Anda di halaman 1dari 4

5.

KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH

Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi


orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang
mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.
Dalam konteks Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT adalah
aspek penting, sekali gus menjadi satu kekuatan apabila pemimpin diuji dengan
pelbagai cabaran. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asas atau cepat
mengalah kerana yakin bahawa Allah SWT sentiasa bersama-samanya.

Selain itu, pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau
berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai
seorang yang mempunyai nilai dan diyakini. Kesemua ciri atau nilai itu sekali gus
melambangkan keperibadian pemimpin yang dikehendaki sebagaimana yang
ditunjukkan oleh tokoh-tokoh kepimpinan yang unggul.

Burhanuddin (2016) telah menjelaskan tiga ciri utama yang perlu dimiliki oleh
pemimpin iaitu; mempunyai wawasan dan berkemampuan untuk berfikir dalam
pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif. Pemimpin juga perlu berupaya
memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Pemimpin juga perlu mempamerkan daya memimpin orang lain dengan nilai
kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri. Memiliki daya
kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan
fizikal dan mental adalah asas menjadi pemimpin yang baik.

Sehubungan dengan itu, pemimpin perlu mempunyai nilai dan ciri


kepemimpinan yang mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di
sekelilingnya. Selain itu, mereka juga hendaklah mengamalkan sifat
bertanggungjawab, amanah, untuk menjadi pemimpin hebat.

Mindset Berkembang dan Mindset Tetap

Dalam teori kepimpinan dan pengurusan terdapat kata kunci yang sangat penting
yang akan menentukan kekuatan atau kelemahan kepimpinan sesebuah organisasi.
Kata kunci yang dimaksud adalah mindset tetap (fixed mindset) dan mindset
berkembang (growth mindset). Kedua-dua mindset ini mempunyai ciri yang
bertentangan dan saling mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang pemimpin
(Rozak, 2021).

Mindset tetap merupakan pola pemikiran tetap, tidak boleh berubah, dan
dianggap kekal dalam diri seseorang. Individu yang mempunyai mindset tetap ini
beranggapan bahawa sesuatu perkara itu tidak boleh berubah. Oleh itu apapun yang
ada dalam diri mereka sama ada kecerdasan atau telah ditentukan dan tidak akan
berkembang mahupun berubah. Hal ini akan menyukarkan individu atau pemimpin
yang mempunyai mindset tetap ini untuk berubah, malah mereka akan cepat berputus
asa, tidak mahu mencuba dan cepat mengalah. Mereka mengelak risiko dan tidak
gemar kepada cabaran. Mereka juga sangat bergantung kepada pujian terhadap kerja
mereka dan tidak terbuka untuk menerima kritikan. Pemimpin yang mempunyai
mindset tetap ini tidak berupaya untuk membangunkan organisasi secara positif.

Pemimpin yang mempunyai mindset berkembang pula mempunyai ciri-ciri


yang berbeza. Mereka percaya bahawa kualiti diri seseorang boleh ditingkatkan. Tidak
takut menghadapi kegagalan kerana mereka percaya bahawa hal tersebut merupakan
sebahagian daripada proses untuk mencipta kejayaan. Terbuka menerima kritikan
dan teguran untuk membangunkan diri. Orang-orang yang memiliki cara berpikir
Mereka suka kepada cabaran dan yakin bahawa kemahiran dan kecerdasan
intelektual mereka mampu berkembang seiring dengan usaha dan ketekunan. Oleh
itu mereka yang mempunyai mindset berkembang ini sentiasa bersedia untuk
mempelajari perkara baharu dan tidak takut untuk menerima dan melakukan
perubahan.

Selain daripada mindset tetap dan mindset berkembang, pemimpin pendidikan


juga perlu mempunyai mindset inovator. George Couros mencadangkan pemimpin
yang mempunyai mindset inovator ini mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
• Berempati
• Menyelesaikan masalah
• Berani mengambil risiko
• Membina jaringan
• Memerhati dengan teliti
• Kreatif
• Mempunyai daya tahan yang tinggi
• Reflektif

Mindset inovator akan menggerakkan seseorang pemimpin untuk bertindak


dengan lebih terkehadapan dalam memimpin organisasi menuju matlamat yang
hendak dicapainya.

INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam termasuk pemimpin


pendidikan dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut
undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa yang telah ditetapkan.
Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai
objektif yang telah ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber-
sumber awam.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus,
tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang
mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai. Sikap diamalkan oleh
pemimpin pendidikan dan menjadi teras perkhidmatan yang diberikan.

Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan
amalan oleh setiap penjawat awam. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan
dalam pengurusan kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah
dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan integriti
memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu agensi
Kerajaan. Akauntabiliti dan integriti juga merupakan prasyarat bagi mendapatkan
keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan.
Rujukan:
Abdul Rozak. (2021). Fixed Mindset dan Growth Mindset Dalam Dunia Pendidikan.
https://www.uinjkt.ac.id/id/
Carol Dweck. 2015. What is Dweck’s Theory of Motivation. https://treehozz.com/what-is-
dwecks-theory-of-motivation
George Couros. 8 Characteristics of the “Innovator’s Mindset”.
https://georgecouros.ca/blog/archives/4783
Integriti dan Akuntabiliti dalam Perkhidmatan Awam.
https://www.pahang.gov.my/pahang.php/ . Muat turun 6/1/2021
Prof. Madya Burhanuddin Jalal. 2016. 3 ciri utama perlu ada pada pemimpin.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/

Anda mungkin juga menyukai