Anda di halaman 1dari 10

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan


menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap
minggu.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan


kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan


dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan


lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan
melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang
disediakan.

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa


buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/
wakilnya pada masa yang dikehendaki.

Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan


soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/


bimbingan.

Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi


dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan


yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan
PPD.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains


Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.

Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang


berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan /
Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat
kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik


mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah


pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang


digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas .

Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi


memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas


yang diajar.

Membantu menguruskan Bank Soalan.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang


berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan
menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi
pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di
akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan


menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang
ditetapkan iaitu setiap minggu.

Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan


lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan
melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.

Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan


pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku
latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang
dikehendaki.

Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .

Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke


semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian
tersebut ke dalam buku rekod mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .

Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi


dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Memastikan buku buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan


oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

SENARAI TUGAS GURU KELAS


Pengurusan dan Organisasi kelas

Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Tingkatan.


Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan,
memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan
papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja
dan membuang sampah.

Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan


papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga
(jika perlu) untuk kelas.

Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

Jadual waktu
Jadual Tugas
Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam
diinventorikan
Moto Kelas.
Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.

Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru
penyelaras kursus
yang berkenaan.
Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi
bicara pelajar.

Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:


Keceriaan kelas.
Kebajikan pelajar.

Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.


Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu
pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.

Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.


Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan
diselenggarakan seperti yang diarahkan.
Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan.
Menjamin keselamatan buku tersebut.

Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan

Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik,


kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap
semester/penggal.
Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas
ujian.peperiksaan.
Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.

Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar


terhadap akademik
Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan
hadiah ( jika perlu)
Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di
kalangan pelajar.
Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi
masalah kesihatan
Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar
disiplin sekolah.
Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut
mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang Melanggar Peraturan
Sekolah yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik
Guru Disiplin.
Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

Buku teks, biasiswa dan bantuan

Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan
nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan
memberikan senarai itu kepada guru SPBT
Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan
yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan
pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

Kutipan Yuran dan Derma

Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar


membayar kesemua yuran sekaligus.
Mengutip derma PIBG
Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta
buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.
Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .

Pendaftaran Pelajar Baru

Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar


dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan
pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.
Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang
terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melaporkan kepada guru biasiswa.
Menentukan rumah sukan.
Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar

Menentukan
tingkatan 5.
Menentukan
Menentukan
Menentukan

hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar


kelulusan untuk bertukar telah diterima.
buku teks telah dipulangkan.
penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.

Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan


menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan
beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti
kokurikulum.

SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit


sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit
setelah sekolah berakhir.

Memastikan Bendera Malaysia, Bendera Negeri dan Bendera Sekolah


dinaikkan pada sebelah pagi dan diturunkan pada sebelah petangBendera
perlu diturunkan sekiranya hujan.

Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajarpelajar sebelum waktu pertama bermula, semasa rehat sekitar kawasan
sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.

Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan


kawasan sekolah.

Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin.

Menilai dan memberi markah kebersihan dan keceriaan kelas serta


diumumkan pemenang semasa perhimpunan rasmi. Keputusan pemenang
hendaklah diserahkan kepada GuruPenyelaras Keceriaan pada hari Jumaat
(akhir minggu persekolahan) untuk tujuan pengesahan.

Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke


hospital.

Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar


yang memohon.

Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang, masa rehat dan
masa pertukaran guru.
Memberi latihan kepada pelajar-pelajar lewat datang ke sekolah.

Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan serta mengawas


harta benda sekolah.

Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuanpersatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.

Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku


sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas,
antara perkara-perkara yang perlu
dicatatkan ialah:

Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan


Pelajar poteng, tidak hadir atau sakit.
Lawatan-lawatan/ pelawat
Ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
Perhimpunan
Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
Memastikan pembesar suara tempat duduk guru telah disediakan.
Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas tepat pukul 7.30
pagi.
o Memastikan guru menandatangani borang kehadiran guru dalam
perhimpunandan serahkan kepada Pengetua/ PK untuk
pengesahan sebelum difailkan.
Menyampaikan ucapan ringkas/ pengumuman semasa perhimpunan pagi
dan
menyampaikan laporan mingguan semasa perhimpunan rasmi.
Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan
kalau perlu
laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
Menghantar Buku
Laporan pada Pengetua pada setiap Jumaat untuk ditandatangani .
o
o
o
o
o
o
o
o

Senarai Tugasan Jawatankuasa HEM

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas


o Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Melantik Pengawas
Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin
pelajar
Menasihatkan dan membimbing pengawas
Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang
bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Pengawas

SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM /


PERSATUAN / KELAB

Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta


menentukan bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.

Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai


perlembagaan.

Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan


perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar
teratur dan bergerak.

Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti
pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan
pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan /


kegiatan itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.

Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak


sekolah dan mengambil berat terhadap kehadiran ahli.

Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan,


senarai nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan
Kokurikulum dan menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan
Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan.

Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan


melibatkan wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong
Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan.

Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika


melibatkan gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan /
lawatan sambil belajar.

Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar


sekolah.

Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang


diselaraskan oleh sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada
Penolong Kanan Kokurikulum.

Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya


dan dikemaskinikan.

Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam


sekolah dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.

Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.


Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru
Penasihat hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya
memerlukan jurulatih luar atau jurulatih luar yang memerlukan bayaran.

Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.

Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru


Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS WARDEN ASRAMA

Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan


mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang
ditetapkan.

Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas laporan


harian pengawas dan Ketua Dormitori.

Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan


HEM.

Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala; contohnya:


Kelas persediaan
Waktu Solat
Waktu makan
Kelas fardhu ain/kelas agama
Aktiviti gotong- royong
Pertandingan antara dormitori
Majlis Makan Beradab
Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Memantau pengawas bertugas menjalankan roll-call.

Mengadakan pemeriksaan dan roll-call .

Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.

Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama


dan Ketua-Ketua Dormitori.

Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilikbilik khas, tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan.

Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya.


Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil
tindakan susulan yang sesuai.

Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan


Pentadbiran Asrama:
Minit Mesyuarat terdahulu
Laporan bulanan asrama
Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.

Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama


sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Membantu mengurus kemasukan murid asrama.


Penyediaan borang/dokumen
Taklimat kemasukan
Sesi suai kenal murid baru

Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.


Mengumpul data/maklumat murid untuk:
Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan
Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri.

Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.

Mengadakan perjumpaan dengan waris.

Mengadakan Latihan kecemasan.

Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan


dengan keselamatan.

Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan:


Makanan
Keselesaan di asrama
Kesihatan
Keselamatan
Biasiswa

Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :


Pungutan yuran asrama
Perkhidmatan pembersihan kawasan
Kawalan keselamatan
Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan


Penolong Kanan HEM. .

Anda mungkin juga menyukai