Anda di halaman 1dari 3

BAB 2 : GURINDAM DUA BELAS ( FASAL YANG KETIGA )

MAKSUD GURINDAM

RANGKAP 1 :

- Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baiknya , maka tidak akan
timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya .

RANGKAP 2 :

- Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baiknya , berita-berita yang


tidak elok dapat dihindarinya .

RANGKAP 3 :

- Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya , banyak kebaikkan akan diperolehnya .

RANGKAP 4 :

- Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya , perkara yang berat dan ringan
akan dapat diselesaikannya .

RANGKAP 5 :

- Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan , maka banyak perkara yang
memudaratkan akan timbul .

RANGKAP 6 :

- Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak luntur .

RANGKAP 7 :

- Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang akan membawa
kepada kerosakkan .

TEMA

Gurindam ini bertemakan nasihat kepada murid agar “ memelihara anggota diri dan berbudi pekerti
mulia ” . Penjagaan anggota diri mampu menghidari diri daripada perkara-perkara yang keji dan
buruk .

PERSOALAN

1. Kepentingan menjaga pancaindera , iaitu penglihatan pendengaran dan pertuturan dalam


kehidupan sehari-hari .

2. Kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat .

3. Kepentingan mengawal anggota badan terutamanya tangan dan kaki .


BENTUK GURINDAM

1. “ Gurindam Dua Belas ( Fasal yang Ketiga ) ” ini terdiri daripada tujuh rangkap .

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama , iaitu dua baris serangkap .

3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama , iaitu dua hingga tujuh patah kata dalam
sebaris .

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama , iaitu antara sembilan hingga sebelas
suku kata sebaris .

5. Rima akhir gurindam ialah aa .

GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis . Contohnya :

a. Apabila terpelihara mata ,

Sediktlah cita-cita .

2. Pengunaan bahasa kiasan . Contohnya :

a. Apabila perut terlalu penuh ,

Keluarlah fil yang tiada senonoh .

3. Pengunaan inversi . Contohnya :

a. Nescaya dapat daripadanya faedah .

Sepatutnya : Nescaya dapat faedah daripadanya .

b. Khabar yang jahat tiadalah damping .

Sepatutnya : tidak berdamping dengan khabar yang jahat .

4. Unsur bunyi :

a. Asonasi ( perulangan bunyi vokal ) . Contohnya :

Daripada segala berat dan ringan

Dalam contoh ini , terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak lapan kali .
b. Aliterasi ( perulangan bunyi konsonan ) . Contohnya :

Nescaya dapat daripadanya faedah .

Dalam contoh ini , terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak dua kali .

NILAI

1. Nilai berhati-hati . Contohnya :

 Kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak membawa kepada
kerosakan .

2. Nilai rasional . Contohnya :

 Kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan dan nafsu syahwat .

3. Nilai kebijaksanaan . Contohnya :

 Kita dinasihati agar berusaha mengawal pancaindera supaya kehidupan lebih


terjamin .

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan yang akan berlaku
sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baiknya .

2. Kita tidak sepatutnya terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan menjerumus
kita ke lembah kehinaan .

3. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan lebih sejahtera .

Anda mungkin juga menyukai