Anda di halaman 1dari 3

Makna dan maksud dalam fasa 3 dan fasa 4 Gurindam 12 Raja Ali Haji

Gurindam adalah puisi Melayu lama yang terdiri dari dua bait, tiap bait terdiri dari dua baris ayat
dengan irama yang sama dan merupakan kesatuan yang kukuh. Erti kata Gurindam sendiri
berasal dari India, iaitu kirindam yang bermaksud mula-mula amsal atau perumpamaan.
Gurindam 12 adalah sekumpulan syair yang diciptakan oleh Raja Ali Haji di Pulau Penyengat.
Beliau adalah seorang sastrawan di Kepulauan Riau pada masanya dan diakui sebagai Pahlawan
Nasional. Beliau menciptakan gurindam 12 ini adalah untuk mas kahwin yang diberikan kepada
Engku Puteri Hamidah yang tinggal di Pulau Panyengat. Mas kahwin itu dipahatkan pada batu
marmar sebagai bukti rasa cintanya.
Dalam Fasa 3 Gurindam 12 adalah tentang budi pekerti, iaitu menahan kata-kata yang tidak perlu
dan makan seperlunya.. Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita. Mata harus dipergunakan
sebaik-baiknya jangan sampai digunakan untuk melihat apa yang seharusnya tidak dilihat.
Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tiadalah damping. Telinga harus dijauhkan dari
segala kata-kata yang tidak elok dan hasutan. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat
daripadanya faedah. Orang yang menjaga percakapannya akan mendapat manfaat.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, daripada segala berat dan ringan.
Jangan mengambil barang yang bukan menjadi hak kita ataupun mencuri. Apabila perut terlalu
penuh, keluarlah fi'il yang tiada senonoh. Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan hal yang
dilarang. Anggota tengah hendaklah ingat, di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hidup harus dijalani dengan penuh semangat. Hendaklah peliharakan kaki, daripada berjalan
yang membawa rugi. Jangan merugikan diri dengan melakukan hal-hal yang membazir dan
maksiat. Melangkahlah dijalan yang benar dan diredahi.

Dalam Fasa 4 Gurindam 12 tentang tabiat yang mulia, yang muncul dari hati (nurani) dan akal
fikiran (budi).. Hati kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh. Jagalah
hati dan perbuatan yang dilarang oleh agama. Apabila dengki sudah bertanah, datanglah
daripadanya beberapa anak panah. Hati yang dengki hanya akan merugikan diri sendiri.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir, di situlah banyak orang yang tergelincir. Apabila
bercakap harus berfikir dahulu agar tidak membawa keburukan kerananya. Pekerjaan marah
jangan dibela, nanti hilang akal di kepala. Amarah adalah perbuatan sia-sia maka jagalah
amarah kita. Jika sedikitpun berbuat bohong, boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Orang yang pernah berbohong, walaupun sedikit itu akan selalu nampak di mata orang lain.
Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada ia sangka. Orang yang paling rugi adalah
orang yang tidak menyedari kesalahan dirinya sendiri dan harus ditegur oleh orang lain.Bakhil
jangan diberi singgah, itupun perampok yang amat gagah. Sifat kedekut akan merugikan
hartanya sendiri, menjadi dermawan membuat harta kita akan bertambah. Barang siapa yang
sudah besar, janganlah kelakuannya membuat kasar. Apabila dewasa jagalah setiap perbuatan
kita. Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketur. Kelakuan dan kata-kata
hendaknya selalu baik dan elok. Di mana tahu salah diri,jika tidak orang lain yang berperi.
Jika kita berbuat kesalahan kita harus meminta maaf. Pekerjaan takbur jangan direpih, sebelum
mati didapat juga sepih.Jangan melakukan pekerjaan yang haram.

Kesimpulannya dalam fasa ketiga, Raja Ali Haji mengingatkan betapa pentingnya menjaga
anggota tubuh dari perbuatan-perbuatan yang tidak baik. 4. Manakala dalam fasa keempat , Raja
Ali haji berbicara tentang budi pekerti. Hati adalah inti dari jiwa manusia. Hati yang dengki
hanya akan merugikan diri sendiri. Berbicara harus berfikir dahulu supaya tidak memberi
keburukan kepada diri sendiri dan orang lain disebabkan percakapan tersebut. Amarah adalah
perbuatan sia-sia.

Anda mungkin juga menyukai