Anda di halaman 1dari 9

MODUL 1 : BERKETERAMPILAN

Tugasan 1: Sub. Modul 1.1

Pendahuluan

TONGGAK 12 merupakan satu dasar dan pokok kepercayaan serta pegangan kepada sesuatu
tindakan oleh pejawat awam. Seharusnya ia menjadi amalan kepada semua peringkat
kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Jika diamalkan sikap yang baik dan terpuji
sudah pasti ia dapat menghindari sikap dan juga perbuatan yang negatif. Dasar kepercayaan
bahawa nilai-nilai penting ini akan membentuk peribadi dan peribadi membentuk organisasi.

Menghargai Masa merupakan salah satu daripada TONGGAK 12 yang perlu ada pada
setiap penjawat awam. Sebagai seorang pemimpin di sekolah, saya sangat berharap semua
guru dan AKP di sekolah dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin. Masa itu emas.
Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu
kerugian untuk mereka. Amalan menghargai masa banyak memberikan kebaikan dan
kepentingan kepada sekolah dan juga individu tersebut. Antara contohnya

1. Menepati Masa.

Kehadiran ke sekolah tidak lewat. Sebagai pemimpin sekolah, saya mahukan semua
guru dan AKP dapat menghadirkan diri ke sekolah dengan menepati masa kecuali atas
sebab – sebab tertentu yang menyebakan kelewatan. Guru adalah Role Model untuk
dicontohi anak murid dan dinilai oleh ibu bapa. Guru perlu menepati masa ketika masuk
ke kelas waktu Pengajaran dan Pemudah cara. Ini sangat penting kerana ia akan
menentukan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sempurna diterima oleh murid.

2. Bijak Menggunakan Masa. Contohnya setiap tugasan yang diberikan kepada guru
perlulah disiapkan dengan baik dan mengikut tempoh masa yang diberi. Perancangan
waktu itu sangat penting untuk setiap individu. Jika tugasan itu agak sukar untuk
dilaksanakan, setiap guru digalakkan untuk mendapatkan bimbingan daripada rakan
setugas dan juga barisan pentadbir sekolah.
3. Menumpukan masa pada kerja-kerja yang berfaedah. Setiap pemimpin sekolah mahukan
staf di bawahnya dapat menjalankan tugas di sekolah dengan baik. Menjalankan pekerjaan
tambahan yang tiada kaitan dengan sekolah di waktu sekolah sangat tidak
bertanggungjawab. Masa yang sedia ada di sekolah hendaklah diisi dengan aktiviti yang
berfaedah.

Impak Tunggak 12 kepada Organisasi

Tonggak 12 dengan jelas membawa maksud memastikan kelancaran dan kualiti di dalam
sesebuah organisasi pendidikan. Sasaran utama saya ialah dapat mencapai kualiti
khidmat lebih tinggi. Pencapaian kualiti menerusi pengurangan kesilapan dalam urus
tadbir sekolah. Masalah pelajar juga dapat diminimumkan terutamanya kes disiplin,jika
semua staf sekolah memberikan kerjasama. Kepuasan guru bekerja juga memainkan
peranan yang penting di sekola. Bila staf di sekolah merasa seronok ke sekolah untuk
mengajar anak murid, sudah pasti ia akan membantu meningkatkan prestasi akademik
murid di sekolah.Pelanggan termasuk ibu bapa perlu juga dijaga hati dan perasaan
mereka. seterusnya ia dapat menjaga imej profesion keguruan. Sebaliknya, sekiranya
Tonggak 12 kurang diamalkan maka ia akan memberikan nilai tanggapan negatif terhadap
sekolah.

Guru yang sentiasa mengamalkan nilai- nilai murni dalam Tonggak 12 mampu
menyediakan modal insan kelas pertama. Oleh itu, penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa
pendidik amat penting kerana kejayaan sesorang guru dalam menghayati nilai- nilai
integriti secara tidak langsung memberi kesan positif kepada para pelajar
terutamanya dalam pencapaian akademik dan pertumbuhan akhlak. Guru yang mahir
dalam menggunakan Tonggak 12 dapat membentuk pelajar menjadi seorang yang
mempunyai nilai-nilai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian yang
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam membina kemajuan negara.

Kesimpulan

Tonggak 12 sangat memberikan impak yang besar jika diamalkan di sekolah. Ia amat
membantu untuk meningkatkan kualiti kerja setiap staf di sekolah. Sebagai seorang
pemimpin sekolah, saya akan memastikan staf saya dapat mengamalkan dan seterusnya
mempraktikkan di sekolah.dan seterusnya meningkatkan imej sekolah.
Tugasan 2: Submodul 1.2

Pendahuluan

Berdasarkan paparan isu diberikan, jelas menunjukkan berlakunya komunikasi yang kurang
berkesan antara kedua-dua pihak. Ada beberapa factor yang mempengaruhi komunikasi yang
berkesan. Antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima saluran
yang digunakan, gangguan persekitaran,dan budaya penerima dan pengirim.

Isu Pertama

Isu yang pertama melibatkan komunikasi yang tidak berkesan berlaku antara beberapa
orang pelajar dengan seorang guru. Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan
komunikasi berkemungkinan disebabkan tahap kecerdasan pelajar yang tidak jelas dengan
mesej yang disampaikan; Hal ini menyebabkan 3 orang pelajar begitu berani melakukan ugut
bunuh terhadap cikgu disiplin di sekolah mereka. Mesej yang hendak disampaikan guru
mungkin tidak difahami oleh pelajar - pelajar tersebut. Berlatar belakangkan tahap kecerdasan
yang kurang baik dan kurang memahami mesej yang disampaikan, pelajar tersebut
beranggapan guru tersebut mengenakan tindakan yang tidak setimpal dengan kesalahan
mereka sedangkan guru disiplin itu mengetahui pelajar-pelajar tersebut berusaha memulangkan
buku teks tersebut. Denda yang dikenakan mungkin dianggap keterlaluan dan memalukan
mereka.

Di pihak guru pula, keberkesanan mesej yang disampaiikan perlu diambil berat.
Pastikan mesej yang disampaikan mudah difahami dan tidak disalah tafsir oleh pelajar. Sebagai
seorang guru, kita tidak boleh beranggapan mesej yang disampaikan mudah diterima oleh
semua pelajar. Kefahaman setiap pelajar sudah pastinya berbeza. Untuk memastikan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan pelajar, seseorang guru hendaklah
menyampaikan mesej yang mudah, penerangan yang jelas dan senang difahami oleh pelajar.

Isu Kedua

Isu yang kedua melibatkan emosi ibu bapa. Penularan penyakit Coronavirus Covid 19 di
seluruh dunia menyebabkan sistem Pendidikan di seluruh dunia berubah. Malaysia juga
mengalami masalah yang sama dalam menangani masalah tersebut. Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberi cabaran yang bukan sedikit kepada ibu bapa
terutama mereka yang perlu keluar bekerja.Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mungkin akan
berasa sedikit tertekan memandangkan anak-anak terutama pra sekolah atau sekolah rendah
memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada ibu bapa. Namun begitu, ini adalah sebahagian
norma baharu yang diharungi dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) untuk
terus mendidik anak bangsa. Perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menangani
cabaran PdPR adalah kesediaan mental dan emosi ibu bapa, guru dan anak-anak sendiri .

Persediaan fizikal seperti peralatan alat bantu seperti peranti mencukupi amat
membebankan mereka. Ditambah lagi dengan tugasan yang perlu disiapkan anak mereka. Ibu
bapa yang mempunyai anak yang ramai bersekolah merasa tertekan. Selepas waktu bekerja
mereka terpaksa mengajar anak mereka untuk menyiapkan kerja sekolah sedangkan ketika itu
waktu untuk berehat. Oleh itu perlunya sokongan sosial komunikasi antara pihak sekolah dan
ibu bapa. Di pihak guru pula, arahan menyiapkan tugasan selepas PdPR perlulah mudah
difahami oleh ibu bapa. Tidak perlu terlalu bertegas dengan maklum balas tugasan yang diberi.
Kenal pasti permasalahan yang dihadapi keluarga murid tersebut. Akibat terlalu banyak
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan menyebabkan ibu bapa tertekan dan seterusnya
melemparkan kata-kata kurang enak kepada pihak sekolah. Berkemungkinan berlakunya
beberapa halangan yang menyebabkan komunikasi kurang berkesan antara pihak guru, murid
dan ibu bapa. Penerimaan dan pemahaman mesej arahan tugasan kepada murid tidak difahami
murid. Ini menyebabkan ibu bapa merasakan tidak puas hati dengan pihak sekolah.

Kesimpulan

Akibat komunikasi yang kurang berkesan menyebabkan mesej yang hendak


disampaikan tidak diterima dengan baik oleh penerima. Kurangnya kemahiran berkomunikasi
mengundang pelbagai bahana dalam kehidupan seharian.Pemberi perlu kreatif dalam
menyampaikan info dalam komunikasi manakala penerima pula kena selalu positif ketika
menerima info. Setiap guru penyampai dan penerima mesej perlu faham akan mesej yang ingin
disampai dan diterima. Jika mesej yang disampaikan kurang jelas dan sukar diterima, seelok-
eloknya si penerima mesej dapatkan bantuan untuk memperolehi kefahaman tersebut.
Dapatkan bantuan pemahaman dengan mendapatkan pandangan daripada mereka yang
berpengetahuan dan berpengalaman.Sikap toleransi kedua-dua pihak pemberi dan penerima
mesej penting bagi menjamin keharmonian komunikas kedua-dua pihak.
Tugasan 3: Submodul 1.3
Soalan

Dengan merujuk kepada ciri-ciri kepimpinan berkesan tersebut, bagaimanakah anda selaku
PGB hendak mengaplikasikan ciri-ciri  pemimpin berkesan tersebut dalam menyelesaikan
isu/cabaran pendidikan ketika pandemik COVID-19?

Pendahuluan

Sepanjang tempoh negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, terdapat beberapa isu
yang timbul termasuk dalam bidang pendidikan antaranya home-based learning, pengajaran
secara dalam talian, pengajaran luar talian, gaji guru dan banyak lagi isu berkaitan. Pandemik
COVID-19 menyedarkan kita bahawa hal-hal pendidikan melibatkan anak-anak kita, generasi
masa hadapan kita bukan lagi di bawah tanggungjawab guru semata. Malah tanggungjawab
yang perlu dipikul bersama-sama..

Menyahut Cabaran

Pandemik ini telah membangkitkan tanggungjawab yang diperlukan sebagai seorang


pemimpin.Saya perlu menyahut cabaran dan menerima sebarang perubahan yang berlaku
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di masa pandemik. Krisis pandemik Covid-19
dan PKP yang dihadapi telah membawa kepada peningkatan penggunaan komunikasi terkini.
Cabaran utama ialah memastikan keberadaan murid semasa kelas berlangsung, diikuti dengan
cabaran dalam menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan kesediaan murid, di
samping hendak memastikan murid memberi tumpuan, murid faham, murid seronok belajar
dengan bilangan murid seramai 30 hingga 40 dalam setiap kelas.

Sebilangan besar guru di sekolah saya, menjalankan PdPR secara Google Meet dan
kerjasama daripada ibu bapa dan murid sangat baik. Murid-murid teruja apabila PdPR
dijalankan secara Google Meet. Kebanyakan pelajar di sekolah saya yang terdiri daripada
golongan berpendapatan rendah atau tinggal di luar bandar adalah kumpulan utama yang
terpinggir daripada pembelajaran secara dalam talian . Mereka tidak menyertai PdPR secara
dalam talian disebabkan mereka tidak mempunyai peranti dan juga capaian internet yang
terhad. Ini merupakan masalah yang perlu dihadapi oleh semua guru.

Menerima Perubahan

Krisis pandemik Covid-19 dan PKP yang dihadapi telah membawa kepada peningkatan
kompetensi penggunaan komunikasi terkini (Google Meet, Skype) secara tidak langsung dalam
kalangan guru di sekolah. Oleh itu, saya perlu merancang memastikan setiap guru bersedia
untuk menerima arus perubahan tersebut. Saya perlu memujuk dan membimbing guru supaya
dapat mempertingkatkan kualiti PdPR yang dijalankan secara dalam talian. Kita mahukan murid
-murid dapat menerima ilmu secara dalam talian dengan baik. Semasa PdPR saya
menggunakan medium google meet sebagai platform terbaik untuk murid-murid menerima ilmu
pelajaran. Saya mengenal pasti murid -murid yang tidak menyertai PdPR dan mencari
penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Ada murid yang tidak mempunyai data internet
yang mencukupi, saya akan memberikan tambahan internet kepada mereka. Ini telah
memberikan kesan dan dicontohi oleh beberapa orang guru yang lain.

Seiring dengan peningkatan penggunaan komunikasi terkini, saya perlu menyedari akan
keperluan staf untuk menguasai teknik komunikasi yang berkesan supaya PdPR dengan murid
berjalan dengan lancar. Saya sentiasa memberikan bimbingan yang berterusan kepada guru-
guru jika menghadapi masalah semasa PdPR dijalankan. Saya akan membantu untuk
penyediaan bahan yang sesuai dengan murid berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada saya semasa PdPR. Saya memberikan bimbingan dan panduan kepada guru
sekolah saya dengan memperlihatkan video saya mengajar ketika sesi google meet. Saya juga
akan memastikan setiap guru tidak menghadapi tekanan ketika menjalankan PdPr secara
dalam talian. Setiap masalah yang dihadapi ketika PdPR dapat diatasi semaksimum mungkin.

Penutup

Sebagai seorang pemimpin sekolah, saya perlu memainkan peranan yang penting bagi
memastikan guru di sekolah saya bersedia dengan sebarang perubahan yang berlaku di era
pandemic Covid 19. Saya akan sentiasa memberikan bimbingan dan panduan berterusan
kepada warga sekolah bagi menghadapai cabara pendidikan di era ini.
Tugasan 4: Submodul 1.4
Pendahuluan

Standard 4 SKPMg2 merupakan satu instrumen penilaian PdPc guru yang dibina sebagai
tambah baik kepada SKPM 2010. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Namun
begitu kita kena akui bahawa prestasi cemerlang guru semasa mengajar tidak semuanya
memberikan keputusan yang baik dalam akademik.

Di sekolah saya, berdasarkan laporan Standard 4 SKPMg2 menunjukkan


peratus guru yang cemerlang ialah sebanyak 85% dan 15% baik. Ini menunjukkan ia menepati
apa yang dikehendaki dalam Standard 4 SKPMg2 hasil pemantauan PdPC ketika guru

mengajar. 6 Aspek kritikal yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2 telah dilaksanakan
dengan sempurna oleh setiap guru. Namun begitu pencapaian prestasi akademik
sekolah.berada di tahp sederhana. Setiap individu memiliki perbezaan dari aspek intelek
rohani emosi dan jasmani, dan sudah tentu keadaan ini akan memberi impak kepada
seseorang individu dalam mencapai sesebuah kejayaan terutamanya pelajar luar bandar yang
serba kekurangan. Hasil dari soal selidik dan perbincangan dengan GPK Kurikulum dan ketua
panitia,terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi prestasi akademik yang sederhana.

Faktor yang Mempengaruhi

Faktor pertama ialah tiada diadakan kelas tambahan untuk murid. Perbezaan
sosioekonomi khususnya tahap pendidikan dan pendapatan ibu bapa dilihat mempunyai
perkaitan dalam mempengaruhi sikap pelajar iaitu aspirasi, motivasi, semangat kendiri,
penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum di sekolah. Di sekolah terdapat sebilangan kecil
murid yang berlatarbekangkan sosioekonomi yang baik. Kebanyakkan pelajar yang datang dari
golongan berada dan ibu bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai tahap pencapaian yang
lebih baik berbanding mereka yang datang dari golongan kurang berada dan sederhana.
Golongan yang berada ini mampu untuk membiayai kelas tuisyen swasta untuk mata pelajaran
teras dalam meningkatkan lagi penguasaan. Walaupun jarak pusat tuisyen agak jauh.
Faktor yang kedua ialah kerap ponteng sekolah disebabkan kekurangan keperluan
fisiologi. Misalnya, jika seseorang pelajar itu mahu belajar tetapi dia tidak mempunyai
tempat tinggal ataupun makanan harian yang mencukupi, sudah tentu pelajar tersebut
tidak dapat datang ke sekolah seperti pelajar lain ataupun akan menghadapi masalah
ponteng sekolah yang kerap. Ini menyebabkan prestasi akademik mereka lemah dan
merosot.

Langkah Mengatasi

Untuk mengatasi kedua-dua masalah di atas, pihak sekolah telah mengambil beberapa
langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya ialah mengadakan kelas tambahan
untuk mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik,Bahasa, Inggeris dan Sains untuk
Tahap 2. Sebelum ini, kelas tambahan tidak dijalankan disebabkan beberapa kekangan .
Antaranya ialah tiada disediakan makanan dan minuman. Pihak sekolah dengan kerjasama
PIBG sekolah telah berusaha mencari sumbangan untuk menampung keperluan tersebut.
Alhamdulillah masalah tersebut dapat diatasi dan pihak sekolah juga tidak mengenakan
sebarang bayaran tambahan yang perlu dibayar oleh murid. Kelas diadakan pada hari Isnin dan
Selasa bermula jam 2.00 pettang hingga 4.00 petang dan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi
hingga 10.00 pagi. Hampir keseluruhan guru di sekolah bersetuju untuk memberikan komitmen
ketika kelas tambahan.

Pihak sekolah juga telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah kerap ponteng
disebabkan kekurang keperluan fisiologi. Antaranya ialah mencari sumbangan untuk diberikan
makanan tambahan asas kepada keluarga yang mengalami kesempitan hidup sehingga
menyebabkan mereka tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah. Jawatankuasa
Bantuan Sekolah telah mengenalpasti murid-murid yang kurang berkemampuan untuk dibantu.
Kami pasti keprihatinan terhadap isu-isu yang melibatkan keperluan fisiologi murid dapat
meningkatkan peratus kehadiran dan membantu meningkatkan prestasi akademik di sekolah

Kesimpulan

Secara kesimpulannya kita kena akui bahawa guru yang berada pada tahap sangat
tinggi ketika PdPC ketika mengajar tidak semestinya menjamin prestasi akademik sekolah
yang baik. Terdapat beberapa faktor yang menganggu merencatkan perkembangan akademik
di sekolah-sekolah pinggir bandar. Justeru itu pihak sekolah telah berusaha mengambil
beberapa langkah positif untuk menjadikan prestasi akademik sekolah bertambah baik seiring
dengan prestasi cemerlang guru di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai