Anda di halaman 1dari 5

Tugasan Modul Menerajui Perubahan

1 (i)
Berdasarkan pemahaman saya dalam Modul Menerajui Perubahan, PGB(Pengetua
dan Guru Besar) sebagai seorang pemimpin sekolah perlu sedar bahawa memimpin
sesuatu perubahan di sekolah merupakan pendekatan yang berstruktur untuk perubahan
atau peralihan individu,kumpulan dan organisasi dari segi keadaan semasa kepada keadaan
masa depan yang dikehendaki.Setiap perubahan yang ingin dilakukan oleh seorang PGB di
sekolahnya perlulah mempunyai panduan untuk melakukannya.Dalam hal itu panduan
kepada Model Kotter( 8 Steps Model of Change) dan Teori Perubahan Michael Fullan ( Six
Secrets of Change – 2005) amat membantu PGB dalam usaha memimpin perubahan di
sekolah serta dapat mengikut hala tuju kemajuan sekolah yang dikehendaki.
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai panduan Model Kotter,Teori Fullan
dan Model Lewin:
8 Amalan PGB Dalam Memimpin Perubahan Di Sekolah
(Model Kotter)

Mewujudkan Kesegaraan/Kesedaran untuk berubah


1.

8. 2. Pasukan Yang Kuat


Membentuk
Membudayaka Perubahan

8 Langkah
7. Memimpin Membina VISI 3.
Kotter
Mengukuhkan Penambahbaikan

6. Menyampai/Menyebarkan
4. Visi Perubahan
Membentuk Kejayaan Jangka Pendek
5.

Menurunkan Kuasa Kepada Warga Sekolah

6 Rahsia Memimpin Perubahan Di Sekolah (Teori Michael Fullan)


2.Connect peers

1. Love your with purpose


employees
( Sayangi pekerja anda ) (Bina hubungan sesama
rakan sekerja berdasarkan

3. Prevail capacity satu tujuan yang sama )


building 4. Learning while doing work
( Serlahkan pembinaan (Belajar sambil membuat kerja)
kapasiti individu )

5. Practice transparency 6. Stimulate systems learn


(Rangsangkan sistem yang menggalakkan
rules
(Amalkan ketelusan ) pembelajaran)

1
Saya yakin sekiranya seorang PGB dapat mempraktikkan kandungan Model Kotter
dan Teori Fullan beliau sudah mestinya akan dapat memimpin perubahan dengan efektif di
sekolahnya.Oleh kerana memimpin perubahan bukan suatu kerja yang mudah maka,dengan
adanya panduan sebegini PGB dapat meningkatkan kemampuan dan kebolehan untuk
melakukan perubahan dengan berkesan.Pada saya, apa yang penting sebelum memimpin
perubahan sebagai PGB yang efisyen perlu mematuhi konsep ‘Plan-Do-Check-Action
(PDCA) dan menjadikan perubahan yang positif sebagai amalan organisasi.

1 (ii)
Amalan membuat sesuatu keputusan adalah satu keperluan kepada seorang PGB
sebagai pemimpin yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Terdapat 3 aspek
yang perlu diambilkira oleh seorang pemimpin dalam membuat keputusan :
1. Membuat keputusan dalam keadaan kepastian
2. Membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian
3. Membuat keputusan dalam keadaan berisiko.
Menurut Griffin (2015), membuat keputusan ialah tindakan untuk memilih satu alternatif
daripada satu alternatif.Dalam proses membuat keputusan seorang PGB perlu memahami
situasi, mengenal pasti alternatif, memilih alternatif terbaik dan menjadikannya amalan.
Proses membuat keputusan Griffin boleh diamalkan oleh PGB dalam membuat keputusan.

Proses Membuat Keputusan secara Rasioanal (Giffin,2015)

Mengenali situasi
Tindak ikut dan
yang memrlukan
menilai hasil
penyelesaian

Mengenal pasti Melaksana


alternatif alternatif terpilih

Memilih alternatif
Menilai alternatif
terbaik

Penggunaan alat-alat seperti 5W 1H, 5 Whys, Rajah Tulang Ikan dan Diamond Nine
digalakkan untuk mengenal pasti punca masalah dan membantu dalam membuat keputusan
untuk menentukan penyelesaian terbaik. Selain itu, beberapa alat atau teknik lebih khusus
boleh digunakan untuk membuat keputusan seperti Matriks Keputusan, Analisis Pareto dan
Enam Topi Pemikiran.kesemua idea bagi membuat keputusan boleh dilakukan
menggunakan teknik Sumbangsaran.

2
Selain itu, membuat keputusan berpandukan data dalam pendidikan adalah menjadi
sesuatu yang amat penting dan releven dalam oraganisasi sekolah yang bertanggungjawab
ke atas murid. Segala keputusan terhadap masalah yang dikenalpasti dalam system
pembelajaran murid perlulah berpandukan kepada data yang diperolehi.

Dapatlah saya ungkapkan, dalam membuat keputusan, perkara yang penting ialah
melihat situasi dan risiko yang wujud selepas itu. Sebagai PGB dan pemimpin yang
bertanggungjawab untuk membuat keputusan,beliau perlu memastikan agar sebarang
tindakan yang digunakan itu memberi kesan kepada organisasi dan menjadikan perkara
negatif kepada positif.

1 (iii)
Apabila bercakap tentang amalan PGB sebagai pemimpin organisasi dalam
menyelesaikan masalah tertentu, secara tidak langsung beliau dapat melakukan analisis
jurang antara situasi semasa dengan matlamat yang hendak dicapai. Setelah mengenalpasti
punca dan membuat pilihan yang terbaik melalui alat dan teknik yang tertentu bagi
menentukan skor bagi setiap idea yang dikemukakan dan memilih idea dengan skor yang
paling baik.
Berikutan,sebagai pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang timbul di
organisasi amalan menggunakan enam langkah penyelesaian masalah yang diperkenalkan
oleh Chang dan Kelly(1993) adalah satu kemahiran yang baik.

Proses Penyelesaikan Masalah Chang & Kelly (1993 )

1. Memahami
masalah

6. Laksanakan
2. Analisis punca
penyelesaian dan
masalah
menilai kemajuan

3. Kenal pasti
5. Sediakan pelan
penyelesaian yang
tindakan
mungkin

4. Pilih
penyelesaiaan
terbaik

3
2. Perbandingan amalan sedia ada pemimpin sekolah SJKT Gopeng (sekolah saya
bertugas kini) dengan model memimpin perubahan serta Teknik menyelesai masalah dan
membuat keputusan :

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gopeng merupakan sekolah yang terletak di kawasan
luar bandar.Kebitaraan sekolah dalam akademik ialah subjek Bahasa Tamil dan kokurikulum
ialah catur.Sekolah ini mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru yang sentiasa memberi
sokongan dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Pada tahun 2020 merupakan tahun terakhir bagi perancangan strategik SJKT
Gopeng.Ini bermakna pada tahun 2021 merupakan titik baru bagi perancangan strategik
sekolah untuk tempoh 3 tahun.Ciri-ciri memimpin jelas ditonjolkan oleh Guru Besar SJKT
Gopeng di mana beliau telah menetapkan semua jawatankuasa 2020 untuk membuat
perancangan strategik seperti panduan yang telah ditetapkan oleh beliau.
Di dalam bidang-bidang tertentu beliau meminta semua Senior Leader Team(SLT)
menetapkan Key Performance Index (KPI) bersama Middle Leader Team(MLT) sebelum
SLT dipanggil mesyuarat bersama beliau.Pelbagai program yang dirancang perlu mendapat
persetujuan daripada beliau sebelum perancangan strategik dibukukan.
Bagi mengeratkan hubungan di antara warga sekolah,beliau memang seorang yang
sentiasa merancang aktiviti dengan sokongan ibubapa dan “stake holder” sekolah.Aktiviti
team building juga memang diancang olehnya setiap tahun dengan lawatan dalam negara
bagi mengeratkan hubungan positif bersama guru-guru untuk bergerak bersama.Akan
tetapi,pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menjadi penghalang semua aktiviti
team building yang dirancang telah ditunda.
Penglibatan beliau yang aktif dalam bidang kokurikulum iaitu sukan permainan catur
dengan dibantu oleh guru yang begitu komited dalam permainan ini telah menjadikan SJKT
Gopeng antara pasukan catur yang kuat dalam daerah dan setiapa tahun ada murid
mewakili ke peringkat negeri.Meraikan kemenangan sudah menjadi rutin kepada SJKT
Gopeng dengan adanya pemberian sijil penghargaan kepada murid -murid sebagai
pengiktirafan kepada kejayaan mereka dalam sebarang pertandingan yang mereka
sertai.Guru pengiring atau guru pembimbing juga diberi pengiktirafan sijil sebagai tanda
penghargaan untuk sumbangan mereka.
Dalam membudayakan sesuatu perubahan,contohnya membudayakan dokumentasi
bagi setiap program.Sekolah telah menetapkan penyediaan One Page Report(OPR) setiap
kali selepas program selesai dijalankan.Dalam hal ini,Guru Besar sentiasa mengingatkan
guru-guru supaya menghantar OPR kepada Penolong Kanan yang berkenaan untuk
disemak dan ditandatangan sebelum tandatangan pengesahan olehnya.
Sebagai memimpin perubahan, Guru Besar sentiasa menggalakkan guru-guru
mengadakan Profesional Learning Community(PLC) bagi membincangkan isu-isu berkaitan
akademik dan peningkatan sahsiah murid.

4
Dialog prestasi digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ataupun isu yang
dikenalpasti dalam penurunan pencapaian prestasi murid dalam sesuatu
subjek.Perbincangan ini akan dilakukan terlebih dahulu bersama unit kurikulum sebelum
dibentangkan data kepada semua jawatankuasa peningkatan akademik.
Kesimpulannya, semua amalan kepimpinan dalam usaha memimpin
perubahan ,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah perlu diaplikasikan oleh
seorang pemimpin seperti mana dikatakan oleh Fred Hechinger yang merumuskan
pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan.

3. Penambahbaikan amalan sedia ada yang perlu dilaksanakan untuk menerajui


perubahan di sekolah SJKT Gopeng ialah seperti berikut :

3.1 Penambahbaikan dalam bidang akademik dengan tumpuan diberi kepada Standart 4
SKPMg2 untuk penambahbaikan PdPc yang membawa kepada Pembelajaran Abad
Ke-21(PAK 21) dan Pembelajaran Koperatif.

Rujukan :
Chang, R. & Kelly, P. (1993). Step-by- step problem solving a practical guide to ensure
problems get (and stay) solved. San Francisco, Calif: Jossey-Bass Pfeiffer/Richard Chang
Associates

Connelly, M. (2017). Benefits of Change Management. Retrive from www.change-


management-coach.com/benefits- of-change- management.html

Griffin, R.W., (2015). Management. 12 th Edition. Boston: Cengage Learning

Justice, T & Jamieson, D. (2006). The facilitator’s Fieldbook: Step-by- step procedurs,
checklist and guidelines, Sample and Templates.CA: AMACOM

Kotter, J. P. (1996). Leading change. Cambridge, MA: Harvard Business School Press.

Marsh, J.A., Pane, J.F. and Hamilton, L. S. (2006). Making sense of data-driven
decision making in education. CA. RAND Corporation

Manktelow, J. (2005). Mind Tools: Essential Skills for an excellent career!


Swindon:Minds Tool Ltd, Harwick House.

Maurer,R. (2010). Why 70% of Changes Fail. Retrive from


www.reply-mc.com/2010/09/19/why-70- of-changes- fail-by- rick-maurer/

Anda mungkin juga menyukai