Anda di halaman 1dari 2

Pantun Tradisi

Menimba air di Tanjong Katong,


Tak sia masa rotan dikerat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Kijang rimba berlegar masuk,


Bertalu datang meredah tasik;
Kajang hamba tikar yang busuk,
Baru di bentang sudah tercarik.

Daun sirih bertemu urat,


Daun kecubung buah berduri;
Pantun kasih tetamu dierat,
Pantun penghubung ukhwah berseri.

Jika tuan mengangkat peti,


Tolong masukan segala barang;
Jika tuan bersatu hati,
Kerja sukar menjadi senang.

Ikan siakap ikan senohong,


Ikan haruan dalam perigi;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Daun kesum harum dan wangi,


Sedap sungguh di buat laksa;
Hidup bahagia saling menyayangi,
Kekal sejahtera sepanjang masa.

Anak itik di dalam dulang,


Anak angsa belajar berlari;
Wajah adik asyik terbayang,
Puas sudah abang mencari.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kerang bercampur bersama lokan;
Ibarat nabi kasihkan umat,
Begitulah saya kasihkan tuan.

Indah sungguh pintu dipahat,


Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

Sayang-sayang buah kepayang,


Buah kepayang hendak dimakan;
Manusia hanya boleh merancang,
Kuasa Tuhan yang menentukan.

Anda mungkin juga menyukai