Anda di halaman 1dari 3

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Maksud Setiap Rangkap:


Rangkap 1: Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu
sendiri.

Rangkap 2: Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat hidup.

Rangkap 3: Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, tetapi dia tetap mempunyai
keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4: Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan menghadapi kegagalan.

Rangkap 5: Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerja.

Tema

Nasihat tentang sikap dan diri sendiri menentukan semua yang dilakukan. Oleh itu, setiap aktiviti yang
dilakukan itu tentunya akan memberikan kesan kepada diri sendiri.

Persoalan

1. Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap perbuatan dan tingkah lakunya.
2. Orang yang kuat tidur tidak aktif dan kurang produktif.
3. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.
4. Orang yang malas untuk berusaha tentu tidak akan berjaya untuk memperoleh sesuatu.
5. Setiap inisiatif untuk melakukan pekerjaan hendaklah dilakukan dengan penuh kesungguhan.
6. Sifat manusia yang menzahirkan diri sendiri.
7. Orang yang Berjaya tidak banyak tidur.
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

8. Setiap kejayaan mesti dimulakan dengan usaha dan ikhtiar yang penuh komitmen.

Bentuk

1. Terdiri daripada lima rangkap


2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama, iaitu dua rangkap
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata, Contohnya,
Hitam-hitam pucuk rawa (3 patah kata)
Berapa jauh wujud dengan sifat (5 patah kata)
4. Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata. Contohnya,
Sarang semut dalam gelap (8 patah kata)
Berapa jauh wujud dengan sifat (11 suku kata)
5. Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

1. Asonansi. Contohnya,
 Malas bergerak tidak merasa (perulangan vocal a)
 Emas, perak, temabaga suasa (perulangan vocal e)
 Sejauh lutu dengan pelikat (perulangan vocal u)
2. Aliterasi, contohnya,
 Sarang semut dalam gelap (perulangan konsonan s)
3. Rima akhirnya terikat. Contohnya,
 Rangkap 1: aa
 Rangkap 2: aa
 Rangkap 3: aa
 Rangkap 4: aa
 Rangkap 5: aa

Gaya Bahasa

1. Imej alam. Contohnya, pucuk kawa; buah sintang; buah senikul


2. Penggunaan Bahasa Arab. Contohnya, wujud; sifat
3. Repetisi. Contohnya,
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.

Nilai

1. Berhati-hati. Contohnya, setiap perbuatan atau tindakan perlu dilakukan secara berhati-hati
kerana perbuatan atau tindakan tersebut akan mencerminkan diri kita.
2. Kerajinnan. Contohnya, orang yang suka atau banyak tidur merupakan orang yang bersifat malas
dan tidak produktif.
3. Keredaan. Contohnya, sifat reda dengan diri sendiri penting bagi menjadikan diri tidak mudah
berputus asa.
4. Kesungguhan. Contohnya, sesuatu matlamat hanya tercapai sekiranya kita berusaha dan
berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.
PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

5. Kecekalan. Contohnya, seseorang itu perlu cekal dan tabah menghadapi cabaran untuk
memperoleh sesuatu matlamat.

Pengajaran.

1. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita supaya kita tidak malu atau
menanggung keburukan.
2. Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur supaya kita cergas dan produktif.
3. Kita janganlah kecewa dengan kekurangan diri supaya kita tidak berputus asa.
4. Sifat malas hendaklah kita hindari supaya kita memperoleh kejayaan.
5. Kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi untuk menghadapi cabaran supaya kita Berjaya
mencapai matlamat dengan cemerlang.

Praktis

1. Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat), nayatakan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang
itu gagal.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
2. Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada Pantun Dua Kerat (Nasihat), nyatakan dua nilai yang
terdapat dalam pantun tersebut.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, apakan kesan-kesannya jika seseorang itu banyak tidur?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai