Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2 SUB MODUL 1.

2
Soalan: Paparan di atas adalah berkaitan dengan isu komunikasi. Mengapakah berlakunya isu
komunikasi seperti yang dinyatakan dalam paparan tersebut ?

Berdasarkan paparan isu di atas jelas menunjukkan berlakunya komunikasi yang kurang
berkesan antara kedua-dua pihak. Ada beberapa factor yang mempengaruhi komunikasi yang
berkesan. Antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima saluran
yang digunakan, gangguan persekitaran,dan budaya penerima dan pengirim.

Isu yang pertama melibatkan komunikasi yang tidak berkesan berlaku antara beberapa
orang pelajar dengan seorang guru. Antara factor yang mempengaruhi keberkesanan
komunikasi berkemungkinan disebabkan tahap kecerdasan pelajar yang tidak jelas dengan
mesej yang disampaikan sehingga menyebabkan 3 orang pelajar begitu berani melakukan ugut
bunuh terhadap cikgu disiplin di sekolah mereka. Mesej yang hendak disampaikan guru
mungkin tidak difahami oleh pelajar - pelajar tersebut. Berlatar belakangkan tahap kecerdasan
yang kurang baik dan kurang memahami mesej yang disampaikan, pelajar tersebut
beranggapan guru tersebut mengenakan tindakan yang tidak setimpal dengan kesalahan
mereka sedangkan guru disiplin itu mengetahui pelajar-pelajar tersebut berusaha memulangkan
buku teks tersebut. Denda yang dikenakan mungkin dianggap keterlaluan dan memalukan
mereka.

Di pihak guru pula, keberkesanan mesej yang disampaiikan perlu diambil berat.
Pastikan mesej yang disampaikan mudah difahami dan tidak disalah tafsir oleh pelajar. Sebagai
seorang guru, kita tidak boleh beranggapan mesej yang disampaikan mudah diterima oleh
semua pelajar. Kefahaman setiap pelajar sudah pastinya berbeza. Untuk memastikan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan pelajar, seseorang guru hendaklah
menyampaikan mesej yang mudah, penerangan yang jelas dan senang difahami oleh pelajar.

Penularan penyakit Coronavirus Covid 19 di seluruh dunia menyebabkan sistem Pendidikan di


seluruh dunia berubah. Malaysia juga mengalami masalah yang sama dalam menangani
masalah tersebut. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberi cabaran yang
bukan sedikit kepada ibu bapa terutama mereka yang perlu keluar bekerja.Tidak dinafikan
sesetengah ibu bapa mungkin akan berasa sedikit tertekan memandangkan anak-anak
terutama pra sekolah atau sekolah rendah memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada ibu
bapa. Namun begitu, ini adalah sebahagian norma baharu yang diharungi dalam menyokong
usaha Kementerian Pendidikan (KPM) untuk terus mendidik anak bangsa. Perkara penting
yang perlu dititikberatkan dalam menangani cabaran PdPR adalah kesediaan mental dan emosi
ibu bapa, guru dan anak-anak sendiri .

Isu yang kedua melibatkan emosi ibu bapa. Persediaan fizikal seperti peralatan alat
bantu seperti peranti mencukupi amat membebankan mereka. Ditambah lagi dengan tugasan
yang perlu disiapkan anak mereka. Ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai bersekolah
merasa tertekan. Selepas waktu bekerja mereka terpaksa mengajar anak mereka untuk
menyiapkan kerja sekolah sedangkan ketika itu waktu untuk berehat. Oleh itu perlunya
sokongan sosial komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa. Di pihak guru pula, arahan
menyiapkan tugasan selepas PdPR perlulah mudah difahami oleh ibu bapa. Tidak perlu terlalu
bertegas dengan maklum balas tugasan yang diberi. Kenal pasti permasalahan yang dihadapi
keluarga murid tersebut. Akibat terlau banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
menyebabkan ibu bapa tertekan dan seterusnya melemparkan kata-kata kurang enak kepada
pihak sekolah. Berkemungkinan berlakunya halangan yang menyebabkan komunikasi kurang
berkesan anatara pihak guru, murid dan ibu bapa. Penerimaan dan pemahaman mesej arahan
tugasan kepada murid tidak difahami murid. Ini menyebabkan ibu bapa

Anda mungkin juga menyukai