Anda di halaman 1dari 7

NAMA : ISZAIEZHAM BIN ISMAIL

KUMPULAN : SRUT 4
PEJABAT : SK PANTAI PRAI, PADANG SERAI, KEDAH
MODUL 3 : MENERAJUI PERUBAHAN

SOALAN TUGASAN

Soalan 1
Rumuskan tentang amalan sepatutnya bagi seseorang pemimpin sekolah/organisasi
dalam aspek:

i.  Memimpin sesuatu perubahan di sekolah/ organisasi;

ii.  Membuat sesuatu keputusan; dan

iii. Menyelesaikan masalah tertentu.

i. Memimpin sesuatu perubahan di sekolah/organisasi;


Dalam era globalisasi ini, bidang pendidikan di Malaysia turut terkesan
dengan arus perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Letusan dunia
tanpa sempadan hari ini, menuntut anjakan paradigma masyarakat dunia bersedia
menghadapi suasana perubahan masa hadapan di luar kotak pemikiran. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia selaku
kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras sistem pendidikan
yang dinamik agar dihormati dan disegani di persada dunia telah menggubal
kurikulum baharu di Malaysia bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Tidak hairanlah sekiranya di peringkat kementerian boleh berlaku


transformasi pengurusan, maka di peringkat bawahan seperti di sekolah khususnya
perlu berlaku perubahan juga dalam semua aspek terutama pengurusan dan amalan
agar perjalanan sistem persekolahan lebih kompeten dalam pembangunan jati diri
guru dan mencemerlangkan kemenjadian murid. Ab. Aziz Yusof (2008) telah
merungkaikan erti perubahan sebagai proses mengubah keadaan atau situasi
1
supaya menjadi lebih baik sama ada dari segi keberkesanan dalam proses kerja,
memposisikan organisasi supaya mendahului pesaing dan penambahbaikan
berterusan terhadap produk yang dikeluarkan

Dalam situasi memimpin sesuatu perubahan di sekolah, pemimpin sekolah,


iaitu Pengetua atau Guru Besar (PGB) adalah tonggak utama menentukan kejayaan
atau gagalnya perubahan yang dilaksanakan. PGB yang berwibawa dan cemerlang
harus membawa paradigma strategi yang baharu dan mantap agar visi dan misi
yang dirangka mencapai matlamat. PGB harus memahami teori-teori perubahan
tertentu supaya perubahan yang dibawa menjamin kejayaan. Menurut Fullan (2006),
teori-teori perubahan yang digunakan untuk memajukan sekolah seharusnya dapat
membantu mengenal pasti strategi yang berkesan untuk mencapai matlamat
perubahan yang diharapkan.

Pembangunan modal insan guru merupakan agenda PGB yang paling utama
dalam melakukan perubahan di sekolah. Modal insan guru hendaklah diperkukuhkan
dengan permainan psikologi PGB yang menerap elemen rangsangan, bimbingan,
dorongan dan motivasi. Perubahan yang dirancang akan berjaya dilaksanakan
apabila sesuatu organisasi memiliki kepimpinan yang kuat. Ia juga berkaitan
dengan visi sekolah yang jelas.

Dalam menangani perubahan PGB harus memimpin perubahan dengan


kepimpinan tranformasi. Oleh itu, seseorang pemimpin perlu menguasai model
menerajui perubahan tertentu untuk dijadikan rujukan semasa atau selepas
melakukan perubahan seperti Model Kotter. Terdapat 8 langkah yang telah
dikenalpasti untuk memastikan kejayaan aspek perubahan yang hendak laksanakan
berdasarkan model ini.

2
Model Kotter

1. Langkah Pertama : Mewujudkan kesegeraan/kesedaran untuk berubah


Pengurus perlu menyedarkan organisasi akan perlunya perubahan,
menjangkakan peluang yang akan berlaku atau boleh dieksploitasikan dan
mengenalpasti potensi ancaman dan bersedia melakukan perubahan bagi
menghadapinya
2. Langkah kedua : Membentuk pasukan yang kuat
Untuk melalui langkah kedua ini, pengurus perlu ada dua aspek penting di dalam
diri, iaitu sifat kepemimpinan yang tinggi dan sokongan yang kuat dari semua ahli
organisasi
3. Langkah ketiga: Membina visi perubahan
Ini bertujuan bagi memastikan segala perancangan dan tindakan tidak tersasar
dari matlamat organisasi yang telah ditetapkan
4. Langkah keempat: Menyampaikan/menyebarkan visi perubahan
5. Langkah kelima: Menurunkan kuasa kepada warga organisasi
Kenalpasti orang yang menentang perubahan dan bantu mereka untuk melihat
apa yang sepatutnya mereka berikan kepada organisasi
6. Langkah keenam: Membentuk kejayaan jangka pendek
Meletakkan sasaran awal yang boleh dicapai dan dilihat Jangan meletakkan
sasaran awal yang terlalu tinggi
7. Langkah ketujuh: Mengukuhkan penambahbaikan
Selepas setiap kejayaan awal, mestilah disusuli dengan analisa apa yang telah
berlaku dengan baik dan apa yang yang perlu ditingkatkan aplikasikan konsep
‘kaizen’, iaitu peningkatan berterusan
8. Langkah kelapan: Membudayakan perubahan
Memberi penerangan tentang kemajuan perubahan pada setiap kesempatan
yang ada.
3
ii. Membuat sesuatu keputusan
Tidak dapat dinafikan bahawa PGB adalah individu berkuasa mutlak
dalam membuat sebarang keputusan di sekolah. PGB adalah agen utama
untuk memastikan perjalanan sekolah sentiasa dalam laluan kejayaan. PGB
berhadapan dengan pelbagai situasi pada setiap hari yang memerlukan
keputusan dibuat. Keputusan adalah satu pilihan daripada pelbagai alternatif
set tindakan apabila berhadapan dengan pelbagai masalah. Membuat sesuatu
keputusan merupakan tugas penting PGB dalam melaksanakan fungsi
pengurusan. Menurut Griffin (2015), membuat keputusan ialah tindakan untuk
memilih satu keputusan, memahami situasi, mengenalpasti alternatif, memilih
alternatif terbaik dan menjadikannya satu amalan.

Rajah 1 menunjukkan contoh aliran atau proses membuat keputusan.

MEMAHAMI SITUASI MENGENALPASTI ALTERNATIF

TINDAKAN MEMILIH
KEPUTUSAN

MEMILIH ALTERNATIF MENJADIKAN SATU


TERBAIK AMALAN

Rajah 1

Sebelum membuat sesuatu keputusan banyak aspek yang perlu diambil


kira. Contohnya perlu mengambil kira situasi semasa, emosi, tujuan, impak sebelum
dan selepas, kepentingan dan sebagainya. Perkara sebeginilah yang berlegar-legar
dan menjadi dilema bagi para Pengetua atau Guru Besar semasa
mempertimbangkan sesuatu keputusan. Ini disokong oleh Samsudin Wahab (2005),
menyatakan antara ciri-ciri atau perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pentadbir
apabila membuat keputusan ialah keputusan tersebut perlu diputuskan oleh
seseorang yang benar-benar layak serta sesuai dengan jawatannya dan keputusan
itu tidak bertentangan dengan dasar organisasi serta perlu menyokong pencapaian
matlamat organisasi.

4
Selain itu, untuk mencapai keputusan efektif memerlukan masa yang
mencukupi namun tidak bermakna boleh ditangguhkan. Dalam membincangkan hal
ini, empat aspek utama perlu dititikberatkan, iaitu keadaan emosi, kesediaan
mengambil risiko, penerimaan kritikan dan faktor-faktor untuk membuat keputusan.
Keempat-empat aspek ini sememangnya amat penting. Aspek-aspek inilah yang
dapat membentuk dan memperlihatkan kematangan kepimpinan dalam membuat
keputusan dalam kalangan PGB.

iii. Menyelesaikan masalah tertentu.

Sudah menjadi matlamat PGB untuk menyelesaikan masalah di bawah


kepemimpinannya dengan berjaya. Situasi ini memerlukan PGB mempunyai ilmu
dan kemahiran dalam menangani masalah dalam kepemimpinannya. Chang dan
Kelly (1993) mengemukakan enam langkah untuk menyelesaikan masalah, iaitu
memahami masalah dengan melakukan analisis jurang antara situasi semasa
dengan matlamat yang hendak dicapai. Analisis punca masalah secara mendalam
dilakukan untuk untuk mencari punca sebenar masalah. Kenalpasti penyelesaian
yang mungkin, iaitu dengan mengenalpasti beberapa alternatif bagi menyelesaikan
masalah. Memilih penyelesaian yang terbaik dengan menentukan skor bagi setiap
idea dikemukakan dan memilih idea dengan skor terbaik. Membina pelan tindakan
bagi melaksanakan penyelesaian yang terpilih. Kandungan pelan termasuklah
anggaran tempoh selesai dan jumlah skor yang diperlukan. Pelan Kontegensi juga
dirangka bagi melaksanakan penyelesaian dan menilai kemajuan. Proses ini berlaku
secara berterusan dan dipantau serta dinilai dari semasa ke semasa sehingga
berjaya. .

5
Soalan 2
Huraikan penambahbaikan amalan sedia ada yang perlu anda laksanakan untuk
menerajui perubahan di sekolah/ organisasi dengan berkesan.

Penambahbaikan amalan sedia ada merujuk kepada suatu keadaan yang


telah berjalan mengikut pelan yang diatur dengan semua sokongan yang ada
menjadikannya lebih baik di masa hadapan ditambah dengan lebih bermakna
mengaplikasi pengalaman yang ada termasuk teori yang dicadangkan model-model
pemikiran. Menurut Rahimah Hj. Ahmad (2001) pemimpin sekolah memerlukan
kemahiran memimpin untuk menentukan wujudnya perubahan, penambahbaikan
dan penyesuaian dengan keadaan serta kemahiran pengurusan untuk menentukan
semuanya berjalan lancar.

Sekolah merupakan satu entiti yang memerlukan para pemimpin sekolah


memainkan peranan yang cekap dalam mengurus sumber manusia, kecekapan
pentadbiran dan keupayaan membawa dasar yang lebih bermakna terhadap
organisasi. Pemerhatian mengenai gaya kepemimpinan Guru Besar sekolah
terutama di sekolah saya, iaitu di Sekolah Kebangsaan Pantai Prai, Guru Besar (GB)
telah menunjukkan peranan dengan gaya pimpinan yang berkesan terutamanya
peranannya ketika menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan.
Keputusan perlu dibuat bagi menentukan penyelesaian masalah. Sebagai
penambahbaikan amalan sedia ada, GB boleh menggunakan teknik sumbangsaran,
iaitu salah satu teknik yang bertujuan untuk merangsang idea tentang sesuatu topik
yang telah ditentukan. Semasa sumbangsaran, teknik 5 Whys akan digunakan untuk
menyiasat punca sesuatu masalah dengan lebih terperinci dan seterusnya
mencadangkan penyelesaian yang akan diambil tindakan. Sebagai Guru Besar kita
seharusnya mengutamakan perbincangan dibuat terlebih dahulu dengan mengambil
kira pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan penting.

Tindakan ini selari dengan teknik pemikiran yang dicipta oleh Edward De
Bono yang menggunakan Enam Topi Pemikiran bagi membolehkan keputusan
dilihat daripada pelbagai perspektif. Cara tindakan seseorang GB akan memberi
6
impak yang baik kepada organisasi dan agak selari dengan pernyataan Micheal
Fullan (2020) yang telah menyarankan lima kompenan untuk menghasilkan
perubahan organisasi yang berkesan. Bagi memperolehi komitmen ahli, pemimpin
mesti mengaplikasi lima kompenan ini dengan disertai tenaga, kesungguhan dan
harapan. Lima kompenan tersebut ialah i. Moral Perpose, ii. Memahami perubahan,
iii. Memupuk hubungan, iv. Pembangunan pengetahuan dan pembelajaran
mendalam dan v. Membina koheren.

Selain itu, perancangan yang teliti perlu ada bagi membangunkan individu
dalam menjayakan visi dan misi sekolah. Pemimpin yang berjaya perlu ada
sokongan yang kuat dalam membentuk kesepaduan tindakan yang menjurus
kepada kejayaan yang cermerlang. Fokus kepada penambahbaikan dalam
menjadikan semua individu mencapai satu tahap yang memberansangkan. Oleh itu,
individu perlu dibangunkan terutama memperbanyak guru cemerlang dalam
kalangan individu dalam organisasi terutama warga sekolah ini. Dalam perkara ini
PGB perlu mengupayakan SLT dan MLT bagi mencapai hasrat kejayaan. Segala
kepakaran profesional perlu digabungkan dan sokongan dari pemimpin dengan
berkongsi kepakaran dan pengalaman agar semua orang berkongsi dan
menggunakan kepakaran sedia ada dalam menjalankan tugasan. Jika sesebuah
organisasi memiliki pegawai atau individu yang cemerlang akan memberi kesan
yang besar kepada pencapaian matlamat. Pembangunan jati diri guru dan
kemenjadian murid akan dapat ditonjol dengan lebih berkesan.

Dunia hari ini memerlukan kita semua menguasai segala ilmu dan
mengadaptasikannya untuk menghadapi produk dalam organisasi yang sentiasa
kehadapan. Ledakan teknologi terkini sangat memerlukan pemimpin untuk
memainkan peranan yang penting dalam membuat perubahan yang memberi impak
kepada individu, organisasi dan komuniti.

Anda mungkin juga menyukai