang
ditentukan oleh sekolah.
 Memberi markah-markah peperiksaan kepada guru-guru kelas.
 Menganalisa keputusan ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran.
 Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajar.
 Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar.
 Mengadakan kelas-kelas tambahan, jika perlu
 Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran
 Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikekolakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Sekolah.
 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh panatia mata pelajaran.
 Mengawasi peperiksaan atau ujian yang diadakan dengan rapi untuk mengelakkan penyelewengan.
 Menilai pencapaian murid-murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan bagi tujuan meningkatkan lagi
prestasi pengajaran dan pembelajaran.
 Menjalankan kerja-kerja baikpulih ( remedial ) bagi murid-murid yang lemah.
 Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku persediaan mengajar dan menyerahkan Kepada
Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat ( atau bila dikehendaki ).

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN


 Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancar
 Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha peperiksaan.
 Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan semasa.
 Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan lagi prestasi pengurusan
peperiksaaan.
 Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnya dipersetujui oleh
pentadbir..
 Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru
 Mendapat persetujuan panatia mata pelajaran untuk menentukan penyelia soalan dan pemeriksa kertas
jawapan dan tarikh penyerahan markah kepada guru.
 Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.
 Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada tarikh peperiksaan) dengan
selamat.
 Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan perjalanan Peperiksaan.
 Mengurus dan menentukan borang-borang markah, kad kemajuan murid telah diisi dan diserahkan ke
pejabat untuk menandatangani.
 Mengedar Jadual Peperiksaan dan taklimat kepada murid.
 Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan seperti di simpan dengan baik.
 Menentukan kertas soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah di simpan dengan baik.
PANDUAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOKURIKULUM

1. Senarai tugas penyelaras


 Membantu mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM
sepanjang tahun.
 Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN.
 Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta
membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
 Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan
hari, masa dan tempat.
 Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
 Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum,
Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
 Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
 Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform
yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
 Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
 Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
 Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
 Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
 Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
 Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
 Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
 Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh
sekolah mengikut keutamaan.
 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum:


 Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum
 Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kokurikulum
 Menyelaras.menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekola
 Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik
 Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum sentiasa kemaskini dan mencukupi
 Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
 Membantu berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti kokurikulum.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah bagi tindakan
selanjutnya
 Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
 Mengurus Buku Penilaian Kokurikulum.
 Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum
 Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit beruniform tentang cara-cara
menggerakkan aktiviti kokurikulum.
 Merekod semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum

3. Tanggungjawab Guru Persatuan/Kelab/Unit Beruniform:


 Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform
 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kelab/persatuan/badan beruniform
 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
 Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid menyertai aktiviti kokurikulum
 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
 Mengumpul buku aktiviti/fail aktiviti untuk rujukan dan rekod
 Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kelab/persatuan/unit beruniform
 Mengurus buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum seperti mengagihkab buku kepada guru untuk diedarkan
kepada murid.
 Mengumpulkan buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum semula pada akhir tahun

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT HAL EHWAL MURID


1. TUGAS (PENYELARAS)
 Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
 Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
 Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke
semasa.
 Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi BukuTeks, Rancangan Makanan
Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan pelajar, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang
jenis bantuan.
 Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan,
juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
 Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti
sekolah.
 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

2. TUGAS (HEM)
 Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
 Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.
 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari
segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
 Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

3. JAWATANKUASA UNIT DISPLIN & PENGAWAS

 Memastikan murid-murid berdisplin dan mengikut peraturan sekolah


 Menyiasat latar belakang kes
 Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan
 Menyediakan rekod disiplin dan laporan murid
 Menghubungi penjaga/polis/jabatan (mana-mana yang berkenaan)
 Mengemaskini data displin ke dalam disket untuk dihantar ke PPD
 Peraturan sekolah hendaklah dijadikan asas disiplin dan difahami semua murid
 Menanam rasa bangga dan sayang kepada sekolah
 Mengambil tindakan peraturan Kementerian Pendidikan terhadap kes-kes murid yang melanggar tatatertib
 Menguruskan pemilihan pengawas
 Menguruskan perlantikan pengawas
 Mengatur tugas pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan sempurna.
 Menyusun tugas untuk pengawas apabila diperlukan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah

4. TUGAS (AJK SPBT)


 Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.
 Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada setiap hujung tahun.
 Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.
 Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G untuk dikemaskini.
 Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid dan disimpan di
tempat yang selamat.
 Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT
5. TUGAS (AJK KEBAJIKAN)

 Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan Murid di samping meningkatkan
keprihatinan murid terhadap kebajikan
 Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan Kerajaan (KWAPM)
 Mengurus derma,sumbangan,dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa
 Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti:
5.1. pelajar miskin
5.2. kemalangan
5.3. rawatan beterusan
5.4. kematian
5.5. kecemasan/bencana
5.6.
6.0 Tugas dan tanggungjawab AJK RMT/PSS

6.1 Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT/PSS


6.2 Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang mengikut arahan PPD
6.3 Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid RMT
6.4 Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun
6.5 Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
6.6 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMTS.
6.7 Menyediakan borang pemilihan murid RMTS.
6.8 Menyediakan jadual kedatangan harian RMTS.
6.9 Memilih menu RMTS.
6.10 Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang
baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMTS.
6.11 Memungut dan menyemak jadual kedatangan murid RMTS.
6.12 Bekerjasama dan sentiasa berbincang dengan pihak penyediaan makanan.

7.0 Tugas dan tanggungjawab AJK lawatan.

7.1. Merangka/Merancang destinasi lawatan


7.2. Memastikan destinasi lawatan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid yang
menyertainya
7.3. Tujuan lawatan adalah untuk menambah pengetahuan sedia ada serta ianya dapat
memperluaskan pengalaman murid mengenai destinasi yang dilawati
7.4 Mengutamakan aspek keselamatan murid-murid:
7.4.1 surat kebenaran ibubapa/penjaga, PPD dan JPN
7.4.2 tahap kesihatan diri murid
7.4.3 keselamatan semasa pergi/dalam/pulang
7.4.4 makan dan minum murid
7.4.5 tempat tinggal/tidur jika lawatan bermalam

8.0 Tugas dan tanggungjawab AJK disiplin

8.1 Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.
8.2 Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
8.3 Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan
pengawas.
8.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
8.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

Anda mungkin juga menyukai