Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN TUGASAN MODUL 3 : MENERAJU PERUBAHAN

1.0 PENDAHULUAN

Perubahan merupakan proses mengubah keadaan atau situasi supaya menjadi

lebih baik sama ada dari segi keberkesanan dalam proses kerja, memposisikan

organisasi supaya mendahului pesaing dan penambahbaikan berterusan terhadap

produk yang dikeluarkan (Ab Aziz Yusof, 2008)

Memimpin perubahan pula adalah pendekatan yang berstruktur untuk berubah

sama ada individu, kumpulan, dan organisasi dari keadaan semasa kepada

keadaan masa depan dikehendaki. Proses organisasi yang bertujuan untuk

membantu pekerja menerima dan gembira dengan perubahan. Penggunaan

struktur asas dan alat-alat untuk mengawal sebarang usaha perubahan organisasi.

Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kesan perubahan ke atas pekerja dan

mengelakkan gangguan. (Kotter, 1996)


2.0 AMALAN PERUBAHAN SEORANG PEMIMPIN SEKOLAH

2.1 Memimpin suatu perubahan

2.1.1 Mewujudkan kesegaran atau kesedaran untuk berubah

Pemimpin sekolah perlu menyedarkan organisasi sekolah perlunya

perubahan dengan melakukan perubahan dengan menjangkakan

peluang yang akan berlaku atau boleh dieksploitasikan dan

mengenalpasti potensi ancaman dan bersedia melalukan

perubahan bagi menghadapinya

2.1.2 Membentuk pakatan yang kuat

Untuk melalui langkah ini, pemimpin sekolah perlu ada dua aspek

penting dalam diri iaitu:

i. Sifat kepimpinan yang tinggi

ii. Sokongan yang kuat dari semua ahli organisasi

2.1.3 Cipta visi perubahan

Ini bertujuan bagi memastikan segala perancangan dan tindakan

tidak tersasar dari matlamat sekolah yang telah ditetapkan.

2.1.4 Sampaikan visi melalui komunikasi

Pemimpin sekolah perlulah menggunakan pelbagai saluran

komunikasi contohnya mesyuarat guru, AKP, Pekerja swasta untuk

menyampaikan visi yang ingin dicapai dan sokongan organisasi

untuk berubah.
2.1.5 Hapuskan halangan

Kenalpasti orang yang menentang perubahan dan bantu mereka

untuk melihat apa yang sepatutnya mereka berikan kepada

organisasi.

2.1.6 Bentuk sasaran jangka masa pendek

Pemimpin sekolah perlu meletakkan sasaran awal yang boleh

dicapai dan dilihat. Sasaran awal ini tidak terlalu tinggi untuk

dicapai.

2.1.7 Terus bina perubahan

Selepas setiap kali mendapat kejayaan awal, pemimpin sekolah

mestilah disusuli dengan analisa apa yang telah berlaku dengan

baik dan apa yang perlu dipertingkatkan. Pemimpin sekolah perlu

mengaplikasikan konsep ‘kaizen’ iaitu peningkatan yang

berterusan.

2.1.8 Kukuhkan perubahan ke dalam budaya

Pemimpin sekolah perlu memberi penerangan tentang kemajuan

perubahan pada setiap kesempatan yang ada.

2.2 Membuat sesuatu keputusan

Membuat keputusan ialah tindakan memilih satu alternatif daripada satu set

alternatif. Proses membuat keputusan termasuk memahami situasi,

mengenalpasti alternatif, memilih alternatif terbaik dan menjadikannya

amalan. (Griffin, 2015)


Justeru itu, beberapa langkah yang perlu pemimpin sekolah laksanakan

untuk membuat keputusan seperti yang disarankan oleh Griffin.

2.2.1 Mengenali situasi yang memerlukan penyelesaian

Terdapat beberapa situasi yang perlu dibuat keputusan daripada

satu set situasi yang ada

2.2.2 Mengenal pasti alternatif

Alternatif-alternatif yang perlu dipilih oleh pemimpin sekolah

biasanya alternatif yang berbentuk lazim atau kreatif. Pemimpin

sekolah perlu mempunyai pilihan alternatif yang banyak sebelum

membuat keputusan.

2.2.3 Menilai alternatif

Pemimpin sekolah perlu menilai alternatif dari segi keboleh

laksanaan, tahap kepuasan dan kesan perlaksanaannya.


2.2.4 Memilih alternatif yang terbaik

Pemimpin sekolah perlu mengambil kira semua faktor dalam

membuat keputusan. Pemimpin sekolah perlu memilih alternatif

yang sesuai dengan keperluan visi dan misi yang dibina.

2.2.5 Melaksanakan alternatif terbaik

Pemimpin sekolah bersama pasukan yang dibentuk akan

melaksanakan alternatif terbaik yang dipilih untuk dilaksanakan.

2.2.6 Tindak ikut dan menilai hasil

Pemimpin sekolah perlu memastikan tidakan daripada keputusan

yang dibuat mendatangkan hasil.


2.3 Menyelesaikan masalah tertentu

Penyelesaian masalah melibatkan proses berfikir secara berperingkat untuk

mengenal pasti punca sebenar dan seterusnya membina beberapa alternatif

atau cara penyelesaian sebelum memutuskan strategi terbaik dilakukan.

(Chang&Kelly, 1993)

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin

sekolah dalam menyelesaikan masalah.

2.3.1 Memahami masalah

Masalah boleh difahami dengan melakukan analisis jurang antara

situasi semasa dengan matlamat yang hendak dicapai.

2.3.2 Analisis punca masalah

Pemimpin sekolah perlu melakukan analisis mendalam untuk mengenal

pasti punca sebenar masalah.


2.3.3 Kenal pasti penyelesaian yang mungkin

Pemimpin sekolah akan mengenalpasti beberapa alternatif untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh organisasi.

2.3.4 Pilih penyelesaian terbaik

Pemimpin sekolah boleh memilih penyelesaian terbaik dengan cara

melihat kepada skor bagi setiap idea yang dikemukakan. Skor yang

terbaik akan dipilih.

2.3.5 Membina pelan tindakan

Pemimpin sekolah perlu merangka tindakan untuk melaksanakan

penyelesaian yang dipilih. Kandungan pelan tindakan termasuklah

anggaran tempoh selesai dan jumlah kos yang diperlukan. Pemimpin

sekolah juga perlu merangka pelan kontigensi untuk menanggani situasi

luar jangkaan

2.3.6 Melaksanakan penyelesaian dan menilai kemajuan

Pemimpin sekolah perlu melakukan proses ini secara berterusan,

sentiasa dipantau dan dinilai dari masa ke semasa sehingga berjaya

diselesaikan.
3.0 PERBANDINGAN AMALAN SEDIA ADA PEMIMPIN SEKOLAH DENGAN MODEL

MEMIMPIN PERUBAHAN

AMALAN SEDIA ADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN MODEL MEMIMPIN

PEMIMPIN SEKOLAH PERUBAHAN


Meneruskan program Mewujudkan kesegaran Mewujudkan kesegaran

sedia ada dengan atau kesedaran untuk dengan menjangkakan

sedikit berubah peluang yang akan berlaku

penambahbaikkan atau boleh dieksploitasikan

dan mengenalpasti potensi

ancaman dan bersedia

melalukan perubahan bagi

menghadapinya
Mencari ahli yang Membentuk pakatan yang Dapat membentuk pakatan

berpengaruh untuk kuat yang kuat dengan sifat

melaksanakan kepimpinan yang tinggi dan

sesuatu program sokongan kuat daripada ahli

organisasi
Menggunakan kuasa Hapuskan halangan Kenalpasti orang yang

dan dendaan untuk menentang perubahan dan

menghapuskan bantu mereka untuk melihat

halangan apa yang sepatutnya


mereka berikan kepada

organisasi
Keputusan dibuat Mengenali situasi yang Keputusan dibuat selepas

berdasarkan memerlukan penyelesaian meneliti beberapa set

pengalaman yang penyelesaian situasi yang

lepas ada.
Masalah difahami Memahami masalah Masalah difahami dengan

berdasarkan laporan melakukan analisis jurang

ahli yang melakukan antara situasi semasa

tugas dengan matlamat yang

hendak dicapai.
Penyelesaian terbaik Pilih penyelesaian terbaik Pemilihan penyelesaian

dibuat berdasarkan terbaik dibuat dengan cara

pendapat ahli yang melihat kepada skor bagi

melaksanakan tugas setiap idea yang

dikemukakan. Skor yang

terbaik akan dipilih.


Proses ini hanya Melaksanakan Proses ini dilakukan secara

dilaporkan oleh ahli penyelesaian dan menilai berterusan, sentiasa

yang melaksanakan kemajuan dipantau dan dinilai dari

tugas. masa ke semasa sehingga

berjaya diselesaikan.
4.0 PENAMBAHBAIKAN AMALAN SEDIA ADA YANG SAYA AKAN LAKSANAKAN

UNTUK MENERAJUI PERUBAHAN ORGANISASI

Selepas saya membuat penilaian amalan-amalan yang sedia ada di sekolah saya,

saya akan membuat beberapa perubahan selaras dengan revolusi pendidikan ke

arah revolusi 4.0. Antara perubahan yang saya akan lakukan adalah:

4.1 Mewujudkan kesedaran untuk berubah

Berdasarkan penilaian saya, guru-guru di sekolah telah berada dalam zon

selesa begitu lama. Saya perlu mencairkan kembali guru-guru saya dengan

budaya kerja yang baru. Justeru itu, saya akan merangka satu program

kecemerlangan sekolah dari sudut akademik. Ini berdasarkan kumpulan

guru-guru saya yang dalam kategori muda (DG41) yang potensi mereka

boleh digilap dengan peranan yang baru.

4.2 Membentuk pakatan yang kuat

Berdasarkan analisis kepakaran, kecenderungan dan berdaya saing guru-

guru saya. Saya akan membentuk satu pasukan untuk menerajui perubahan

yang akan saya lakukan. Saya akan memberi taklimat kepada mereka

tentang sekolah perlu berubah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

seperti yang pernah dicapai pada tahun 2017 iaitu berlaku lonjakan saujana

dalam keputusan SPM. Kefahaman pasukan guru-guru ini memudahkan

saya untuk membuat perubahan budaya cemerlang sekolah.

4.3 Cipta visi perubahan


Saya akan menggunakan slogan ‘go hard or go home’. Slogan ini dipilih

berdasarkan semangat dan kerja sepasukan yang telah diterap dalam

pasukan rubgi All Black New Zealand. Slogan ini akan saya promosi di

kalangan warga sekolah saya. Aktiviti sekolah akan saya libatkan semua

warga sekolah. Selain warga sekolah, visi ini akan dikongsi bersama dengan

PIBG, PIBK, badan berkanun dan swasta untuk sama-sama mengembling

bahu untuk kejayaan murid.

4.4 Bentuk sasaran jangka masa pendek

Perubahan yang saya akan bawa ini, akan ditunjukkan dengan beberapa

sasaran awal yang perlu dicapai. Sasaran awal yang akan dicapai adalah

peningkatan pencapaian dalam ujian 1. Setiap pencapaian sasaran awal ini

saya akan sambutan kejayaan seperti mana sambutan kemenangan

sesebuah pasukan dalam perlawanan bola sepak piala dunia oleh

penyokong mereka. Saya akan membuat perbarisan lintas hormat bagi murid

yang mendapat keputusan 3A dan ke atas. Begitu juga dengan guru-guru

daripada panitia yang menghasilkan bilangan murid yang mendapat A yang

banyak. Sasaran seterusnya adalah peperiksaan pertengahan tahun dan

peperiksaan percubaan.

4.5 Terus bina perubahan

Setelah kejayaan awal dicapai, saya akan terus mencanang perubahan

seterusnya setelah saya membuat analisis kemajuan murid, guru, panitia dan

program pemantauan daripada barisan pentadbiran. Daripada analisis yang

dibuat, saya akan memilih beberapa alternatif yang terbaik untuk saya
membuat penambahbaikan yang berterusan sehinggalah ianya berjaya

mencapai visi dan misi yang dibentuk dengan cemerlang.

4.6 Kukuhkan perubahan menjadi budaya

Setelah visi dan misi berjaya dicapai dengan cemerlang, saya akan

kukuhkan perubahan ini menjadi satu budaya cemerlang sekolah. Saya akan

terus mempromosikan kejayaan sekolah di pelbagai media maklumat agar

sekolah menjadi salah satu destinasi penunjuk aras kebitaraan akademik

setaraf kebitaraan sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah

berprestasi tinggi. Saya akan kongsikan kejayaan sekolah saya dalam

pelbagai media agar perubahan ini akan menjadi budaya baru dan guru-guru

saya akan dibekukan semula dengan budaya baru ini.

5.0 RUJUKAN

Institut Aminudin Baki, Modul 3 meneraju perubahan, Kuala Lumpur

Disediakan oleh

ISMAIL BIN MD NOR


680413025903
SMUT4

Anda mungkin juga menyukai