Anda di halaman 1dari 12

ULASAN JURNAL

1.0 Pendahuluan
Kerajaan Malaysia tidak ketinggalan dalam menganyam inspirasinya untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian moden dan
berteknologi tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan panduan
terpenting kepada profesyen perguruan agar ianya dijadikan kayu ukur dalam
menentukan hala tuju profesyen agar ianya dapat dilaksanakan dengan semaksima
mungkin ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi hasrat FPK.
2.0 Globalisasi Pendidikan
Globalisasi pendidikan bermaksud pendidikan merentasi sempadan dan media. Ini
bermakna pemerolehan ilmu boleh berlaku melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi
atau Internet di peringkat antarabangsa.Proses globalisasi pendidikan menggalakkan
penyelidikan pengajaran dan pembelajaran dalam metodologi dan psikologi pendidikan
serta penilaian. Ia akan menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pengajaran
dan pembelajaran sepanjang hayat.Untuk merebut peluang globalisasi pendidikan,
Malaysia telah merancang dan melaksanakan beberapa program seperti :
1. Menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan sekolah-sekolah bestari
2. Mereformasikan program sekolah, misalnya menukar bahasa pengantar daripada
Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris untuk pembelajaran Matematik dan Sains
di semua peringkat sekolah. PPSMI
3. Menambah peluang pendidikan terbuka (open education) dengan menubuhkan
universiti

terbuka

(UNITEM)

dan

universiti

virtual

(UNITAR)

untuk

warganegara, khasnya golongan pendidik.


4. Membekalkan prasarana ICT dan latihan yang sempurna untuk murid dan guru
sekolah supaya mereka dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer dan
menangani cabaran globalisasi pendidikan.
Untuk menghadapi dan menangani cabaran globalisasi pendidikan, guru hendaklah:

1. Meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat dengan menggunakan


kemudahan ICT untuk memperolehi ilmu dan kemahiran yang canggih dan
terkini.
2. Menguasai kemahiran penggunaan komputer dan carian di Internet untuk
memperolehi ilmu, khasnya dalam pedagogi pendidikan yang terkini.
3. Merebut peluang Pendidikan Jarak Jauh, demi meningkatkan status guru bestari
dalam erti kata yang sebenar.
3.0 Cabaran Guru Masa Kini
Profession perguruan sering dikatakan sebagai profession yang mudah , tidak
memeningkan kepala dan menjanjikan gaji yang tinggi. Disebabkan itu, ramai rakyat
Malaysia kini meletakkan pekerjaan ini sebagai pilihan backup jika mereka tidak
mendapat pekerjaan yang diingini. Bagi sesiapa yang beranggap begini , sebenarnya
mereka telah membuat kesilapan yang besar dengan mengambil keputusan ini.
Profession perguruan merupakan profession yang sangat mencabar dan memerlukan
persedian yang cukup daripada segala segi seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek.
Tanpa keperluan-keperluan ini tidak mungkin seorang guru mampu mengajar dengan
baik dan berkemungkinan besar gejala seperti guru stress dan sebagainya akan berlaku.
Mari kita memikirkan sejenak apa yang dipaparkan di dada akhbar mengenai guru
bermasalah, guru mengalami tekanan emosi dan sebagainya.
Mengapakah perkara-perkara begini berlaku? Perkara-perkara ini berlaku
berkemungkinan disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu dan
belum bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang diterima. Setiap profession
mempunyai

cabarannya

yang

tersendiri

tidak

kira

profession

kedoktoran,

perguruan,kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat


perbezaannya pada jenis dan keadaanya. Profession perguruan menjurus kepada cabarancabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam

pengajarannya secara khususnya. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Haji
Ahamad Sipon berkata, dalam abad ke-21 ini, bidang pendidikan menghadapi pelbagai
cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi. Setiap pendidik di mana-mana institusi
pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagai seorang pendidik.
Pendidik atau guru di ibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsung
bebanan tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Begitu
juga apabila di dalam kelas, kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dan
tanggungjawab kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang
dalam bidang akademik. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru
apabila seorang anak muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dipersalahkan oleh
ibu bapa pelajar yang tidak memahami. Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya
cabaran-cabaran yang dilihat dari kaca mata kita kini atau general tetapi sebenarnya
masih terdapat cabaran cabaran yang lebih khusus yang dihadapi oleh seorang yang
bernama guru. Kini, zaman semakin mencabar.
Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban
yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan
yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini
sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka.
Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak
baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang
diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak
menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan
dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.
Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk
lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,

selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa
mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik
menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan.
Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih
dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan
pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum
pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman yang dikenakan adalah
proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan
kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan
guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah
cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi
pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara
kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru
membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk
bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang
membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan
dan maklumat.
Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat
pilihan ilmu dan maklumat yang betul.Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan
membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan

corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini,
sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi
pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah
pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru.Guru juga adalah model manusia
berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek
bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi
perkara yang perlu di timbangkan.
Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan.
Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan
kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah.
Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat
kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik
minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru
meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah
kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di
peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di
peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan
kerjaya guru.
4.0 Isu-isu Profesyen Perguruan
Pelaksanaan pembangunan profesional guru berasaskan sekolah biasanya mengundang
tiga isu berikut iaitu masa, kewangan dan pengiktirafan.
4.1
Masa - rungutan yang sering timbul di kalangan guru ialah mereka atau
sekolah

tidak

mempunyai

masa

untuk

melaksana

pembangunan

profesional. Kerja seharian sahaja sudah meletihkan, sudah tentu


pembangunan profesional semakin terpinggir. Pada ketika ini pelaksanaan
kad pelaporan untuk memenuhi keperluan latihan 7 hari setahun sedang
berkuatkuasa suatu permulaan yang baik tetapi jauh daripada
4.2

mencukupi.
Kewangan isu ini selalunya menjadi kekangan kepada pentadbir
sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula melaksanakan dasar
pengagihan peruntukan kewangan yang memberikan nisbah yang lebih
kepada sekolah-sekolah berbanding Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri.
Mungkin sudah tiba masanya satu kepala khas Pembangunan Profesional

4.3

Staf diwujudkan dalam peruntukan kewangan ke sekolah.


Pengiktirafan Sejauh mana aktiviti-aktiviti pembangunan profesional
guru di sekolah mendapat pengiktirafan atau mempunyai nilai tambah
dalam perkhidmatan keguruan? Apa sumbangannya kepada Penilaian

Tahap Kompetensi (PTK) guru?


5.0 Cabaran Pendidikan
Trend globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di
Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan
dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut adalah dari segi:
a. Keperluan terhadap pembelajaran berterusan
b. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat
c. Pengurusan Pendidikan
d. Pembentukan Jati Diri Pelajar; dan
e. Kualiti Guru

5.1 Keperluan terhadap pembelajaran berterusan


Perbincangan keperluan perubahan bidang pendidikan dalam era globalisasi ini
bersama pihak UNESCO mencadangkan supaya digerakkan pemikiran kea rah

melakukan rombakan dalam cara-cara membangunkan potensi sumber manusia


melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Ini secara tidak langsung
mendorong kepada perkembangan perkembangan ternd pendidikan secara berterusan
terutama dalam kalangan orang dewasa. David (1998) telah menyenaraikan beberapa
alasan mengapa trend tersebut wujud:
1. Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah
tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi
dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
2. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
3. Menjadikan ahli masyarakat yang berfungsi, lebih efisyen dan dapat menjadi
seorang pengguna yang pintar.
4. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud
dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dengan tujuan
mencapai keadilan sosial.
5. Membangunkan sifat menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh
pengetahuan yang diperlukan.
6. Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
7. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam
hubungan dengan masyarakat.
8. Membantu orang dewasa merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti.
9. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan
mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.
Atas dasar kepentingan ini pihak kerajaan telah merangka beberapa plan strategi
untuk menangani tuntutan ini. Contohnya, Penubuhan Universiti Terbuka Malaysia
telah membuak peluang kepada mereka yang berminat meneruskan pengajian yang
mungkin tergendala akibat masalah-masalah tertentu. Pusat Pendidikan Berterusan di
Universiti Malaya juga telah menawarkan pelbagai kursus professional untuk para
eksekutif dalam bidang pentadbiran, pemasaran, kemahiran bahasa dan program

pendidikan awal kanak-kanak yang menampakkan penambahan penyertaan yang


amat positif.
5.2 Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat
Menurut Abdul Rahim (2000), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman yang serba
canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Segala industri
akan berasaskan teknologi terkini. Lantaran itu, tenaga buruh yang diperlukan
mestilah serba mahir. Oleh itu, anjakan paradigma yang strategik perlu dibuat supaya
Malaysia mampu menghadapi suasana global yang lebih mencabar. Justeru itu,
golongan guru atau pendidiklah yang memainkan peranan untuk melahirkan tenaga
mahir yang diperlukan itu. Gurulah yang berperanan menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar di mana hanya guru sahaja yang bercakap dan menyoal.
Namun dalam era baru ini, guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses
pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.
Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Cara mengajar
juga telah berubah di mana dahulu ilmu disampaikan secara lisan dan bertulis. Namun
kini teknologi komputer telah memberikan sesi pembelajaran berjalan secara
interaktif dan lebih menarik lagi.
5.3 Pengurusan Pendidikan
Pengurusan pendidikan juga telah mengalami tranformasi yang agak redikal dalam
perkembangan dunia global terutama daripada segi penggunaan telekomunikasi dan
perkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di
Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan pendidikan. Beberpa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali
sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah ( School Management Information System ).

Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah
melaksanakan tugas-tugas rutin yang mencabar seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dalam urusan mengumpal, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred / markah peperiksaan pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin
yang dikendalikan oleh pentadbir dan guru.
5.4 Pembentukan Jati Diri Pelajar
Komponen utama pendidikan adalah guru itu sendiri, di mana kejayaan dan
keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan
yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi
serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru
sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid,
pelajar dan masyarakat.
Namun kini masa telah berubah dengan pantas dan begitulah juga dengan institusi
perguruan di mana beban kerja guru semakin bertambah yang memerlukan tahap
kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Jika dahulu insan bergelar guru
menjadi sanjungan sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan
masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan oleh ibu
bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Kadangkala ada guru yang

disaman di atas perbuatan guru itu yang tidaklah berat mana berbanding segala
pengorbanan yang telah dicurahkan.
Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak
menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan
dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.
Ketidakfahaman tentang peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru
hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka perlu lulus mata
pelajaran tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar menerusi penerapan
nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu
bapa lebih mementingkan kecemerlangan dari akademik semata-mata dan
menganggap pembentukkan sahsiah terpuji tidak penting dan inilah sebabnya anakanak mereka tidak boleh ditegur, walaupun melakukan kesalahan.
Semasa proses mendisiplin pelajar guru menghadapi delima bila ada ibu bapa
tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku
kesilapan yang dilakukan. Dalam hal ini sepatutnya mereka terlebih dahulu
berbincang dengan guru bukan semata-mata mendengar daripada anak-anak mereka
sahaja di mana sehingga sanggup menyerang pihak sekolah dan membuat pendedahan
kepada pihak media.
5.5 Kualiti Guru
Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru juga berperanan dalam menentukan
corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga
kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana
persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari
sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah

10

model manusia berkelakuan baik. guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan
sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan. Justeru itu, guru perlu
memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan releven dengan zamannya.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat. Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak
selalu mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui
untuk menagapainya dengan memerlukan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin
yang tinggi. Dan begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran
pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu
mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan
yang rapi. Lazimnya sesuatu perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan
dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu
diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan
memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan
negara akan terlaksana..

Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Habib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan
perubahan kurikulum. Tesis PH.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan.Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

11

Rahmad Sukor. (2006). Inovasi IT dalam pengurusan pendidikan. Dlm. Sufean Hussin
et. Al. (Peny.), Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong: PTS.
Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. Globalisasi dan cabaran
pendidikan di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan. Unversiti Malaya: Kuala
Lumpur.

12

Anda mungkin juga menyukai