Anda di halaman 1dari 5

PUISI TRADISIONAL

-PANTUN
-GURINDAM
-SELOKA
-SYAIR

DISEDIAKAN OLEH :
NURFATIHA AMRAN
PANTUN PEMBUKA BICARA

Sirih lipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di rumpun buluh;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun sepuluh jari.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KETIGA
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang
semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Maksud Gurindam
Telinga perlu dijauhkan dari
mendengar segala hasutan dan
kejian.
Seseorang yang menjaga tutur
kata akan mendapat banyak
manfaatnya
Tangan perlu dipelihara
daripada mengambil barang
yang bukan hak kita.
Nafsu makan perlu dikawal
supaya tidak melakukan
perbuatan yang dilarang.

Kehidupan seseorang perlulah


dijalani dengan penuh
semangat.

Anggota kaki perlulah


dipelihara dari melangkah ke
tempat-tempat yang maksiat.
Dalam pantun ini ia mempunyai 7 rangkap.
Setiap rangkap juga ia mengandungi 2 baris
Contohnya : Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita
Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan
Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
Rima akhir ialah aa
Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah
Tema sebenar untuk pantun ini adalah nasihat kepada diri sendiri iaitu memelihara
anggota diri dan berbudi pekerti.
Sebagai pengajaran, kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana. Selain itu,
kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan
kemudaratan, kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat dan kita
hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai