Anda di halaman 1dari 3

Pantun Teka Teki

Dari jauh nampak menjalar,


Tempat dituju sudahlah pasti;
Badannya panjang bukannya ular,
Berhenti di stesen bukannya jeti.

1.Dari mana asalnya kuah,


Cair dan pekat seakan susu;
Isi dimesin baru diperah,
Silalah jawab janganlah membisu.

2.Buat kerja hati-hati sedikit,


Masa memasang janganlah cuai;
Apakah benda panjang berbelit,
Diluar getah didalam dawai.

3.Bila berpusing amatlah laju,


Sekali tekan teruslah masuk;
Biasa diguna pada kayu,
Hanya berputar tak perlu dietuk.

4.Pandai berenang seakan ikan,


Kulitnya keras seakan topi;
Labi-labi bukan,kura-kura pun bukan,
Bertelur di pantai hatinya sepi.

5.Bukannya jauh dekat sahaja,


Antara hidung dengan telinga;
Jikalau cantik tentu dipuja,
Cubalah fikir apa jawabnya.

6.Boleh ditolak berulang-ulang,


Usahlah laju nanti terjatuh;
Apakah benda ke depan dan ke belakang,
Cubalah jawab janganlah mengeluh.

7.Bukannya kapak bukannya parang,


Batangnya lurus bukannya tiang,
Apakah perkakas dipakai orang,
Gunanya untuk mengorek lubang.
8.Kalau dahulu gunakan buluh,
Zaman sekarang banyak pilihan;
Semasa susah tak perlu mengeluh,
Di dalamnya ada wang tambahan.

9.Panjangnya tidak pendek pun tidak,


Nampak berbelit janganlah cemas;
Cubalah jawab jangan mengelak,
Pakai di pinggang terasa kemas.

10.Cubalah fikri jikalau bijak,


Di dalam hidup janganlah lalai;
Jam bukan gelang pun tidak,
Dua tangan sekali pakai.

11.Camar pulang di waktu petang,


Hati melihat terasa sepi;
Apakah dia wahai Cik Abang,
Luas terbentang tiada bertepi.

12.Dalam permainan selalunya ada,


Ia ditiup bukannya dibedil;
Cuba fikir apakah benda,
Lambang kuasa kepada pengadil.

13.Tak boleh diminum atau dimakan,


Simpan ia janganlah lalai;
Apakah benda berilah jawapan,
Gunanya membunuh serangga dan rumpai.

Jawapan:

1.Keretapi 7.Penggali 13.Racun


2.Santan 8.Tabung
3.Gerudi 9.Tali pinggang
4.Penyu 10.Gari
5.Pipi 11.Laut
6.Buaian 12.Wisel

Anda mungkin juga menyukai