Anda di halaman 1dari 15

SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

CATATAN/EVIDENS RUBRIK PdPc

ASPEK 4.1
4.1.1 GURU SEBAGAI PERANCANG
i. menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti
pembelajaran yang sesuai.
 RPH disediakan dengan lengkap mengikut prosedur mengandungi OP/KK
dan aktiviti berteraskan SPA -21 (kolaboratif, komunikasi,pemikiran kreatif
dan inovatif) dan 7 teras pedagogi SPA-21.
 OP dan aktiviti merujuk matlamat dan objektif kurikulum/DSKP/SP/SPI
 OP mematuhi prinsip SMART (S-Spesifik, M-Measurable, A-Attainable, R-
Relevant, T-Time based)
 Penulisan KK mengikut tertib serta laras bahasa yang jelas menunjukkan
maksud OP itu mudah dicapai, sesuai dari segi tahap pencapaian murid,
peruntukan masa, realistik atau mampu dilaksanakan serta bertepatan
dengan hasil yang dikehendaki.

ii. Menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc

 RPH disediakan dengan lengkap mengikut prosedur


 Guru menyatakan penggunaan alat pentaksiran untuk pembelajaran (AFL)
yang berteraskan SPA-21 (traffic light, KWL, self/peer marking dll)
 Guru menyatakan kaedah pentaksiran yg bersesuaian dengan tahap
murid dalam tempoh masa PdPc, seperti pemerhatian, kuiz, soal jawab,
tugasan bertulis, lembaran kerja, persembahan, senarai semak,
latihan/tugasan kerja rumah dll
 Terdapat pernyataan yang menunjukkan pentaksiran akan dijalankan
secara holistik, sepadu, seimbang, fleksibel, merujuk standard
pembelajaran/prestasi dalam DSKP/SP/HSP, dan merupakan sebahagian
daripada PdPc, serta berdasarkan penskoran PBS/PKS
 Guru menyatakan penggunaan alat berfikir (peta pemikiran, CoRT, Q
Matriks dll) yang sesuai dengan tahap murid untuk mentaksir KBAT
 Guru menyatakan penggunaan instrumen pentaksiran berasaskan
KBAT(aplikasi-penilaian, aplikasi-mencipta-mirip TIMSS)

1|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

iii. Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK

 untuk menyampaikan maklumat sesuai dengan tahap murid dan


peruntukan masa (contoh:OHP, LCG dll)
 BBM dinyatakan merujuk kepada bahan yang direkacipta sebagai perisian
atau isi kandungan/maklumat yang disampaikan bagi memudahkan
PdPc(contoh: objektif-model/spesimen, carta pegun-poster, carta alir dll,
medium persembahan-transperensi, papan gulung, flash card, kertas
sebak dll, dan bahan pembelajaran elektronik-slaid power point)
 TMK dinyatakan merujuk kelengkapan komputer yang dirangkaikan(instant
Access/interactive)-VLE Frog, schoology, Kahoot dll
 Terdapat panduan/peraturan penggunaan ABM/BBM/BBB/TMK

ASPEK 4.2
4.2.1 GURU SEBAGAI PENGAWAL

i. Mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang


 Guru memastikan isi pelajaran disampaikan secara tersusun dan sistematik
mengikut urutandaripada mudah kepada sukar, daripada konkrit kepada
abstrak atau umum kepada spesifik (disusun secara konstruktif)
 Guru memastikan aktiviti yang dijalankan untuk mencapai OP
memperlihatkan pemeringkatan, perkembangan dan kekal berada dalam
landasan perancangan dengan betul
 Guru menggunakan pelbagai pendekatan/kaedah berpusatkan murid
yang berkesan dan arahan pembezaan yang digunakan untuk murid
pelbagai minat, tahap, kecerdasan dan gaya pembelajaran dapat diikuti
 Guru menggunakan kreativiti untuk mencuba inovasi/sesuatu yang baru
untuk mengatasi defisit pembelajaran ……….
 Guru berjaya melaksanakan penggabungan/ integrasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran
dalam PdPc
 Guru sentiasa membincangkan KK bersama-sama dengan murid selepas
pelaksanaan sesuatu aktiviti sepanjang masa PdPc untuk memastikan OP
dapat dicapai dan aktiviti yang lain dapat diteruskan
 Teknik penyoalan yang digunakan sesuai untuk mengawal perkembangan
penyampaian isi pelajaran
 Penggunaan ABM/BBM/BBB/TMK dapat membantu perkembangan PdPc
yang menepati OP/isi pelajaran

ii. Mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran

 Pembahagian masa bagi setiap langkah dan perkembangan PdP sesuai


dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai OP
 Tempoh masa pelajaran digunakan secara optimum untuk membantu
pelajaran murid-murid
 Guru menyampaikan pelajaran dengan luwes/fleksibel mengikut situasi
 Masa yang diperuntukan untuk aktiviti dalam kumpulan berbeza( dari segi
minat/gaya pembelajaran) sesuai dan dimanfaatkan sepenuhnya
 Guru memulakan dan mengakhiri proses pembelajaran dalam tempoh
masa yang dirancang
 Guru dapat menyesuaikan masa pembelajaran dengan keupayaan,
2|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

kemampuan serta kecepatan penerimaan murid.Guru telah


menggunakan langkah/ alat penyelarasan aktiviti (traffic light)

iii. Memberi peluang kepada penyertaan aktif murid

 Murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke


arah pencapaian objektif seperti kerja
amali/praktik/eksperimen,perbincangan, membuat catatan,
pembentangan, membuat gerakan fizikal dan lain-lain
 Guru telah menggunakan kaedah/teknik penyoalan berkesan yang dapat
menimbulkan minat dan merangsang murid untuk pro aktif bertanya dan
menjawab soalan
 Murid dibahagikan dalam kumpulan sama ada secara rambang,
berdasarkan keupayaan/pelbagai keupayaan atau secara berpasangan
bagi menjayakan strategi pembelajaran koperatif dengan peranan
masing-masing sebagai penggalak, pemuji, penyambut kejayaan, jurulatih,
komander soalan, penyemak, pengawas tugas, pencatat, perenung,
kapten senyap atau ketua bahan.
 Proses PdPc interaktif dilaksanakan didalam bilik darjah (guru dengan
murid,guru dengan bahan pengajaran, murid dengan bahan
pengajaran/pembelajaran, murid dengan murid)

4.2.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL

i. Mengawasi komunikasi murid dalam PdPc

 Guru menggunakan set arahan/ketetapan/ prosedur yang eksplisit yang


boleh diterima pakai dalam sesuatu bidang/aktiviti yang melibatkan
interaksi murid dalam pelbagai hala seperti perbincangan, pembentangan
dll
 Guru dapat mengawal kebisingan di dalam bilik darjah dengan
memastikan setiap murid dalam kumpulan tidak bercakap dengan suara
yang terlalu kuat dan mengganggu orang lain.
 Guru mengawal percakapan dan perbualan murid dengan memastikan
penglibatan murid dalam aktiviti kumpulan adalah seimbang. Penjaga
libatan(gatekeeper) akan memastikan setiap ahlinya berpeluang secara
saksama untuk bercakap
 Guru menegur salah laku murid dalam pertuturan dengan serta merta
tanpa menjejaskan maruah mereka

ii. Mengawasi perlakuan murid dalam PdPc

 Guru menggunakan isyarat-isyarat bukan verbal untuk mengatasi


perlakuan rutin murid yang menyimpang dari aktiviti pembelajaran, isyarat
tanpa bicara/tanpa bersuara dilakukan dengan pandangan mata,
mendekati, mengetuk meja murid secara perlahan, atau menyentuh bahu
mereka
 Guru dapat bertindak secara profesional dengan dengan melakukan
overlapping. Guru melakukan dua tugas sekaligus: (1) menghentikan
perlakuan menyimpang murid; dan (2) meneruskan pelaksanaan
pembelajaran seperti perbincangan atau pembentangan tanpa

3|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

terganggu semasa menghentikan prilaku menyimpang tersebut


 Guru berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan
pematuhan pada peraturan kelas serta memastikan mereka memberi
tumpuan terhadap pelajaran
 Guru menegur salah laku murid dengan serta merta tanpa menjejaskan
maruah mereka dan mengganggu proses pembelajaran yang
berlangsung

iii. menyusun atur kedudukan murid

 Guru menyusun atur bilik darjah dan menggunakan ruang secara optimum
bagi murid melakukan aktiviti pembelajaran koperatif yang memerlukan
banyak pergerakan/ruang
 Guru menyusun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan sama ada yang memerlukan aktiviti
berpasangan atau berkumpulan
 Guru berjaya membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan
ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental
 Guru sentiasa menetapkan atau mengubahsuai kedudukan dan susunan
meja bagi membolehkan murid berinteraksi dan melaksanakan kolaborasi
bagi meningkatkan kemahiran berfikir walaupun jumlah murid dalam
sesebuah bilik darjag adalah ramai

iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

 Guru menggunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu,


penggunaan grafik seperti karun dan bahasa badan yang boleh
menimbulkan suasana yang menyeronokkan
 Guru berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang santai,
menghiburkan serta dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
menyeronokkan(nyanyian, tarian, permainan dll) yang mampu menarik
penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang mempunyai unsur
menyeronokkan(komik yang mempunyai karikatur menarik, tayangan
video dll) bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dalam suasana yang ceria tetapi berkesan
 Guru mengurungkan batasan hubungan atau formaliti dengan murid
supaya mereka akan lebih selesa, yakin diri, berani dan seronok untuk
berbincang serta berinteraksi dalam PdPc

4|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

ASPEK 4.3
4.3.1 GURU SEBAGAI PEMBIMBING

i. Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai isi


pelajaran/konsep/fakta berkaitan pelajaran

 Guru menunjuk ajar murid tentang prosedur/langkah yang perlu diikuti


semasa membuat aktiviti yang perlu menggunakan ABM/BBM/BBB/TMK
untuk meneroka/menemukan isi pelajaran atau konsep secara kendiri,
membuat eksperimen/kerja praktik dll. (individu/pasangan/kumulan
kecil/seluruh kelas)
 Guru memberi panduan tentang langkah-langkah yang mesti diikuti oleh
murid untuk melakukan sebarang tugasan secara sistematik seperti
mendapatkan maklumat/fakta daripada akhbar, majalah internet dll
sumber.
 Guru memberi tindak balaskepada soalan murid tentang tunjuk carayang
telah dibuat, di samping bertanyakan soalan untuk emmastikan mereka
benar-benar faham akan setiap arahan yang diberi.
 Guru menunjuk ajar/panduan kepada murid tentang prosedur
penyelesaian masalah terutamanya yang melibatkan KBAT.
ii. Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti
pembelajaran

 Guru menyediakan/memberikan panduan kepada murid untuk


menggunakan pelbagai ABM/BBM/BBB/TMK yang berbeza`
 Guru menunjuk ajar murid tentang kemahiran untuk memperoleh
maklumat dengan prinsip 6M: mendengar, menyentuh, menyebut, menulis,
membaca, melihat.
 Guru memberi penekanan penggunaan TMK dalam PdPc yang membei
panduan kepada murid untuk mereka meningkatkan penguasaan
kemahiran dalam mata pelajaran yang diajar dan dapat dikesan apapbila
murid:
▪ Mengamalkan pembelajaran kendiri dan pembelajaran eksploratori
(penerokaan)
 Menggunakan jaringan komunikasi dengan lebih efektif, cepat dan
mudah.
 Dapat mencari sumber informmasi dengan lebih berkesan
 Beruapaya menghasilkan kerja yang berkualiti, lengkap dan mantap

iii. Memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam


aktiviti pembelajaran

 Guru memandu murid sehingga mereka berupaya menentukan/memilih


strategi yang sesuai untuk memecahkan sesuatu permasalahan.
 Guru membimbing murid sehingga mereka berupaya mencari atau
menentukan cara penyelesaian bagi setiap permasalahan.
 Guru membimbing murid sehingga mereka mampu memberikan penilaian
terhadap hasil kerja bagi setiap penyelesaian maalah dengan justifikasi
yang rasional.
 Guru memanndu murid sehingga mereka mampu memecahkan masalah
secara efisien serta mampu menemukan lebih dari satu penyelesaian bagi
permasalahan yang sama.
5|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

iv. Memandu murid menggunakan dan memanfaatkan sumber pendidikan


berkaitan pelajaran

 Guru memberi panduan kepada murid untuk mencari, memiliki,


menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan
tujuan pembelajaran masing-masing melalui sumber pendidikan
elektronik/TMK (maklumat tanpa sempadan, terkini, interaktif, tidak statik)
 Guru memandu murid untuk memilih dan menggunakan bahan yang
terdapat di pusat sumber yang dapat membantu mereka
menemukan/memperoleh sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih
berkesan.
 Guru sentiasa membimbing murid untuk menggunakan sumber pendidikan
secara optimum supaya penerimaan pembelajaran menjadi lebihialis
mudah, lebi dekat, lebih detail dan spesialis, menarik dan bermakna.
 Guru membimbing murid untuk menggunakan sumber pendidikan bagi
menggalakkan mereka mengamalkan pembelajaran kendiri, budaya
membaca dan budaya ilmiah.

v. Menggabung/merentas/mengaitkan isi pelajaran dengan


tajuk/unit/tema/nilai/kemahiran/mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran

 Guru melaksanakan PdPc berasaskan perkembangan /potensi/minat


murid (Self paced, self assess, self directed)`
 Guru menggabungkan pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam mata
pelajaran dan merentasi mata pelajaran lain. (Gabungjalin kemahiran,
penyerapan ilmu dan nilai (SK/SP) dalam mata pelajaran dan antara mata
pelajaran berdasarkan keperluan dan kesuaian).
 Guru menyusun SK dan SP mengikut urutan dari mudah kepada sukar,
dekat kepada jauh, konkrit kepada abstrak (linear).
 Guru menggunakan pendekaran spiral dalam pelaksanaan spiral dalam
pelaksanaan kurikulum untuk mengukuhkan kefahaman dan penguasaan
kemahiran (linear).
 Guru menyusun SK dan SP mengikut perkembangan kognitif murid dan
keperluan semasa (non linear)

v. Menggabung/merentas/mengaitkan isi pelajaran dengan


tajuk/unit/tema/nilai/kemahiran/mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran

 Guru memilih bidang/tajuk/kemahiran/nilai secara fleksibel


 Guru menyampaikan bidang/tajuk/kemahiran/nilai dengan
melaksanakannya tanpa mengikt urutan/hieraki
 Guru menggunakan masa pengoperasian PdPc secara fleksibel (Contoh
flipped classroom/differentiated group)

6|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

ASPEK 4.4
4.4.1 GURU SEBAGAI PENDORONG

i. Merangsang murid berkomunikasi


 Guru banyak mengemukakan soalan terbuka supaya murid proaktif
bertanya soalan sama ada kepada guru atau rakan masing-masing untuk
mendapatkan penjelasan tentang kehendak soalan.
 Guru mencetuskan permasalahan /persoalan supaya murid dapat
berinteraksi secara intelektual dalam perbincangan kumpulan.
 Guru sentiasa memprovokasi persekitaran murid supaya mereka dapat
memberikan pendapat dan berhujah dalam perbahasan/perbincangan.
(contoh guru mengemukakan konflik/prasangka/provokasi/luar jangka/luar
kebiasaan)

ii. Merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran

 Guru sentiasa menggalakkan/merangsang murid supaya sentiasa belajar


dan melakukan aktiviti secara berkumpulan dengan aktif
 Guru menyediakan tugasan yang sentiasa memerlukan murid bekerjasama
dan berhubungan dengan erat sesame mereka di samping berkomunikasi
serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur untuk
menyelesaikan maslaah/mencapai objektif pembelajaran.
 Guru mentaksir/menilai hasil kerja murid bukan atas pencapaian individu
tetapi berdasarkan pencapaian hasil kerja keseluruhan rakan-rakan lain,
terutamanya yang berada dalam kumpulan mereka.
 Guru sentiasa merangsang semua murid untuk melakukan kerja secara
bersaa-sama melalui perkongsian bahan, saling menolong memberi
galakan antara satu sama lain serta membimbing rakan-rakan mereka
untuk menguasai isi pelajaran

iii. Mengemukan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif

 Guru banyak mengemukakan soalan terbuka/KBAT untuk melibatkan murid


memberikan respon dengan bertanyakan soalan aras tiggi atau
memberikan jawapan yang melibatkan proses pemikiran yang lebih kriitis
dan kreatif.
 Guru memberi respon terhadap soalan murid dengan cara menyoal
mereka kembali untuk mendapatkan penjelasan/maksud pemikiran
mereka:
 Apakah yang anda maksdukan dengan…
 Bolehkah anda menunjukkan…
 Bolehkah anda memberikan saya satu contoh…
 Bolehkah anda menjelaskannya dengan lebih lanjut…

iv. Mengajukan soalan / mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat


keputusan dan menyelesaikan masalah

 Guru memberikan pelbagai masalah berasaskan situasi harian kepada


murid bagi membantu mereka menentukan/memilih strategi yang sesuai
untuk memecahkan suatu permasalahan berkaitan dengan pengalaman
7|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

hidup mereka.
 Guru mengemukakan contoh reality kehidupan sebenar yang dapat
dikaitkan dengan permasalahan yang perlu diatasi melalui justifikasi yang
rasional.
 Guru mengemukakan pelbagai soalan untuk mengcungkil
idea/mengembangkan kreativiti murid sehingga mereka mampu
menemukan lebih dari satu penyelesaian pada permasalahan yang sama.

v. Mewujudkan peluang untuk murid memimpin


 Guru menggunakan strategi pembelajaran koperatif dalam PdPc bagi
menggalakkan setiap murid dapat menggerakkan orang/rakan lain untuk
berfikir dan bertindak dengan cara-cara tertentu dalam aktiviti kumpulan.
 Guru menggunakan sistem ganjaran bagi menggalakkan setiap murid
dalam kumpulannya sentiasa menitikberatkan pencapaian matlamat
kumpulan.
 Guru memastikan setiap murid sentiasa bertanggungjawab untuk
mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulan bagi menyelesaikan
masalah dan mencapai objektif pembelajaran
 Guru memastikan setiap murid sentiasa mengekalkan sifat keberanian atau
kesungguhan dalam memimpin kumpulan masing-masing di samping
mempunyai inisiatif atau tindakan lain yang lebih kreatif.
 Guru memastikan setiap murid sentiasa bersedia untuk memberi pendapat,
berperanan sebagai daya penggerak dan bersemangat kental/jitu bagi
menggerakkan kebolehan berkomunikasi.

vi. Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran


 Guru sentiasa mencipta permasalahan/soalan terbuka bagi mencetuskan
minat murid untuk bertanyakan soalan secara pro aktif bagi mendapatkan
penjelasan tentang maksud sesuatu soalan/masalah.
 Guru sentiasa memprovokasi murid untuk mengemukakan soalan bagi
mengetahuikaedah/teknik penyelesaian yang digunakan oleh guru.
 Guru memberi peluang kepada semua murid bertanyakan soalan untuk
mendapatkan kepastian tentang kerasionalan cadangan/hujah yang
digunakan oleh rakan lain dalam akktiviti perbincangan.
 Guru membuka peluang kepada semua murid untuk bertanyakan soalan
kepada rakan-rakan lain bagi mendapatkan maklumat tentang kegunaan
ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian`
vii. Menggalakkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara
kendiri

 Guru mahir menerapkan KBAT dalam PdPc (penyoalan, aktiviti, alat berfikir)
 Proaktif, luwes, kecindan, kraetif. Inovatif dan kritis.

4.4.2 GURU SEBAGAI PENDORONG


8|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

i. Memberi pujian/galakan terhadap perlakuan positif


 Guru sering memberi pujian kepada murid atau perlakuan positif mereka
bukan sahaja melalui kata-kata, tetapi juga dengan isyarat seperti
senyuman, anggukan yang wajar dan tatapan mata yang meyakinkan.
 Guru sering menggunakan kata-kata pujian semasa berinteraksi dengan
murid di dalam kelas dan secara tidak langsung mewujudkan keselesaan
hubungan antara guru dengan murid.
 Pujian guru telah menyebabkan semua murid sentiasa menikmati
keseronokan sepanjang proses pembelajaran dan secara tidak langsung
membantu murud mencapai OP dengan mudah
 Guru sering memuji murid dengan kata-kata sopan yang jelas
menyerlahkan perasaan kekaguman serta penghargaan kepada murid
yang bertepatan dengan satu-satu situasi.

ii. Memberi penghargaan terhadap hasil kerja/idea yang bernas

 Guru memberi penghargaan secepat mungkin setelah mengetahui


bahawa murid mencapai objektif pembelajaran sesuai dengan
kemampuan masing-masing.
 Guru sentaias memberikan tanda penghargaan berupa ganjaran
berbetntuk pelekat, token, sijil, hadiah, bintang dsb setelah membuat
penilaian secara objektif terhadap hasil tugasan murid.
 Guru sentiasa memberi penghargaan berupa komen positif dengan
segera setelah murid selesai melaksanakan sesuatu tugasan seperti
dengan memberikan pernyataan bagus, cemerlang atau teruskan
kecemerlangan dll.
 Guru juga ada memberikan penghargaan berupa ganjaran seperti
kebenaran keluarr 5 minit sebelum waktu rehat, anugerah murid paling
aktif bagi sesi PdPc dll.

iii. Memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan/memberi respons

 Guru memparafrasakan soalan murid (contoh: Solan yang dikemukakan


ialah…)
 Guru menganalisis soalan murid dengan memberi repons (contoh: Apakah
yang anda maksudkan dengan…)
 Guru memperjelas soalan murid untuk memastikan maksud yang hendak
disampaikan. (Contoh: Adakah awak cuba sampaikan…)
 Guru menyoal semula murid yang bertanya atau mengajukan soalan
kepada murid. (Contoh: Apakah pendapat anda…)
 Guru mengemukakan soalan dengan sokongan. (Contoh: Saya tertanya-
tanya sama ada…)
 Guru menanyakan soalan susulan supaya murid berfikir dengan lebih
mendalam. (Contoh: Mungkin kita boleh…)
 Guru memberi beberapa petanda/isyarat terhadap soalan yang
dikemukakan.

iv. Prihatin terhadap keperluan murid

9|S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

 Guru peka terhadap keperluan murid dan berusaha menangani masalah


pembelajaran murid
 Guru menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan, peka, mesra dan sabra
terhadap masalah dan keperluan murid yang berbeza
 Guru amat perihatin dan menunjukkan sifat bertimbang rasa, empati akrab
serta mengambil berat terhadap masalah, kepentingan, kebajikan dan
keselamatan murid
 Guru dapat mengambil tindakan yang amat sesuai dengan masalah yang
dihadapi oleh murid

ASPEK 4.5
4.5.1 GURU SEBAGAI PENILAI

i. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc

 Guru telah menggunakan alat pentaksiran yang bersesuaian dengan


tahap murid dalam tempoh masa PdPc, seperti pemerhatian, kuiz, soal
jawab, tugasan bertulis, lembaran kerja, persembahan, senarai semak,
latihan/tugasan kerja rumah dll
 Guru sentiasa berkongsi objektif pembelajaran (OP) dan kriteria kejayaan
(KK) dengan murid sepanjang masa PdPc untuk mengetahui
perkembangan dan tahap penguasaan pembelajaran mereka
 Guru berjaya melibatkan murid dalam aktiviti pentaksiran kendiri dan rakan
sebaya seperti menggalakkan mereka menetapkan matlamat
pembelajaran peribadi masing-masing
 Guru melaksanakan pentaksiran untuk pembelajaran mengikut prosedur
berdasarkan standard prestasi yang dibina berdasarkan tahap
penguasaan umum yang disusun mengikut hiraki …….
 Guru menggunakan strategi dan alat pentaksiran yang sesuai bagi menilai
dan memastikan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelekdan sosial
murid berlaku dengan sempurna
 Guru menggunakan kemahiran menyoal untuk menilai pengetahuan sedia
ada serta mentaksir pembelajaran dan kemajuan murid dengan cara
memprovokasi pemikiran, menyoal siasat serta bak mengemukakan soalan
terbuka bagi meransang percambahan fikiran dan komunikasi
 Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan
pembetulan dan penambahbaikan segera dalam PdPc
 Guru mempunyai strategi/inisiatif tersendiri untuk memotivasi murid seperti
memberi sticker bintang/hadiah dalam penyemakan tugasan latihan
murid
 Guru memberi pelbagai tugasan atau latihan yang mencukupi
berdasarkan ketetapan kurikulum
 Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten
 dengan tahap murid dalam tempoh masa PdPc, seperti pemerhatian, kuiz,
soal jawab, tugasan bertulis, lembaran kerja,

ii. menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam PdPc


10 | S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

 Guru sentiasa menggunakan pemerhatian, inventori, soal jawab/kuiz, dan


ujian sebagai alat untuk mentaksir/menilai hasil pembelajaran murid
semasa/selepas mereka menjalankan aktiviti pembelajaran dan membuat
tugasan/latihan harian
 Guru telah melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murid yang
bermasalah dalam pembelajaran semasa murid lain membuat tugasan
atau aktiviti pengayaan, melalui bimbingan dalam kumpulan kecil,
bimbingan rakan sebayadan bimbingan individu dan diakhiri dengan
pentaksiran untuk mengesan pencapaian mereka hasil daripada aktiviti
pemulihan yang dilakukan

iii. Memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran

 Guru menggunakan lebih daripada satu kaedah/instrumen untuk


membuat pentaksiran formatif semasa PdPc untuk mengukur dan
mengesan kemajuan murid
 Guru memberi pelbagai tugasan atau latihan yang mencukupi
berdasarkan ketetapan kurikulum
 Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan
pembetulan dan penambahbaikan segera dalam PdPc
 Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten
 Guru mempunyai strategi/inisiatif tersendiri untuk memotivasi murid seperti
memberi sticker bintang/hadiah dalam penyemakan tugasan dan latihan
murid

iii. Memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran

 Guru menggunakan lebih daripada satu kaedah/instrumen untuk


membuat pentaksiran formatif semasa PdPc untuk mengukur dan
mengesan kemajuan murid
 Guru memberi pelbagai tugasan atau latihan yang mencukupi
berdasarkan ketetapan kurikulum
 Guru menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk tindakan
pembetulan dan penambahbaikan segera dalam PdPc
 Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten
 Guru mempunyai strategi/inisiatif tersendiri untuk memotivasi murid seperti
memberi sticker bintang/hadiah dalam penyemakan tugasan dan latihan
murid

iv. Membuat refleksi PdPc


 Guru dapat menggunakan maklum balas pentaksiran formatif untuk
tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera sepanjang masa
PdPc
 Guru dapat mengoptimumkan penggunaan alat pentaksiran
pembelajaran untuk mengesan tahap pencapaian objektif PdPc
 Guru dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri dalam membuat
perancangan dan pelaksanaan PdPc dengan merujuk kejayaan atau
kegagalan pencapaian objektif pembelajaran
 Guru berupaya mengenal pasti kekangan-kekangan pelaksanaan PdPc
dan faktor-faktor penyebab
 Guru berupaya menghubung kait sebab dan akibat berlakunyamasalah

11 | S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

pembelajaran murid serta mencadangkan langkah-langkah yang difikirkan


boleh menambahbaik amalan PdPc
 Guru dapat meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berdasaran
bukti, seterusnya merancang langkah susulan

v. Menyemak/menilai hasil kerja/gerak kerja/latihan/tugasan

 Guru memanfaatkan kriteria kejayaan untuk menyemak tahap


pencapaian objektif pembelajaran sepanjang PdPc
 Guru sentiasa menggunakan penyoalan lisan untuk mengenal pasti
setakat mana murid berjaya menyempurnakan tugasan/latihan yang
diberikan
 Guru sentiasa membuat pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku
murid dan penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran untuk menilai
prestasi mereka secara berterusan
 Guru menggunakan rubrik untuk menilai prestasi murid
 Guru menilai murid secara holistik dan analitik bagi satu-satu tugasan,
projek, laporan dsb
 Holistik :memberi satu pemarkahan berdasarkan gambaran
keseluruhan tugasan murid
 Analitik : setiap kriteria dinilai secara berasingan
 Guru mempunyai strategi /inisiatif tersendiri untuk memotivasi murid dalam
penyemakkan tugasan dan latihan murid

ASPEK 4.6
4.6.1 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF
i. Memberi respons berkaitan isi pelajaran
 Murid sentiasa teruja untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran
 Murid sentiasa memperlihatkan rasa ingin tahu untuk bertanyakan soalan
kepada guru/rakan untuk penjelasan lanjut
 Murid sentiasa bertindak untuk menzahirkan idea, buah fikiran atau
perasaan secara lisan, bertulis dan dalam bentuk lukisan, produk 3 dimensi,
gerak, tarian atau permainan
 Murid sentiasa memberikan pendapat dan berhujah bagi setiap
perkarayang dibincang atau dibahaskan
 Murid sentiasa membuat catatan tentang maklumat yang disampaikan
 Murid sentiasa bersedia untuk membuat gerakan fizikal atas arahan guru
 Murid sentiasa memberi respon terhadap arahan/soalan spontan guru
 Murid sentiasa bersedia untuk memberi pandangan/idea yang sesuai dan
berkaitan tajuk bersesuaian

ii. Berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran


12 | S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

 Murid proaktif bertanya soalan sama ada kepada guru atau rakan masing-
masing untuk mendapatkan penjelasan
 Murid berupaya berinteraksi secara intelektual dalam perbincangan
kumpulan
 Murid berupaya memberikan pendapat dan berhujah dalam perbahasan
 Murid boleh menyokong/menolak pendapat /jawapan yang dikemukakan
 Murid boleh memberikan pengukuhan bagi menyokong
pendapat/jawapan yang dikemukakan
 Murid berupaya memberikan justifikasi dan penilaian secara lisan
 Murid dapat menyampaikan maklumat kepada rakan yang lain dengan
berkesan

iii. Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif


 Murid sentiasa belajar dan melakukan aktiviti secara berkumpulan dengan
aktif
 Murid sentiasa bekerjasama dan berhubungan dengan erat sesama
mereka untuk mencapai objektif pembelajaran
 Hasil kerja murid secara individu bergantung pula kepada hasil kerja rakan-
rakan lain, terutamanya yang berada dalam kumpulannya
 Murid sentiasa bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu
masalah, memberikan maklumbalas dan berkomunikasi serta berinteraksi
antara satu sama lain secara berstruktur
 Setiap ahli dalam kumpulan berperanan untuk menyelesaikan tugasan
 Murid melakukan perbincangan mesra dalam kumpulan

iii.melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif


 Semua murid melakukan kerja secara bersama-sama melalui perkongsian
bahan, saling menolong dan memberi galakan antara satu sama lain
 Semua murid sentiasa memberi motivasi kepad setiap ahli untuk berjaya
 Setiap murid membimbing rakan-rakan mereka untuk menguasai isi
pelajaran

iv. Memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan
isi pelajaran

 Murid dapat mengemukakan soalan untuk memperoleh idea yang kreatif


dan inovatif (mencipta/penilaian)
 Murid boleh membuat pertimbangan, keputusan dan justifikasi
(menilai/sintesis)
 Murid mampu mendapatkan maklumat terperinci yang mendalam
mengenai sesuatu perkara (menganilisis/analisis)
 Murid mampu mendapatkan kepastian dalam melaksanakan sesuatu
perkara dalam situasi yang berlainan (mengaplikasi/aplikasi)
 Murid mampu untuk menganalisis dan membezakan antara suatu fakta
dan andaian
 Murid berupaya menilai pendapat, sama ada menerima atau menolak
dengan justifikasi yang rasional dan logik
 Murid berupaya mempersoalkan suatu pendapat dan implikasinya

13 | S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

v. Mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran

 Murid dapat membezakan antara kesimpulan yang didasarkan pada logik


yang sah dengan logik yang tidak sah
 Murid mampu mengindentifikasi kecukupan data
 Murid mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
sepertimenganalisis, banding beza, merumus, mentadbir, menilai dan
menjana idea
 Murid dapat menyusun perwakilah masalah secara informal ke dalam cara
formal seperti Matematik dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah
 Murid berupaya memahami idea sesuai dengan tingkat keyakinannya
 Murid dapat menggunakan fakta-fakta secara mahir dan jujur
 Murid dapat menerapkan teknik ‘problem solving’ dalam domain selain
daripada yang sudah dipelajari

v. Mengemukan soalan berkaitan isi pelajaran

 Murid sentiasa proaktif bertanyakan soalan untuk mendapatkan


penjelasan tentang maksud sesuatu penerangan/arahan/soalan
guru/murid lain
 Murid mengemukakan soalan untuk mengetahui kaedah/teknik
penyelesaian yang digunakan oleh guru/rakan
 Murid bertanyakan soalan untuk mendapatkan kepastian tentang
kerasionalan cadangan/pendapat/hujah yang digunakan oleh rakan lain
dalam aktiviti perbincangan
 Murid bertanyakan soalan untuk mendapatkan maklumat tentang
kegunaan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian
 Murid bertanyakan soalan kepada guru/rakan lain untuk mendapatkan
kerasionalan /ketepatan jawapan bagi sesuatu masalah
 Murid bertanyakan soalan untuk mendapatkan idea rakan yang lain
supaya boleh dimanfaatkan bagi mendapat persetujuan/kata sepakat
dalam perbincangan

vi.mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/isu lokal/global

 Murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan situasi semasa dan


pengalaman hidup mereka
 Murid memberi respons yang tepat terhadap soalan guru yang berkaitan
dengan is-isu semasa
 Murid berupaya memberi pandangan atau idea bernas bagi menangani
masalah kehidupan masyarakat global/glokal berpandukan mata
pelajaran yang dipelajari
 Murid dapat memberikan contoh-contoh kegunaan produktif yang relevan
dengan ilmu yang dipelajari
 Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan seharian

vii.membuat keputusan/menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran

14 | S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2
SKTPP 2018/ SKPMg2 #CATATAN DAN RUBRIK PDPC STANDARD 4#

 Murid berupaya mencadangkan / memilih strategi yang sesuai untuk


memecahkan suatu permasalahan
 Murid berupaya menemukan atau mencadangkan cara penyelesaian
bagi setiap pemasalahan
 Murid mampu memberikan penilaian terhadap hasil penyelesaian masalah
bagi setiap aktiviti pembelajaran dengan justifikasi yang rasional
 Murid mampu memecahkan masalah secara efisen serta mampu
menemukan lebih dari satu penyelesaian pada permasalahan yang sama

15 | S T A N D A R D K U A L I T I P E N D I D I K A N M A L A Y S I A G E L O M B A N G 2

Anda mungkin juga menyukai