Anda di halaman 1dari 5

1.

Lesson Study 
Lesson Study boleh dikatakan antara strategi PLC yang paling rumit dan
mengambil masa. Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah apabila kita
sudah biasa menjalankannya. Dalam strategi Lesson Study, kita berbincang
kaedah PdPc terbaik melalui rancangan pengajaran (RPH).
Lesson Study melibatkan 3 fasa:
(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu
panitia)
     – pemilihan aktiviti
(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama &
pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
       – adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk
yang diajar?
Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH tersebut dapat dicapai melalui
aktiviti yang dijalankan, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan setakat
fasa (iii) dan boleh diteruskan dengan perbincangan RPH untuk tajuk yang lain
pula. Namun, jika banyak kekurangan yang dikenal pasti dan penambahbaikan
dibuat, maka RPH yang telah dikemaskini diuji semula melalui kitaran yang
seterusnya dengan mengulang semula proses (i) – (iii).
Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti
Teacher Sharing dan Video Critique.

Ada empat ciri utama Lesson Study iaitu; 


(i) Lesson Study ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan jangka panjang,
(ii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran murid 
(iii) Lesson Study secara langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran dalam
konteks 
(iv) Lesson Study bersifat kolaboratif
Learning Walks: Satu Kaedah Menambah Idea
PdPc dan Refleksi
April 29, 2019

Learning Walks adalah salah satu cabang PLC. Aktiviti ini dijalankan dengan beberapa orang
guru pergi ke beberapa buah kelas dan mencatat perkara baik dan langkah penambahbaikan.
Catatan dibuat pada sehelai kertas dan biasanya mempunyai soalan fokus. Ia dijalankan pada
satu waktu yang khas masa persekolahan. Setelah selesai, satu sesi perbincangan dibuat bagi
bertukar-tukar idea dan membuat refleksi.

Kaedah : Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Guru-guru masuk ke dalam kelas dan berada di 
belakang.
Tempoh masa : Tidak lebih dari 5 minit untuk satu kelas (fleksibel).
Bahan : Borang pemerhatian (Boleh gunakan Google Form)
Learning Walks Daripada Pentadbir

Salah satu perkara dalam TS25 ialah pihak pentadbir sekolah menjalankan Learning Walks.
Learning Walks membantu pihak pentadbir mengenal pasti punca bagi sesuatu isu dan datang
dengan intervensi khusus. Pemimpin pertengahan atau middle leaders juga menjalankan
Learning Walks untuk mengenal pasti punca dan inetrvensi isu dalam panitia. Dari manakah
untuk pihak pentabir dan pemimpin pertengahan boleh mengetahui apakah isu yang berlaku?
Ada 3 sumber isu dalam subjek atau panitia.
1. Headcount murid
2. Buku latihan murid
3. SKPMg2
Setelah 3 sumber ini dikenalpasti dan ada isu keputusan murid merudum, latihan yang kurang
atau markah pencerapan guru yang rendah, maka Learning Walks dijalankan untuk mengenal
pasti puncanya. Kelebihan Learning Walks ialah pemerhatian boleh dibuat secara terus dalam
kelas. 

salah faham tentang Learning Walks:


1. Bertujuan mencari kesalahan guru.
2. Menyiasat gerak kerja guru.
3. Memakan masa dan menambah beban kerja

Yang sebenar tentang Learning Walks:


1. Menjana idea bagi membantu guru. Boleh jadi isu berlaku atas hal logistik dan bukan
kemahiran PdPc guru.
2. Refleksi kepada orang yang menjalankan Learning Walks.
3. Diadakan secara berkala dan tidak kerap. Data didapatkan dengan Google Form sahaja. 
Objektif
1.  Mengumpulkan bahan bukti aksi pembelajaran (learning in action) yang diperhatikan di
dalam bilik darjah.
2. Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti pemerhatian.
3. Belajar daripada amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan boleh
dipraktikkan untuk diri sendiri dan guru lain.

Pelaksanaan

Definisi

Definisi Learning Walks atau Jelajah Pembelajaran ialah:

„Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.‟

Walking through the school observing other teachers and classrooms in action with a specific
focusand a protocol.

Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks


1. Learning Walks dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut: 
2. Penetapan fokus untuk pemerhatian.
3. Pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas.
4. Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah.
             Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks

Pemilihan Fokus

Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut: 


1. Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus). 
2. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated). 
3. Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme (linked to
professional learning). 
4. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkaitrapat dengan keutamaan sekolah
(linked to school priorities).

Nota: Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian Learning Walks boleh melibatkan pelbagai
mata pelajaran. Kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan yang boleh dipelajari atau
dicontohi.

        Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-
aspek yang berikut:
1. Teknik Penyoalan (questioning techniques) dan juga Tempoh Masa Berfikir (thinking
time). Penggunaan bahan bantu belajar atau sumber yang berkesan dan menyokong
pembelajaran & pengajaran (teaching resources). 
2. Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong pembelajaran & pengajaran (classroom
physical environment).
3. Amalan penilaian berkesan (effective assessment practices)
Penglibatan murid (students involvement) Arahan guru semasa pembelajaran & pengajaran
(classroom instructions). 
4. Penggunaan ICT semasa P&P (ICT in teaching processes)
5. Pengurusan papan hitam / putih (use of whiteboard)

Anda mungkin juga menyukai