Anda di halaman 1dari 20

PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR

(KOHORT 6)
TUGASAN INDIVIDU 1
PENSYARAH:

PUAN YUSNIZA BINTI YAACOB


DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD ZAHARI BIN ABDUL MAJID


223585

SOALAN TUGASAN

ANDA DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN


SATU ANALISIS KESALAHAN BAHASA
DALAM RUANGAN RENCANA DALAM
SURAT AKHBAR ATAU
MAJALAH TERPILIH

PENGENALAN
Kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi
sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan.
Semasa menggunakan bahasa kita tidak dapat
mengelak daripada melakukan kesalahan. Kita
harus belajar daripada kesalahan bahasa yang
kita
lakukan.
Pengguna
bahasa
harus
mengetahui kesalahan bahasa yang dilakukan,
tahu tentang sebab kesalahan dan dapat pula
membetulkannya.

SUMBER PETIKAN

Hakcipta Terpelihara
Karangkraf 2013

Grup

Digital

TEH HIJAU UNTUK CANTIK


SIHAT
Ramai yang pernah dengar mengenai teh hijau,
namun tidak suka rasanya atau mungkin kurang
pendedahan dengan khasiatnya. Jika anda ingin tahu, teh
hijau mengandungi banyak khasiat yang sesetengahnya
membantu dalam merawat penyakit.
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat
mencegah kerosakkan pada sel otak yang dapat
menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Apa yang
menarik, ia bukan sahaja mencegah sel otak daripada
rosak, malah ia mampu memulihkan semula sel yang rosak
tersebut.
Minuman Penyerap Gula
Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu
menurunkan kadar gula dalam badan dan jika seseorang
itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini
ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit
diabetes.

Menghilangkan Stres
Stress atau tekanan merupakan masalah yang sangat
bahaya. Bermula dengan stress kita berupaya mendapat
penyakit lain yang tidak disangka. Oleh itu, rajin-rajinlah
untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai
mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau
yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali
tenang dan lebih rileks.
Mengawal Tekanan Darah serta Kolestrol
Jutaan orang di seluruh dunia menderita masalah
kandungan kolestrol tinggi dan masalah tekanan darah
dalam badan. Dan menariknya, teh hijau ini juga dapat
membantu mengawal tekanan darah juga menurunkan
kadar kolestrol.

Mengurangkan Risiko Terkena Kanser


Mendengar penyakit kanser sahaja sudah
menggerunkan kita. Apatah lagi dengan cara hidup
pemakanan sekarang yang mampu mendorong dengan lebih
mudah kepada penyakit itu. Dengan mengamalkan minuman
teh hijau ini setiap hari, anda mampu meminimumkan risiko
terkena kaser kerana kandungan antioksidan yang tinggi
terdapat padanya.
Sebenarnya banyak lagi khasiat teh hijau ini dan diharap
mampu membuka fikiran anda tentang kelebihan alam yang
boleh kita amalkan untuk kekal cantik dan sihat. Go green
Rapilicious!

Hakcipta Terpelihara Grup Digital Karangkraf 2013

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Ramai yang pernah dengar mengenai teh
hijau, namun tidak suka rasanya atau
mungkin kurang pendedahan dengan
khasiatnya.
KETERANGAN
Perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai
kata kerja yang membawa maksud kena pada.
Perkataan mengenai perlu diganti dengan
perkataan tentang.

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat
mencegah kerosakkan pada sel otak yang dapat
menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson.
KETERANGAN
Perkataan kerosakkan adalah kata imbuhan apitan
ke .an , bukan imbuhan apitan ke..kan
Perkataan kerosakkan perlu dieja dengan
kerosakan .

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Apa yang menarik, ia bukan sahaja
mencegah sel otak daripada rosak, malah ia
mampu memulihkan semula sel yang rosak
tersebut.
KETERANGAN
Apa adalah kata tanya dan tidak sesuai
digunakan sebagai ayat penyata.
Perkataan apa sesuai digantikan dengan
perkataan perkara atau kenyataan

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga
mampu menurunkan kadar gula dalam badan
dan jika seseorang itu mengamalkannya secara
berterusan.
KETERANGAN
Perkataan dan dan perkataan jika merupakan
kata hubung tetapi dalam ayat di atas kata
hubung dan dan jika diguna secara bertindih.
Perkataan dan perlu dikeluarkan daripada ayat
tersebut.

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Secawan teh hijau yang panas pastinya akan
membuatkan anda kembali tenang dan lebih
rileks.
KETERANGAN
Perkataan rileks sepatutnya dieja relaks yang
bermaksud tenang.
Dalam ayat di atas penggunaan ayat tenang
dan rileks membawa maksud yang sama.
Penulis telah menggunakan unsur lewah dalam
ayat tersebut.

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Dan menariknya, teh hijau ini juga dapat
membantu mengawal tekanan darah juga
menurunkan kadar kolestrol.
KETERANGAN
Perkataan dan merupakan kata hubung yang
tidak sepatutnya diletakkan pada permulaan
sesuatu ayat.
Perkataan dan tersebut sepatutnya tidak perlu
diwujudkan dan ayat tersebut dimulai
dengan menariknya,..

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Dan menariknya, teh hijau ini juga dapat
membantu mengawal tekanan darah juga
menurunkan kadar kolestrol.
KETERANGAN
Perkataan juga perlu diganti dengan perkataan
dan.
Dan merupakan kata hubung gabungan yang
menghubungkan dua klausa atau lebih yang
sama tara sifatnya (mengawal tekanan darah
dan menurunkan kadar kolestrol ).

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Dengan mengamalkan minuman teh hijau ini
setiap hari, anda mampu meminimumkan risiko
terkena kaser kerana kandungan antioksidan
yang tinggi terdapat padanya.
KETERANGAN
Perkataan dengan mesti di hadapan kata nama
dan tidak boleh diletakkan di hadapan kata kerja
( mengamalkan kata kerja ). Perkataan Dengan
mengamalkan perlu ditukar dengan perkataan
Amalan.

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Dengan mengamalkan minuman teh hijau ini
setiap hari, anda mampu meminimumkan
risiko terkena kaser kerana kandungan
antioksidan yang tinggi terdapat padanya.
KETERANGAN
Kata sendi nama pada mesti di didahului
dengan perkataan ada. Perkataan terdapat
sepatutnya diganti dengan perkataan ada.

KESALAHAN PENGGUNAAN
PERKATAAN
Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau
ini kerana ia juga dipercayai mampu
menghilangkan stress dan penat.
KETERANGAN
Untuk hanya digunakan di hadapan kata nama.
Dalam petikan di atas untuk digunakan di
hadapan
kata kerja.
Sepatutnya perkataan untuk perlu digugurkan.

KESALAHAN PENGGUNAAN
BAHASA
Sebenarnya banyak lagi khasiat teh hijau ini
dan diharap mampu membuka fikiran anda
tentang kelebihan alam yang boleh kita
amalkan untuk kekal cantik dan sihat. Go
green Rapilicious!
KETERANGAN
Ayat ini tidak sepatutnya dimasukkan sebagai
ayat penutup kerana penulis mencampuraduk
bahasa dalam rencana Bahasa Melayu.

RUMUSAN
Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk
bahasa yang binaannya menyalahi
peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini
berlaku mungkin kerana kealpaan,
ketidakfahaman atau kejahilan pengguna
terhadap peraturan atau tatabahasa
bahasa yang dipelajari atau yang
dituturkannya.

RUJUKAN
1. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul
Hamid
Mahmood.(2012 ) TataBahasa Dewan, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2010. Kamus Dewan. Kuala


Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai