Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan profesionalisme keguruan

Profesionalisme keguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan


dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang
peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka
diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan
seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah
satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri
seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan
dan tanggungjawab. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika
individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan
diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan
mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran
umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan
pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap
penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait
rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang
turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan
iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan
keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap
pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah
sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan
kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam
bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai
murni pembelajaran di kalangan pelajar. Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi
pelbagai cabaran isu-isu semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia.
2.0 Cabaran profesionalisme keguruan dan langkah mengtasinya

Antara cabaran-cabaran yang boleh dihadapi oleh profesionalisme guru ialah isu sistem
pendidikan. Yang pertama ialah cabaran revolusi teknologi maklumat. Proses pendidikan
masa kini telah ditukarkan kepada penggunaan teknologi maklumat dan tidak dapat
dinafikan pelajar-pelajar telah didedahkan dengan multimedia dan teknologi maklumat. Jadi,
masa kini, proses pengajaran guru dalam kelas semuanya berasaskan penggunaan
komputer. Kebaikan penggunaan komputer dalam proses pengajaran ialah pelajar-pelajar
dapat merumpukan perhatian mereka semasa guru mengajar kerana terdapt bahan-bahan
menarik seperti video dan gambar yang boleh digunakan dalam proses pengajaran. Walau
bagaimanapun, terdapat masalah yang muncul semasa penggunaan komputer dalam
proses pengajaran digunakan. Antaranya ialah masalah terdapat guru tidak tahu
menggunakan komputer. Keadaan ini telah menyebabkan proses pengajaran tidak dapat
dijalankan dengan lancar dan pelajar-pelajar berkemungkinan besar tidak dapat
menumpukan separuh perhatian mereka dalam proses pembelajaran kerana kekurangan
bahan-bahan yang boleh menarik perhatian mereka terhadap proses pembelajaran. Selain
itu, penyediaan prasarana teknologi maklumat di sekolah juga merupakan cabaran revolusi
tekonologi maklumat. Selaras dengan itu, mata pelajaran komputer telah diperkenalkan di
semua sekolah termasuk sekolah di bandar dan pinggir bandar. Dalam hal ini, penyediaan
peralatan elektronik iaitu komputer yang mencukupi di semua sekolah telah menjadi
masalahnya kerana terlalu banyak sekolah yang memerlukan bantuan dalam menyediakan
komputer-komputer yang secukupnya untuk pelajar. Di samping itu, cabaran yang lain
adalah menyediakan para guru dengan kepakaran teknologi maklumat agar pelajar-pelajar
di sekolah boleh belajar tentang teknologi maklumat dengan lancar. Seterusnya, cara yang
boleh menangani cabaran tersebut ialah seseorang guru boleh mempelajari cara untuk
menggunakan teknologi multimedia dalam proses pengajaran. Teknologi multimedia adalah
teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media
pembelajaran lebih lengkap. Multimedia dalam pendidikan merupakan alat, kaedah, dan
pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesa. Multimedia telah digunakan
sebagai perantara dalam sesebuah persembahan maklumat guru kepada pelajar. Komputer
merupakan peralatan yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran kerana
komputer mempunyai kesan bunyi, paapran grafik yang berwarna-warni, video serta
animasi. Guru boleh mempelajari cara-cara untuk membuat penyampaian maklumat kepada
pelajar dengan menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Power Point dan Microsoft
Word kerana penggunaan perisian komputer ini membolehkan para pelajar untuk memberi
perhatian mereka yang sepenuhnya dalam kelas. Ini kerana perisian komputer tersebut
mempunyai kesan bunyi, video, dan gambar rajah yang menarik dalam persembahan
maklumat untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu, Falsafah Pendidikan Negara telah
menekankan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan
negara. Dalam pada itu, jika profesional keguruan boleh mempelajari cara-cara untuk
menggunakan tekonologi multimedia, guru dapat mengajar pelajar-pelajar tentang cara
menggunakan komputer dan multimedia dengan betul seterusnya rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan dapat dilahirkan. Pelajar yang berilmu telah mendidik sejak kecik bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka, generasi muda masa kini
perlulah memperoleh pengetahuan daripada guru agar dapat mendidik anak-anak mereka
pada masa depan. Sebagai seorang guru, kita perlulah mempelajari dan menggunakan
teknologi maklumat dalam proses pengajaran.

Antara cabaran kedua yang boleh dihadapi oleh profesionalisme keguruan ialah isu disiplin
pelajar yang semakin serius. Masalah disiplin yang biasanya berlaku di sekolah ialah
ponteng sekolah, ponteng kelas, gejala membuli pelajar yang lemah, merokok, bergaduh,
mengugut, dan vandalisme. Statistik menunjukkan bahawa salah laku disiplin murid yang
direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dari tahun 2010 hingga tahun 2013 ialah 2.05%.
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar ialah
murid sendiri. Murid-murid yang mahukan kebebasan akan melakukan semua perkara
mengikut keinginan diri sendiri tanpa mempertimbangkan tentang kesannya. Tentunya
masalah disiplin itu akan membawa kesan kepada sisitem pendidikan negara. Selain itu, hal
ini berlaku kerana pelajar kekuranagn kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapa yelah
mengamalkan sikap endah tak endah dan tidak memberikan kasih sayang yang secukup
yang kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, sesetengah ibu bapa yang
mementingkan kerjaya juga tidak mengeluarkan masa untuk menemani anak-anak mereka.
Mereka hanya berfikir untuk mendapat keuntungan yang banyak untuk menyara keluarga.
Mereka tidak mempedulikan tentang perasaan anak-anak yang masih kecil. Jadi, anak-anak
yang kekurangan kasih sayang itu akan berasa sunyi lalu mencari ketenangan dan
keseronokan dengan melakukan pembuatan yang melanggar peraturan sekolah lalu
mengakibatkan masalah disiplin di sekolah. Antara kesan jika masalah disiplin pelajar tidak
dapat ditangani dengan betul ialah keselamatan pelajar-pelajar yang lain akan terancam.
Jika keselamatan pelajar terancam, maka mereka tidak dapat merumpukan sepenuh
perhatian mereka dalam pembelajaran kerana perasaan takut akan keselamatan mereka
dirancam. Akibatnya, mereka tidak dapat mendapatkan keputusan yang baik dalam
peperiksaan dan prestasi sekolah telah merosot. Buka itu sahaja, kegagalan pelajar
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan menjejaskan imej dan
kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Kesannya, pelajar yang
cemerlang tidak dapat dipupuk oleh sekolah dan ini telah mengakibatkan negara kita
kehilangan pemimpin masa depan yang berwibawa. Jadi, sistem pendidikan masa kini telah
gagal untuk memastikan kejadian masalah disiplin berkurangan dan ini telah membuktikan
bahawa sistem pendidikan negara kita tidak berkesan. Bagi menyelesaikan cabaran disiplin
murid, guru diri perlulah menjadikan mereka sebagai contoh atau teladan kepada pelajar.
Mereka perlu mempunyai contoh yang baik tidak kira di mana mereka berada. Profesional
guru haruslah memupuk kesedaran dalam diri mereka agar sentiasa teringat bahawa
pelajar-pelajar akan sentiasa mengikuti tingkah laku mereka. Jika guru tidak menunjukkan
teladan yang baik kepada murid, murid-murid tersebut tentunya juga tidak berkelakuan baik
dalam kehidupannya. Guru seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan mereka perlulah
memupuk kesedaran dalam diri mereka agar sentiasa beringat bahawa mereka merupakan
seorang guru yang perlu menunjukkan teladan yang baik. Bukan itu sahaja, sebagai
seorang guru, mereka perlulah bersikap prihatin dan membina hubungan yang mesra
dengan pelajar mereka. Sebagai guru yang bertanggungjawab dan mempunyai kasih sayng,
mereka perlulah mengambil berat tentang pelajar-pelajar mereka dan membantu pelajar-
pelajar jika mereka menghadapi masalah. Dengan ini, hubungan yang mesra dapat dibina
antara guru dan pelajar kerana saling memahami antara satu sama lain. Jika guru dapat
memberikan perhatian kepada pelajarnya, tentu pelajar tersebut akan berasa dihargai oleh
oang lain dan tidak perlu membuat sesuatu perkara yang melanggar peraturan sekolah
untuk mmenarik perhatian guru. Jadi, terbuktilah bahawa tindakan seorang guru untuk
mengambil berat tentang pelajarnya dapat menjadikan guru itu lebih memahami pelajarnya
justeru membina hubungan yang baik.

Seterusnya, cabaran ketiga yang boleh dihadapi oleh profesionalisme keguruan ialah isu
perpaduan antara murid-murid denagn guru. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik
didiami oleh pelbagai kaum yang berbeza dari aspek kebudayaan, keagamaan, bahasa, dan
tradisi. Jadi, hubungan antara kaum tidak boleh dipandang remeh oleh rakyat kerana kalau
rakyat Malaysia tidak bersatu padu, tentulah negara kita tidak akan tenteram dan aman. Di
sekolah juga terdapat murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu,
kaum Cina, kaum India, dan etnik-etnik yang lain. Bagi mengekalkan hubungan baik antara
murid-murid yang berbilang kaum, beberapa perkara perlu diberikan tumpuan agar salah
faham tidak akan berlaku semasa mereka belajar di sekolah. Cabaran yang akan ditempuhi
oleh rakyat dalam mewujudkan keadaan yang harmoni antara kaum ialah perbezaan dalam
unsur-unsur kebudayaan seperti agama, bahasa, dan adat resam. Bukan itu sahaja,
kekurangan interaksi antara murid yang berlainan kaum juga akan menimbulkan jarak
sosial. Oleh itu, murid-murid yang berlainan kaum harus bercampur gaul sesama diri sendiri
untuk lebih memahami kebudayaan kaum yang lain agar perselisiham faham tidak akan
berlaku. Kepentingan jika murid-murid dan guru bersatu padu ialah aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam sekolah dapat dijayakan. Bukan itu sahaja, guru dan murid dapat bergaul
sesama diri dan hubungan mereka bertambah erat lalu masalah tidak akan berlaku dalam
kelas. Ini dapat menjamin bahawa sekolah sentiasa dalam keadaan yang sejahtera dan
aman. Cabaran perpaduan telah membawa kesan kepada sistem pendidikan negara. Kalau
murid-murid yang berlainan kaum tidak belajar bersama dalam satu kelas dengan aman,
tentunya sekolah juga akan porak-peranda. Hal ini dikatakan demikian kerana jika murid-
murid tidak bersatu padu, pertelingkahan pasti akan berlaku jika mereka tidak dapat
memahami antara satu sama lain dalam aspek kebudayaan dan keagamaan. Jika guru dan
murid-murid tidak dapat bersatu padu, kelas tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana
murid-murid tidak akan mendengar apa yang diajar oleh guru dan murid akan
membangkitkan masalah dalam kelas seperti mengusik pelajar yang lain serta membuat
bising di dalam kelas. Mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan guru
kerana mereka berfikir bahawa jika guru tidak bergaul dengan mereka maka mereka tidak
akan bekerjasama dengan guru mereka. Selain itu, langkah untuk menangani masalah
perpaduan dalam kalangan murid dengan guru di sekolah ialah menerapkan semangat dan
nilai bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Semangat ini dapat diterapkan
melalui aktiviti-aktiviti kumpulan. Dalam konteks ini, guru hendaklah membahagikan pelajar
secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah. Melalui aktiviti itu,
hubungan antara pelajar dengan guru dapat dicapai bagai aur dengan tebing. Untuk
menjayakan inisiatif itu, guru tidak harus mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar
dalam kelas seperti tidak menghormati agama dan kebudayaan kaum lain. Sebagai seorang
guru yang dedikasi, mereka juga boleh membahagikan kedudukan pelajar dengan
sempurna agar pelajar yang berlainan kaum dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Di samping itu, cabaran isu- isu keempat yang boleh dihadapi oleh profesionalisme
keguruan ialah masalah kekurangan tenaga guru yang berkebolehan untuk mendidik
generasi masa depan. Hal ini akan menjejaskan sistem pendidikan negara kerana
kekurangan tenaga guru dalam suatu sekolah mengakibatkan seorang guru perlu membuat
kerja yang berlebihan dan tidak dapat menjaga semua muridnya dengan baik. Akibatnya,
pelajar tidak dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang diperlukan dan tidak dapat
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ini telah menjejaskan prestasi sistem
pendidikan negara kerana tidak berkemampuan malahirkan pelajar-pelajar yang berilmu.
Langkah yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan cabaran tersebut ialah kerajaan
perlulah mengadakan kempen kepentingan pendidikan. Contohnya, kepentingan pendidikan
terhadap murid-murid dan pembangunan negara. Hal ini demikian adalah untuk menarik
minat ramai orang untuk menjadi seorang guru. Seterusnya, kerajaan boleh meningkatkan
kebajikan guru. Hal ini adalah untuk meningkatkan minat orang yang layak untuk menjadi
seorang guru dan bilangan ambilan guru juga perlu ditingkatkan.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar.
Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik
kepada para pelajar. Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran-cabaran yang
sedang dihadapi oleh profesionalisme guru memang akan mempengaruhi sistem pendidikan
negara. Walau bagaimanapun, kerajaan dan guru-guru perlulah saling bekerjasama dan
berusaha untuk membantu menangani cabaran-cabaran tersebut. Seterusnya, perdedahan
terhadap isu dan cabaran semasa dalam dunia pendidikan ini boleh mengajar kita bahawa
kerjasama antara guru dan ibu bapa juga penting. Sebarang masalah atau isu yang
dihadapi oleh pihak sekolah khasnya mampu dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa
terjun padang untuk mengatasinya. Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha
bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima
kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. Akhirnya, jumlah
isu yang timbul dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap pihak
berfikiran sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan cabaran yang harus digalas
oleh guru pada masa yang akan datang.
4.0 Rujukan

Abd.Rahim Abd Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran.


Selangor: Dawarna Sdn. Bhd

Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim dan Anisah Hashim (2017), Pengantar Pengajian
Profesional Oxford Fajar Sdn.Bhd Shah Alam, Selangor.

Foo Say Fooi (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan profesionalisme. Serdang:
Universiti Putra Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07?Guru-dan-cabaran- semasa

Jurnal Hasil Riset, Disember 2013, Meyelesaikan Profesionalis Guru

https://www.e-jurnal.com/2013/12/pengertian-profesionalisme-guru.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai